Sejarah = His-story

tahu atau tidak,kita sudah lama ditipu oleh tulisan-tulisan buruk dan menjengkelkan dalam penulisan sejarah.setelah sekian lama,untuk beratus-ratus tahun lamanya,mata kita semua ditutup rapi dengan frasa-frasa kebangsaan yang retorik,menjadi hijab kepada kebenaran yang hakiki.kebenaran yang tidak mungkin dapat disangkal walau satu jari,dikaburkan dengan fakta-fakta picisan yang membawa mesej busuk pihak penjajah.

pernahkah anda dengar akan satu kawasan atau tempat bergelar semenanjung iberia?hm.p google jap.haha.actually,tempat ni terletak dekat2 dengan area sepanyol dan portugis,2 kuasa besar pada satu masa dahulu.walaupun begitu,dalam buku teks juga telah tercatat dan tercatit akan keagungan kuasa tersebut,malangnya,tiada ruang yang mencukupi untuk buku teks yang digunakan dalam sistem pendidikan untuk mempatrikan kehebatan tentera islam,yang dahulunya juga telah menguasai kawasan tersebut pada 711-1492m,kira-kira 7 abad lamanya.kehebatan tentera islam yang pada masa itu diketuai oleh tariq bin ziad,telah membuka kawasan semenanjung tersebut dan menamakannya sebagai jabal tariq.oleh sebab orang putih sukar untuk menyebut jabal tariq (bahasa arab),mereka memanggilnya sebagai Gibraltar.namun setelah kekalahan mengejutkan pada tahun 732m (jika tidak silap),yang telah mengorbankan ribuan nyawa pejuang islam fisabilillah,kawasan tersebut kembali menjadi tanah jajahan kuffar.tidak cukup dengan itu,mereka juga mengisytiharkan pembunuhan besar-besaran makhluk bernama manusia yang bukan penganut trinitiarist christ.umat islam dibunuh dengan kejam.bangsa yahudi pada masa itu melakukan penghijrahan ke negara-negara berdekatan bagi menyelamatkan diri.

bertitiktolak daripada itu,kuasa besar Portugis mula merancang untuk merantau ke seluruh dunia,bagi menyebarkan agama Kristian mereka.berpanjikan slogan 3G (God (sometimes called Gospel),Glory,Gold),pelayaran besar-besaran diadakan seantero dunia.apa yang menyedihkan,apa yang kita pelajari di bangku sekolah dahulu bukannya kebenaran,di mana mata kita,mata umat islam dikaburkan dengan tujuan penjajah portugis datang ke melaka adalah untuk mencari rempah ratus semata-mata.memang benar,mereka meneroka dunia untuk mencari rempah ratus kerana pada masa itu,freezer belum lagi dicipta.namun tujuan utama mereka bukanlah seperti berikut.bahkan dicatat di dalam diari seorang panglima Portugis, Hugo Alvarez (jika tidak silap),pihak Portugis sememangnya merancang untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia,termasuk menghancurkan kota suci Mekah dan ditukarkan dengan agama mereka.untuk mencapai matlamat itu,mereka telah menjelajah ke benua amerika dan benua asia.namun pada masa yang sama, sekutu kuffar, pihak Sepanyol juga mengintai peluang untuk membesarkan tanah jajahan.mereka juga mengembara hingga ke benua Amerika.lantas,satu perjanjian,Perjanjian Tordesillas telah dibuat antara kedua-dua kuasa ini,dengan membahagikan dunia kepada dua kawasan,iaitu kawasan dari Brazil ke Filipina adalah milik Portugis,manakala kawasan sebaliknya adalah milik pihak Sepanyol.

satu demi satu pelabuhan dijajah pihak laknatullah Portugis.bermula dari Lisbon ke Goa dan terus menghala ke dunia timur hingga mencecah Nagasaki di Jepun,semuanya telah dijajah oleh pihak Portugis,termasuklah pelabuhan Melaka.tentera islam yang memayungi beberapa pelabuhan masa itu gagal menahan serangan daripada pihak lawan,disebabkan persefahaman dan pergolakan dalaman yang pada masa itu diketuai oleh khilafah uthmaniyah yang berpusat di Turki.bantuan ketenteraan disalurkan dari Turki dan negara-negara Arab yang lain,namun ditewaskan oleh pihak Portugis yang semakin berani mencabar umat Islam.akhirnya,selepas bertahun-tahun mengadakan ekspedisi kacau bilau,akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki mereka di bumi Melaka,yang sekarang ini berada dalam naungan kerajaan 1MALAYSIA pimpinan Najib.

akibat kepentingan diri sendiri,Melaka yang pada masa itu diperintah oleh kesultanan Islam yang tidak menjalankan pemerintahan Islam yang syumul dan adil,Portugis dengan senangnya merampas segala kekuasaan yang ada pada kerajaan pada masa itu.ada juga suara-suara sumbang kedengaran yang melaungkan bahawa punca sebenar kejatuhan kesultanan kerajaan melayu melaka adalah disebabkan kesudian orang cina yang sanggup meminjamkan tongkang mereka kepada portugis untuk menyerang melaka.suara-suara ini sebenarnya tidak lebih daripada inginkan publisiti murahan dan menimbulkan provokasi dan propaganda semangat kebangsaan atau lebih tepat lagi semangat kemelayuan.mungkin ramai yang pernah terdengar akan cerita Puteri Gunung Ledang.selain daripada melihat ketiak Tiara Jacqueline terkepak2 macam kepak ayam kat chicken rice shop,langsung tidak ada satu pengajaran pun yang boleh diambil.hal ini sekaligus mengakibatkan keadaan sejarah melayu,lebih tepat lagi sejarah islam di tanah air kita ini menjadi suram dan kelam,jengkel dan jelek,memualkan dan menjijikkan.manakan tidak,jika pinta nenek kebayan,”hati nyamuk sedulang,air mata perawan setempayan,jambatan emas dan perak dari melaka ke gunung ledang” sanggup dituruti oleh raja,darah semangkuk pula tidak sanggup didermakan kepada nenek kebayan yang kurang darah itu.hal ini jelas menunjukkan sindiran oleh Tun Sri Lanang dalam sejarah Melayu,menunjukkan raja pada masa itu,sanggup untuk mengorbankan rakyat jelatanya yang setia,menggadaikan maruahnya dan harga diri rakyatnya,semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.memuaskan nafsu serakah yang tidak kenal akan maksud noktah.

dalam penaklukan tentera portugis ke melaka,pelbagai bantuan telah diberikan kepada pihak melaka.misalnya kerajaan islam di acheh yang memberikan bantuan ketenteraan,mengumumkan jihad menentang puak kuffar.walaubagaimanapun,akibat dendam kesumat orang melayu pahang ketika itu,mereka telah menyerang pasukan islam ini dari belakang,sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada pihak portugis,yang ketika itu sudah hampir2 tewas di tangan pihak muslimin.jadi,siapa yang harus dipersalahkan sekarang ini?umat islam ataupun bangsa melayu?jawapan sudah jelas tertera di atas.jika kita bersatu di bawah naungan kebangsaan atau assabiyah,lama kelamaan budaya qaumiyah atau kekeluargaan pula akan menjadi satu trend.dan tidak mustahil,satu hari nanti orang-orang jenis ini akan berjuang di atas nama ananiyyah yakni keakuan.bagaimanakah umat islam dapat mencapai kemenangan hakiki jika setiap jiwa mementingkan diri sendiri?fikir2kan.

menyelinap masuk ke sejarah perjuangan tokoh patriotisme Malaysia.semua orang sudah pasti tahu akan siapa Tok Janggut,pejuang yang terkenal di kawasan Kelantan (bukannya Afghanistan).namanya tn haji mat hassan (lupe name penuh beliau).cuba kita kaji balik apakah yang diajar ketika di bangku sekolah dahulu.apakah faktor yang mencetuskan kemarahan Tok Janggut yang menimbulkan kekecohan di negeri tersebut?sudah pasti tidak lain dan tidak bukan,jumlah cukai yang dikenakan oleh pihak penjajah yang tinggi telah menimbulkan kemarahan beliau.namun adakah ini ialah punca sebenar-benarnya kebangkitan beliau di tanah air sendiri?jelas sekali kita dikaburkan oleh pihak penjajah atau kerajaan masa ini,yang enggan menceritakan hal yang sebenar-benarnya.punca yang sebenar ialah,tok janggut cuba untuk menghidupkan gerakan islamiyah,yang mana pada  masa itu,mereka mendapat berita atau risalah daripada pelajar tempatan yang belajar di tanah arab supaya menggerakkan jihad fisabilillah.oleh sebab pihak british mula terasa tergugat akan kehadiran tok janggut yang berpengaruh,mereka melakukan pembunuhan yang kejam ke atasnya.selain membawa tok janggut mengelilingi sekitar daerah kota bharu dalam keadaan kaki di atas (upside down condition),mereka juga mengerahkan pasukan penembak untuk membunuh tok janggut dan membiarkan mayatnya tergantung selama 4 hari,sehingga jenazahnya kelihatan kembang.al-fatihah untuk pejuang agama Allah ini.

tinta dan idea sudah semakin cetek.salah siapakah di sebalik kekaburan ini semua?mungkin propaganda ini telah lama dirancang,bermulanya daripada pembentukan tanah melayu lagi,mungkin.mari kita bawa fikiran kita pada masa tahun 50an,bagaimanakah sebuah kerajaan boleh dibentuk dengan sesenang dan semudah melalui perjanjian sahaja?tidakkah kita terfikir bahawa mungkin terdapat perjanjian sulit yang telah dimeterai di London,yang menidakkan pelaksanaan agama Islam di bumi kita sendiri?dan mungkin sebab itu jugalah,pengaplikasian Islam tidak berjaya dilakukan secara menyeluruh di negara ini,biarpun kita merupakan anggota (Oh-I-See), negara yang mengsiytiharkan Islam sebagai agama rasmi sejak lebih setengah dekad yang lalu.ingatlah wahai sahabat,memberikan pernyataan separa benar (half truth) jauh lebih berbahaya dan berbisa daripada memberikan kepalsuan.semoga perkongsian kali ini membuka mata kita dan semua yang membacanya.InsyAllah. 🙂

nota buku lali:

mungkin juga satu hari nanti,pejuang agama islam pada masa kini, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,mungkin akan dilabel sebagai pengkhianat negara semata-mata memperjuangkan hak royalti minyak kepada penduduk Kelantan.who knows?

Advertisements

One thought on “Sejarah = His-story

  1. memang pun. manusia majority that islam dah banyak kali dikaburkan dengan tipu muslihat orang kafir. kalau ikutkan dalam cerita 1511 pun. kedatangan orang portugis hanya nak sebarkan agama diorang cuma kita ni segelintir umat islam dan pemimpin yang memimpin umat islam tu tak nak buka mata. i’m being neutral but sometime kita tak peka yang sebenarnya islam tu macam dah semakin hilang dalam masyarakat kita sekarang so we as the youngsters have to preserve the ni’mat that we have… tolong betulkan kalau statement ni salah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s