Valentine?

Wujudkah satu hari istimewa dalam kalendar Masihi atau Hijrah untuk umat islam melahirkan rasa kasih sayang tanpa mengira batas pergaulan dan hubungan? Mari kita sama-sama selusuri perjalanan tulisan ini, yang mengambil sedikit sebanyak isi khutbah jumaat dari mimbar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor bertarikh 8 Rabiulawwal 1432 H / 11 Feb 11, bertajuk Haram Menyambut Hari Kekasih.

Sambutan menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day biasanya disambut pada 14 Februari di seluruh dunia, tanpa mengira bangsa. Sebenarnya sambutan ini adalah HARAM di sisi agama Islam. Hal ini kerana sambutan ini tidak selari dengan ajaran agama islam sendiri. Sambutan ini juga HARAM disambut kerana sambutan ini tidak dianjurkan oleh islam, tetapi oleh Kristian. Antara hikmah Hari Kekasih haram disambut juga adalah kerana terdapat pelbagai unsur maksiat. Kegembiraan dan keseronokan yang pada awalnya, diselangi dengan ucapan kasih sayang, pemberian bunga sebagai lambang cinta, berterusan hingga majlis tari menari dan berakhir dengan perzinaan.

Sambutan Valentine’s Day sememangnya membawa kepada kemungkaran dan kemaksiatan. Jadi jelas bahawa sambutan ini amat bertentangan dengan ajaran islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang antara satu sama lain. Islam bukanlah satu agama yang sangat keras dan bukan juga memberikan kebebasan melampau kepada umatnya. Urusan berkasih sayang dalam islam mestilah melalui saluran yang betul, yang tidak berlandaskan maksiat dan dosa. Lebih penting, salurannya adalah berpanjikan Islam.

“dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana”-Surah al-Anfaal:ayat 63

Sambutan Valentine’s Day ini ialah pada awalnya untuk mengenangkan kematian seorang paderi Itali yang bernama Valentino. Dikisahkan bahawa paderi ini telah dimasukkan ke dalam penjara. Dalam tempoh hidupnya di dalam penjara itu, paderi ini telah menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis, anak kepada pengawal penjara tersebut. Sebelum kematiannya, Valentino sempat mengutus surat kepada gadis tersebut, untuk menyatakan suci dan tulusnya cinta Valentino terhadap gadis tersebut. Pada 14 Februari, hubungan ini berakhir dengan kematian Valentino. Kesan daripada itu, tarikh 14 Februari telah diambil sebagai Hari Kekasih yang disambut di seluruh dunia, sebagai simbol untuk mengenangkan ketulusan cinta seorang paderi.

Jadi, kita sebagai muslim yang berakal, yang beriman, wajarkah untuk kita menyambut Hari Kekasih, hari yang dikhaskan untuk kematian seorang paderi? Patutkah kita merayakan sambutan yang bukan dianjurkan oleh islam? Dan jahilkah kita untuk terus-menerus menyambut sambutan Hari Kekasih yang secara jelas HARAM pada agama islam? Sama-sama kita renungkan.

Sejarah telah membuktikan bahawa sambutan ini akan mendatangkan keburukan sahaja. Kebejatan moral dan sahsiah anak-anak remaja semakin menjadi-jadi. Dari tahun 2000 hingga tahun 2008, seramai 257 411 anak-anak luar nikah telah lahir dan didaftarkan. Purata sebanyak 28 000 bayi lahir dalam tempoh setahun benar-benar menggambarkan keruntuhan masyarakat masa kini, yang mana penyumbang kepada jumlah ini ialah sudah pasti hampit kesemuanya yang beragama Islam. Dan pada tahun ini, berapa ramaikah pula bayi-bayi yang akan lahir akibat perzinaan, istimewa khas pada malam Valentine’s Day? Nauzubillahi min zalik.

Jadi, harapan kepada semua, pembaca dan penulis ini sendiri supaya tidak terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung menyambut, menyebarkan, mempromosikan dan bertolong-tolongan dalam sambutan Hari Kekasih ini. Sambutan Hari Kekasih ini sebenarnya tidak lebih daripada propaganda Yahudi dan Nasrani yang cuba mengganggu gugat dan menjejas-goyahkan iman dan akidah umat islam. Majlis Ulama Indonesia (MUI) secara terbuka telah mengharamkan sambutan ini disambut di bumi Indonesia, atas sebab sambutan ini adalah satu cubaan untuk menyebarkan agama Kristian. Seperti yang sudah tertulis di dalam al-Quran,

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah. Orang-orang yang telah Kami beri kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi”-Surah al-Baqarah:ayat 120-121

Justeru, sebagai akhir kata, marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada terlibat dalam menjayakan sambutan maksiat ini. Segala amalan kita yang zahir mahupun yang batin akan dipertontonkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Moga-moga, kita dilindungi Allah dan mendapat perlindungan-Nya daripada segala malapetaka dan malabencana di dunia dan di akhirat. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah engkau berikan petunjuk. Amiin ya Rabbal Alamin.

nota plasmodesmata:

1. Majlis Ulama Indonesia dengan kerasnya mengharamkan sambutan Hari Kekasih di Indonesia. Harapnya, majlis agama Islam di Malaysia juga secara tegasnya mengharamkan sambutan ini diadakan di Malaysia. Apa gunanya ada media massa, jika kita tidak mampu menggunakannya untuk ingat-mengingatkan antara satu sama lain?

2. Yang haram tetap haram. Jangan hanya berkata haram di mulut dan bersifat suam-suam susu bayi dan hangat-hangat tahi lembu.

3. Ittaqullah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s