Kalau dah nasib?

satu bumi ni dah tahu n sedar dah ape yang jadik kat bumi Jepun. berlakunye earthquake yang menyebabkan terjadiknye tsunami. seakan sesuai dengan term tsunami yang berasal dari bahase Jepun, fenomena tragis ni berlaku kat negara matahari terbit tu. kalau dulu, tsunami atau bahase melayunya, ombak besar ni melande Acheh pada 26 dis 2004. sekaligus melumpuhkan ekonomi dan keseluruhan negara indonesia itu sendiri, yang punya kaya dengan sumber bumi. musnahnya Acheh, sebagai pusat tumpuan dunia dengan adanya destinasi pelancongan, membuatkan negara tersebut tempang untuk sekian lamanya. namun, sebagai pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut, janganlah kita mengabaikan arahan tuhan semesta alam, Allah Subhanah wa Taala. Allah akan turunkan satu bala kepada satu kaum tersebut, walaupun ada sebilangan kecil yang beramal soleh dengan-Nya, sedikitpon tidak terkecuali. akhirnya, dalam sekelip mata, bandar Acheh lenyap ditelan air. yang tinggal hanyalah sebuah masjid putih, yang sedikitpun tidak disinggah air. hebatnya kuasa Allah. ๐Ÿ˜‰

menyingkap kisah yang baru sahaja berlaku dalam 2 minggu yang lepas. yang mana, bandar-bandar maju di Jepun, lenyap jua disebabkan fenomena yang tidak mampu kita elak. fenomena tsunami. kali ini, ramai yang kehilangan orang tersayang, tempat tinggal. harta yang dikumpul bertahun-tahun tak pula bernilai buat masa ini, sama jua jawatan yang dipegang, posisi yang menjulang-julang di dalam pejabat berhawa dingin tak membawa apa-apa makna tanpa kesejahteraan jiwa. punca dikaji, sebab diteliti, adakah kejadian ini disebabkan negara jepun yang tidak mementingkan teknologi hijau dan pembangunan yang terlampau? (memetik kata2 Rosmah Mansor :D)

dalam masa yang sama jugak, Malaysia juga akan membina reaktor nuklear yang tercanggih, pernah dibina. reaktor ini akan menggunakan kemahiran teknologi yang pernah difikirkan oleh mana-mana manusia, yang sudah pasti mementingkan ciri-ciri keselamatan, keutuhan dan keampuhan. namun, adakah rancangan ini benar-benar ampuh dan utuh, yang seratus peratus akan kukuh dan teguh serta tidak pula rapuh? mungkin kita tidak sedar, reaktor nuklear di Sendai dan Miyagi telah pun dibina dengan bercirikan kalis gempa bumi. teknologi kalis gempa bumi yang diperkenalkan oleh Jepun adalah setinggi 8.0 skala Richter, namun gempa yang datang menjengah Jepun mencecah 9.0 skala Richter (8.5 to be exact). adakah ini tidak cukup untuk kita simpulkan bahawa sejauh mana manusia cuba untuk mengelak dari ujian, jika Allah mahu juga menguji maka kita tidak akan pernah dapat lari dari ujian. kita merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya Allah ialah perancang yang terbaik.

mendengarkan ramalan bahawa Jepun akan membangunkan kembali negara mereka setelah jatuh akibat tragedi Hiroshima dan Nagasaki kedua dalam masa 3 tahun, terdapat juga beberapa andaian yang mampu dibuat. setelah dikejutkan dengan gegaran sekuat 8.5 skala Richter, Jepun dalam masa yang sama masih lagi tidak tenang dengan beberapa siri gegaran yang berukuran 6 skala Richter. jadi sekiranya episod gegaran ini akan berterusan dalam masa 3 tahun akan datang, adakah benar ramalan untuk Jepun bangkit dalam masa 3 tahun? mungkin juga, dalam masa terdekat, ratusan siri gempa bumi yang di luar jangkaan, yang mungkin seperti filem 2012, yang nilainya lebih 9.0 skala Richter akan melanda Jepun dan negara-negara sekitarnya? kalau begitu, kita di Malaysia, rakan benua bagi Jepun, juga harus bersiap sedia. kerana mungkin badai tsunami akan datang singgah melalui Laut China Selatan. MashaAllah~

radiasi akibat kemusnahahan reaktor penyejuk nuklear merupakan satu situasi yang membahayakan semua penghuni bumi. pembebasan atom-atom yang berupaya bertindak balas dalam udara sekeliling benar-benar membimbangkan. bagai bayangan peristiwa Chernobyl di Ukraine pada 1986, hujan asid dijangka akan menyapa negara-negara sekitar Jepun dan juga Malaysia amnya. pada tahun 1986, hujan asid dari Ukraine telah singgah di Malaysia, namun tahap radiasinya sudah disaring dan dikurangkan secara semula jadi oleh alam. kali ini, hujan asid dari Jepun juga dijangka akan datang ke Malaysia oh Tanah Airku ini dalam masa 2 minggu lagi. radiasinya juga dijangkakan kurang dan berada di tahap selamat. namun, ingat. siapakah kita untuk menjangkakan semua perkara yang diramal berlaku 100 peratus seperti yang diduga? sudah banyak bukti sepanjang nafas dihembus, memperlihatkan kecacatan pada ramalan manusia. mana tahu, mungkin rakyat di Malaysia akan menerima buah tangan simpati bernama hujan asid dari Jepun, 100 peratus dahsyat dan sama seperti mereka di sana? ingat, kepada Allah jualah tempat kita bergantung. ๐Ÿ™‚

sedarlah wahai manusia, pada saat bencana alam dalam bentuk semula jadi seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, kebakaran, letusan gunung berapi dan sebagainya mahupun bencana alam yang berpunca daripada tangan-tangan manusia seperti peperangan, pembunuhan dan pertelingkahan, kita sudah meniti hari, jam, minit, saat dan detik yang terakhir kepada waktu akhir bumi, waktu tamat dan matinya bumi yakni hari kiamat. kematian kita boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila sahaja. pada waktu ajal yang akan datang menjemput, apakah bekalan yang kita ada, sudah cukup untuk kita hidup di alam barzakh dan sebagai modal untuk bertemu Allah pada hari muka? usia bukan penentu siapa yang akan mati dulu, anak kecil mungkin akan bertemu Allah dahulu sebelum neneknya, kanak-kanak yang tidak mengenal erti hidup dunia mungkin akan mati dahulu sebelum ibu bapanya jika saatnya untuk bertemu Maha Pencipta sudah tiba. ayuh sahabat, ayuh kawan, ayuh teman, kita perkayakan diri dengan ilmu. jauhkan diri kita dari maksiat yang nyata mahu pun yang tersembunyi. bukan berpesan kepada pembaca semata-mata, tetapi jua berpesan kepada diri sendiri selaku mata dan jari-jari yang menaip. Astaghfirullah al Azim. moga-moga Allah pancarkan hidayah kepada kita ๐Ÿ™‚

nota karotid:

1. Malaysia nak buat reaktor nuklear.Indonesia pun nak buat jugak. by 2021, dijangka akan siap. just bayangkan, kalau kebakaran kat indonesia pon, satu malaysia kena jerebu berminggu-minggu. nak padamkan pun amek mase. ni bayangkan kalau reaktor nuklear yang CANGGIH musnah macam apa yang terjadi kat Jepun, apa yang akan jadik kat Malaysia? mungkin berjuta-juta akan kena kanser kulit dan mati, of course. Say Goodbye je lah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s