Islam dan Teknologi

Artikel ini ditulis selepas kunjungan Prof Madya Dr. Ali Hasan, seorang profesor tersohor di Malaysia ke program Bicara Tokoh anjuran JPKC :). Berkhidmat di Universiti Putra Malaysia dan pernah belajar di Leeds University dan Birmingham University dalam bidang Chemical Engineering, mendapat Master di sebuah universiti di Jepun. Catatan ini ditulis semasa talk diberikan dan dihuraikan di dalam post ini beberapa hari selepas kemudian.

Setiap perkara yang baru dipelajari ialah ilmu. Ilmu adalah untuk dikongsi. Kalau betul-betul faham, kena ajar. Tahukah kita apakah produk yang akan terhasil sekiranya kita mengeringkan santan? Sekiranya kita keringkan air laut, kita akan mendapat garam. Sekiranya kita keringkan jus minuman, kita akan mendapat patinya. Bagaimana pula dengan santan? Jawapannya, pati bagi santan ialah minyak. Selepas beberapa siri penyelidikan dan kajian, akhirnya rahsia santan ini dimajukan dengan penciptaan serbuk santan. Walau bagaimanapun, usaha Prof Ali Hassan untuk mempatenkan produknya ini dihalang oleh pihak atasan. Hal ini sekali gus membuka ruang dan peluang kepada pengusaha-pengusaha makanan yang lain untuk menggunakan hasil kajian Prof sebagai produk yang baru. Kesannya, jutaan ringgit kepada pengusaha santan serbuk.

Menyentuh pula teknologi hijau. Sebelum itu,terdapat 4 tahap ilmu; iaitu data, info, ilmu, bijaksana. Orang yang bijaksana akan mencuba dan mencipta pengetahuan yang baru kepada semua. Those who are wise will go advance boundary of knowledge. Ilmu yang baru diteroka dan dijadikan panduan kepada peneroka ilmu masa akan datang. Ya, memang ilmu tersebut sudah tertulis dalam kalam Allah dan sudah lama menjadi milik-Nya, namun penemuan ilmu yang baru tersebut adalah baru unutuk manusia sejagat. Tambahan pula, meneroka ilmu yang baru ialah tugas sebenar khalifah di bumi ini. Ingat, research never ends.

What is science, technology and engineering? The answers are; science is knowledge, technlogies is practice and engineering is contribution. All the knowledge now is coming saturated. We are now learning smaller and smaller scope of knowledge. That’s why people are merging the disciplines. For instance, biology and technology, which are combined to form biotechnology, are proven to create new knowledge. Proven by the production of genetic plants, coconut milk powder etc, the scope of knowledge now going wider and wider. Knowledge have to be learnt by ourselves.

Tetapkan matlamat pembelajaran. Apakah tujuan kita belajar? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengenal diri sendiri, sekali gus mengenal Allah. Betulkan niat, nawaitu kita. Matlamat pembelajaran boleh diakronimkan kepada TASK – Taqwa (mencetus dan membina takwa dalam diri), Attitude+Akhlak+Adab, Skills dan Knowledge. Always bear in mind that; it is your attitude, not your aptitude which determines your altitude in life.

Seperti yang tercatat di dalam buku 7 habits by Steven Covey. Kelestarian atau tahan lama adalah aspek penting dalam menuntut ilmu. Ilmu apabila berkat; yang pertama, ilmu tersebut akan tahan lama, kedua, sedikit pun mencukupi dan terakhir, bermanfaat untuk orang lain.

Nabi telah bersabda dalam satu hadis, yang menjawab pertanyaan satu soalan sahabat yang bermaksud, terdapat  juga pembaziran semasa berwudhuk, walaupun di dalam air sungai yang mengalir? Apakah yang cuba ditonjolkan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut? Sikap atau habit supaya tidak membazir. Berjimat-jimat menjadi disiplin. Kurangkan pembaziran; seperti yang disebut di dalam al-Quran:

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan da minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Surah al-A’raf 7:31.

“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka meraakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Surah ar-Rum 30:41.

Bermula dengan revolusi perindustrian, zaman informasi dan maklumat dan kini tiba pula era biologikal. Sebagai contoh, biologi dan teknologi hijau. Adunan dua bidang ini menjadi bidang baru untuk diceburi dan diteroka bagi menambahbaik sumber bahan api, makanan dan ubat-ubatan yang sedia ada. Sedar atau tidak, sumber-sumber tersebut menjadi ibu kepada kepentingan-kepentingan yang lain yang diterjemah dalam bentuk perkhidmatan. Services are much bigger than products. Misalnya, apabila kita membeli sebuah telefon bimbit, bukannya telefon bimbit tersebut yang kita idam-idamkan, tetapi perkhidmatan atau services lebih menjadi keutamaan.

Paradigm in our life is important. Menurut perbualan antara Prof dengan salah seorang juruterbang, sebuah kapal terbang memerlukan kesemua enjin (4 enjin) sebelum berlepas ke udara. Yakni, semua tenaga diperlukan secara maksimum sebelum matlamat sebenar berjaya dicapai. Like a plane, need a strong willpower. Less effort to maintain, but much effort to initiate. Apabila berada di altitud yang semakin meninggi, semakin kurang kuasa yang digunakan untuk menstabilkannya. Terbukti apabila hanya 2 enjin sahaja digunakan pada masa itu.

Collection of QnAs!

1. Benarkah minyak kelapa sawit menggantikan petroleum? Ya, sebagai biodiesel. Tapi pada masa ini, nilai minyak kelapa sawit untuk dijadikan sebagai bahan api utama. Sebab itu kelapa sawit digunakan sebagai minyak masak, tetapi satu masa nanti, mungkin akan dikomerisalkan apabila permintaan minyak sawit sebagai bahan api melebihi demand bahan api yang lain.

2. How to passionate? What u dream of? Flame inside you. Soul search lah.

3. Timewasting? If you waste your time, you waste your life. Don’t run your life by default. Make time is giving time to important things. Be proactive.

~Maaf atas segala huraian isi yang kurang tepat sekiranya ada. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s