Ketuanan?

Bismillah.

***

Di dada, dagu dan dahi akhbar dan tabloid tempatan, artikel sibuk membicarakan mengenai ketuanan melayu yang sudah lama digunakan di malaysia. secara ringkas, isu ini timbul apabila Presiden PKR menolak Ketuanan Melayu semasa perhimpunan agung parti mereka. Secara langsung, kesan daripada tindakan ini, media sebagai lidah rasmi kerajaan pemerintah mengapi-apikan perdebatan antara kerajaan dan pembangkang.

ketuanan melayu ditinggal

Maksud yang sebenar dimanipulasi, tiada maksud yang tersembunyi, cuma yang difahami di hati sahaja yang yang berbeza, menurut tafsiran masing-masing.

Jika kita amati, memang benar, bangsa Melayu ialah bangsa yang terawal sekali wujud di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, nama tempatnya juga Tanah Melayu. Hal ini tidak pernah disangkal oleh mana-mana bangsa atau agama mengenai kewujudan Tanah Melayu sebelum wujudnya nama MALAYSIA. Jadi, secara hakikat, benarlah tanah nenek moyang kita miliki ini ialah milik bangsa Melayu (orang asli lebih berhak, sepatutnya).

***
Perebutan dan pemilikan tanah yang kita pijak ini bukanlah milik kita secara mutlak!

Sedarlah, jika semua berbicara akan  ketuanan melayu, Raja-raja Melayu juga mengingatkan rakyat jelatanya untuk tidak melupakan sejarah, pemimpin dan pemerintah semasa menggunakan Melayu sebagai slogan dan pembangkang menggunakan istilah Melayu sebagai modal, semua ini tak akan berakhir selagi kita tidak merujuk kepada pemilik mutlak tanah yang kita pijak ini.

Bumi yang kita tinggal ini, udara yang kita hirup ini, air dan bermacam nikmat lagi – daripada siapa?

***
Jelas, ketuanan ALLAH lebih berhak dilaung-laungkan berbanding mana-mana slogan sandiwara duniawi yang lain.

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. sebagai pemerintah dan pemimpin untuk agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. Allah menjadikan adanya dunia sebagai tempat semaian dan akhirat sebagai tempat tuaian. Sebagai manusia yang beriman dan berakal, wajib bagi kita mentadbir bumi;tempat persinggahan ini dengan ilmu. Dengan arahan yang diberikan kepada TUAN YANG MAHA BESAR, berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

tauhid

Analoginya, tidak diciptakan sebuah kalkulator itu tanpa manualnya, tidak diciptakan bahasa itu tanpa ada buku kamusnya,
dan tidak diciptakan bumi itu tanpa adanya panduan yakni al-Quran.

“Wahai orang2 yang beriman. Jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu”, Surah Muhammad : 7.

Ini menunjukkan bahawa dalam perjuangan membela agama Allah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sehingga Allah telah menjamin kedudukan orang-orang yang berjuang, berjihad di jalanNya.

Ya, memang susah untuk memulakan perjuangan dakwah ini. Menjadi pendakwah bukan untuk minta dipuji, dihormati dan diberi perhatian, tetapi perjuangan ini adalah untuk memastikan kita mendapat tempat di syurga Allah di akhirat. Sesusah mana perjuangan ini, ia mesti dimulakan. Perjalanan seribu batu bermula dengan selangkah ke hadapan.

Moga-moga penaipan kali ini memberi manfaat kepada pembaca dan penulis ini sendiri, selaku orang yang mula-mula membaca dan paling dekat dengan keyboard semasa ditaip.

***
Amiin. In shaa Allah.

Advertisements

2 thoughts on “Ketuanan?

  1. salam alayk..
    happened to find this blog on fb..
    good..a very matured post…

    semoga berjaya

    p/s suka sht2 post ni..klulah sume org fikir mcm aisar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s