Here is INTEC

Tempat pengajian    : International Education College (INTEC)

Kursus pengajian    : Perubatan – Program Berkembar IMU

Tarikh Mendaftar      : Ahad, 4 Julai 2010

Alhamdulillah. Dapat jugak offer scholarship JPA ni. Masa kat sekolah dulu punya lah berangan tak nak scholar JPA, sebab dah common orang dapat scholar JPA ni. Tak famous lah kalau dapat yang common kan. Haha. Tapi lepas SPM baru dapat tau, selain JPA n MARA, apa lagi sponsor yang boleh taja medic ? (Sime Darby, Bank Negara, Khazanah, Petronas – Semua ada medic, tapi tu yang betul2 power dan kaw2 hebat dalam academic and masa interview. Aku tau aku bukan jenis yang macam tu. *tacing sikit. 😀

INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE

Okay. Now, aku start cerita apa tu INTEC. Ramai yang pronounce INTEC ni INTECH. Tak tau lah dari mane TECH tu datang. It’s not International Education Technology, it’s International Education College. Masa aku masuk tahun 2010 dulu, nama INTEC ni International Education Centre. Tapi masuk je tahun baru (2011), INTEC has been privatised. Terus, nama International Education College digunakan. Logo pun dah tukar. Now, dah lawa sikit logo dia. Ada bulat hitam merah, lima huruf I N T E C. Stylo la jugak. Lagi satu yang perlu tau sikit sal background INTEC ni, INTEC ni kampus UiTM Seksyen 17. Means that segala peraturan yang ada kat INTEC ni tertakluk jugak kat peraturan UiTM. That’s why mase nak mendaftar kena isi borang segala bagai kat buku UiTM tu.

Penginapan

Kat INTEC ni, ada 3 jenis Kolej yang boleh didiami pelajar INTEC yang dapat kemudahan asrama (Means that kalau korang dah kaya sangat, boleh je nak duduk kat rumah sewa). Meh aku cerita-en and bagi korang abstract sedikit sebanyak.

  1. 1.    Kolej Cendana

Kolej Cendana (Kolej Kesayanganku!) 😀 Kolej ni actually memang jauh sikit terperosok berbanding kolej-kolej lain. Sebabnya, kolej ni terletak kat Seksyen 6, compared dengan kolej lain (Cemara dengan Akasia) yang terletak kat Seksyen 18. Eksklusif untuk budak2 lelaki junior (yang baru masuk mendaftar). Berdekatan dengan residential area. Banyak flat yang dekat2 dengan Cendana ni. Tapi kat sebelah bahagian atas, ade rumah bangle. Dipercayai kawasan Seksyen 6 ni, kawasan tempat tinggal orang kaya-kaya berbangsa Melayu. Kat tepi Kolej ni ada Balai Polis Seksyen 6. So tak boleh nak bising2 lah kalau kat bilik tu. Disebabkan lokasi kolej ni di pinggiran bandar Shah Alam, so keadaan dia sangat tenang. Best untuk refleksi minda. 😀 Satu rumah ada 2 bilik (Bilik A boleh muat 4 orang, Bilik B boleh muat 2 orang, menjadikan kependudukan rumah tersebut 6 orang). Penghuni bilik mestilah sama program, so kalau lain program, jangan berangan nak duduk sesama.

  1. 2.    Kolej Cemara

Khas untuk budak2 lelaki senior. Dekat dengan kawasan ramai orang. Orang kata best sebab ramai orang. (Aku kata tak best sebab ramai orang, serabut kepala tengok orang ramai – Cendana best lagi. Haha) Hm. Bertempat di Seksyen 18. Menempatkan pelajar2 lelaki dan perempuan (Program Ausmat sahaja). Satu rumah 4 orang (2 bilik, setiap bilik 2 orang).

  1. 3.    Kolej Akasia

Eksklusif untuk kaum hawa sahaja. Budak laki2 tak boleh masuk kolej ni sesuka hati except untuk main badminton je (waktu bersukan, petang). Nak describe lebih, aku tak tau. 😀

Makanan

Selagi kite hidup, mesti lah kite perlukan makanan kan. Kalau tak takde tenaga nak respire kite punye cell. Nak buat aerobic respiration. Takkan nak buat anaerobic respiration je kot. Nanti ade lactic acid pulak. Boleh lead tu chest pain pulak. Hah. Cukup. Korang lagi tahu than aku pasal respiration neh. Jom layan!

  1. 1.    Kolej Cendana

Makanan kat Cendana neh, ade options yang sangat limited. Dengarkan.

Around kolej memang takde kedai makan yang mantap. Kalau korang memang suke layan mamak, ade sebijik je kedai mamak. Tu pun bagi aku tak berapa mantap sebab kemamakan die tak standard mamak2 yang lain. Name kedai tu, Restoran Dawood (Dekat dengan Petronas). Harga die lebih kurang mamak lain a, mahal. 😀 Selain tu, ade jugak deretan kedai makan kat depan Surau Seksyen 6. Meh aku cite satu persatu kedai2 yang berkenaan. Melangkah ke deretan tersebut dari arah surau, korang akan nampak kedai Aida Ikan Bakar. Landskap kedai ni menarik, cuma servis die lambat tahap sentap. Kalau korang plan nak bukak puasa kat sini, elok sangat kalau korang order makan tuh lepas Asar. Kalau tym maghrib baru nak order, lepas solat witir pun belum tentu sampai lagi makanan korang. Okay, bergerak ke kedai next. Kedai ni paling catchy, “Adiiiik, bungkus!” “Mari sini dik, ayam panas2!” Ni merupakan kedai yang mengutamakan citarasa seberang (Indonesia). Memang rase Indon lah. Kalau korang rindukan masakan bibik2 korang, kat sini lah nak melempiaskan nafsu makan tu. Ikut pengalaman aku, kedai ni lagi laku than KFC only mase 1st 2 weeks je. Lepas tu dah rase macam hambar. Ntah nape. Then, melangkah lagi ke kedai next. Ade kedai yang baru di renovate. Nampak macam mantap. (*mase artikel ni ditaip, kedai tu sedang diupgrade. So takleh komen lelebih). Kakiku menapak laju. Then, sampai kedai nasi ayam. Kedai ni aku tak tau ape yang spesel, tapi kalau waktu lunch, lepas balik kelas tu, elok a kalau nk makan nasik ayam. Yang mantap, harga nasik ayam tuh RM 3.50 je walaupun korang mintak nasik tambah. Selain lunch, breakfast kat sini pun mantap jugak kot. Boleh mintak susu untuk makan dengan roti canai (free of charge!). lepas tu, ade lagi kedai makan. Kedai ni bagi aku tak menarik, selain daripada godaan akak2 untuk menarik pelanggan. “Adik hensem! Mari makan!” lebih kurang gitu lah bisikan akak2 tu. (*standard lah sebenarnye tu kan. :D). kedai terakhir, Shukor Tom Yam. Kedai ni yang paling boleh tahan antara yang banyak2. Sebab ade banyak  seat kosong. Kedai ni milik Terengganu-an. So macam selera pantai timur a sikit. Tapi tak ketinggalan, ade jugak pekerja Indonesia. “Adik, makan sini. Makan panas ada, nasik lomak ada!”. Okay, dalam 6 pilihan kedai ni, bagi aku, boleh tahan lah sume. Sedap dimakan apabila lapar, tapi lagi sedap kalau orang belanja. 😀 Btw, kat dalam kolej pun ade jugak jual makanan, tapi waktu dinner sahaja. Ade satu stall makanan masakan Indonesia (tempe sudah pasti!). makanan yang paling ekonomi is nasik lemak telur which only costs RM 2! Hm. Kedai ni tak konsisten, kadang2 ada, kadang2 takde, kadang2 tym diperlukan takde, kadang2 tym hujan rebut pun masih utuh berdiri. Hah, demikianlah list2 kedai makan kat Cendana, 😀

  1. 2.    Kolej Cemara dan Kolej Akasia

Since aku belum mendaftar lagi kat Kolej ni, aku tak tau sangat ape makanan yang paling mantap. Tapi sekadar singgah kat Cemara, antara kedai makan yang paling mantap is kedai Pak Mat (Amabillis Sdn Bhd) kat dalam kolej Cemara. Makanan yang paling ekonomi costs RM 2 jugak yang menunya ialah nasik putih, telur dadar, sup, sos. Kire okay lah kan bagi orang2 yang mempunyai selera kering. 😀 then, ade jugak kedai paling dekat dengan Kolej ni which is Rafi Bistro. Dibukak selama 22 jam. Ade wifi tak silap. Harga mahal lah, sebab mamak kan. 😀 selain tu, ade jugak kedai makan yang berselera timur macam kedai Wira Sejati. Pastu ade stall air jambu kat blok ALG kat Cemara. Air jambu + buah jambu + asam terbaik = memang super mantap! Nanti korang kene beli, then belanje aku jugak. 😀 eh, lupe, kat sini ada KFC and McD!

Kedai runcit

Mungkin korang rase korang bukan jenis shopping, tapi sedarlah wahai rakan, kedai runcit amat penting especially bile korang baru masuk mendaftar ni. Sebab kat kedai nil ah korang nak beli penyapu, berus sabun, sabun basuh, ubat gigi, berus gigi, berus sabut, hanger. Kalau bawak periuk nasi elektrik lak, mungkin korang akan beli beras etc. So kedai ni amat penting untuk kesejahteraan diri korang.

  1. 1.    Kolej Cendana

Kedai2 kat kolej ni memang limited. Yang paling high class kat Seksyen 6 ni is 7-Eleven. Kat sini ada macam2, A4 paper, pen, highlighter, Majalah Wisel! etc. Tapi harga die standard lah satu Malaysia. Selain tu, kat Petronas pun boleh beli jugak barang2. Tapi tak banyak pilihan lah. Kat Petronas ni ada pilihan chocolate yang banyak. Sedaaap! Then, kedai2 lain yang ada, Syarikat Sri Alam dan satu lagi kedai runcit, Kedua-dua kedai ni mamak oriented dan berderetan dengan kedai Dawood.

  1. 2.    Kolej Cemara dan Kolej Akasia

Kemudahan kat sini memang banyak. Banyak hypermarket n gigamarket yang ada kat sini. Ada Giant, Mydin, Kedai Sukan Mizi, Ole-Ole Shopping Mall, 7-Eleven etc. so memang banyak lah kann. Hah, bertuahnya duk Cemara/Akasia! 😀

Sumber duit

Sumber duit yang dimaksudkan kat sini is mesin ATM ataupun bank. ATM biasanya lengang pada hari biasa di semua tempat. Waktu puncak bagi ATM ialah pada hari biasiswa diumumkan masuk ke dalam akaun pelajar. Hehs, ape lagi, layan!

  1. 1.    Kolej Cendana

Satu-satunya punca duit kat sini ialah mesin ATM kat Petronas. Tapi jangan risau sebab ade ATM CIMB dengan Maybank. Biasiswa akan masuk dalam akaun CIMB.

  1. 2.    Kolej Cemara dan Kolej Akasia

Kat sini ada lagi banyak pilihan. Ada Maybank, CIMB, Bank Islam. ATM yang paling dekat kat Petronas. Ada CIMB dengan RHB. Kat Shell dengan Esso pun ade ATM jugak kot. Tak silap a. T try tengok.

Masjid/Rumah Ibadat

Eksklusif bagi Muslim (I am Muslim too :D), segmen ni ditujukan kepada korang. Untuk non-Muslim, aku tak tau sangat details. Sorry. J

  1. 1.    Kolej Cendana

Diumumkan, kat Seksyen 6 ni tak ada masjid. Masjid yang paling dekat is Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) yang kubah nya paling besar di Asia Tenggara. Korang kene jalan about 1km++ untuk sampai ke masjid ni. Bayangkan kalau korang pegi Solat Jumaat (waktu tengahari), pouf memang mantap panasnya. Tapi ingat rakan2! Ni baru panas kat dunia. 😀 So aku suggest korang beli lah basikal. Boleh korang naik bike pergi masjid. Btw, ade perkhidmatan bas disediakan untuk ke masjid pada hari Jumaat. Tapi bas tu ade sebijik je. And yang nak naik bas tu ada dalam seratus orang. So probability nak naik bas tu dalam 0.4 je..

  1. 2.    Kolej Cemara dan Kolej Akasia

Kat sini ade 2 masjid yang berdekatan. First, Masjid al-Hidayah, yang dekat dengan sekolah Tamil, dekat dengan selekoh. Untuk pengetahuan, our Timbalan Pengarah HEP, Cikgu Hassan is Imam II masjid ni. So proud of him.:D Lagi satu, masjid yang berdekatan is Masjid Azhariyyah atau lebih mesra dikenali sebagai Masjid Unta. Sejarah nama berkenaan masih belum dikenal pasti. Tapi menurut hikayat penduduk setempat, masjid tersebut dapat nama Unta sebab tiap2 kali musim raya qurban, masjid tu akan mengqurbankan unta. Dat’s y dapat nama tu. J

Pengangkutan

Pengangkutan bas disediakan kepada pelajar2 yang menginap di kedua-dua kolej. Meh sini aku perincikan pasal pengangkutan. *Students tak boleh bawak kereta masuk kolej. Kalau motor, boleh je. Jangan motobot sudah. 😀

  1. 1.    Kolej Cendana

Bas disediakan kat depan gate Kolej Cendana. Pagi2 sebelum pegi kelas bas memang dah tunggu korang. Korang boleh start beratur kat tepi gate dalam kul 645 pg camtu. Kalau kelas korang start kul 8, elok sangat lah naik bas first. Pukul 10, bas dah rehat. So, kalau ade kelas kul 10 tu, cepat2 la tahan bas or cab. Okay, tu pengangkutan yang nak pergi INTEC. Ni pengangkutan yang nak p hangout/balik/makan etc. Kalau nak p pusat bandar, naik bas T602. Then, berhenti kat PKNS. Tapi, kalau nak p KTM Seksyen 19 or KL Sentral etc, naik bas T602, then turun kat Seksyen 2 (nanti korang akan nampak KFC or food court). Kalau nak p KL Sentral, naik bas U80. Kalau nak p KTM or INTEC, naik bas E529. Ingat, kalau nak naik bas E529 tu, kena ada Kad Touch n Go. Kalau takde, beli yang baru. Tak boleh pinjam2 kawan punya. Paham?

  1. 2.    Kolej Cemara dan Kolej Akasia

Kalau bas dari INTEC tu, memang laju je kalau trip Cemara/Akasia ni. Ratio 3:1 camtu. Tapi yang tak berapa best nya, bas Cemara/Akasia ni jarang berhenti depan kolej. So, kena jalan dari bus stop kat depan Esso (about 500m dari kolej). Kena exercise sikit lah. 😀 hm. Kalau nak pegi KTM, naik cab or bus pun boleh. Just tunggu kat depan bus stop ESSO tu, then tahan apa yang berkenan.

Keselamatan

Secara umumnya, keselamatan barang-barang korang adalah di bawah tanggungjawab korang sendiri. Since korang akan duduk dalam satu rumah yang ada roomates, so suggestion aku ialah bawak barang2 yang ala kadar n murah2 je. Sebabnya, awal2 ni korang tak tau lagi macam mana isi hati roomates korang tu. Nanti bile dah duduk dengan diorang lama sikit, barulah korang boleh bawak barang yang best2 n berharga mahal. Barang-barang letrik mcm laptop, elok korang simpan dalam locker atau sorokkan kat mana2. Sebabnya, kalau tinggal je atas meja study, silap2 boleh kena saman dengan staf kolej kalau dorang buat spotcheck. So, careful lah ye.

Kebersihan

Untuk yang baru masuk, elok korang bersatu hati dengan roomates korang tu dengan membersihkan bilik air, jamban, kipas, lampu, locker, bawah rak kasut dan bawah katil. Hal ini demikian bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit boleh berlaku. Kalau pada hari pertama tu, elok sangatlah kalau korang sapu sampah, cuci kipas. Kalau tak bile lagi korang nak bersihkan? Lagi satu, sape2 yang sampai awal tu, bukak paip air tu sebab air mungkin karat.

Penutup *kot

Okay. Tu je dulu setakat ni. Chow Bedah. 😀

 

Advertisements

28 thoughts on “Here is INTEC

  1. nice informations….tp cter la plak psl program berkembar IMU…saya dpt bidang farmasi…bley pergi ovc jgk ke kalau twin prog ni?

  2. mm nk tnya,kalau bwk kereta,tp x parking dlm kwsn hostel,parking luar.boleh ke?ada x pelajar yg buat cmtu?tq 🙂

    • ada je yang buat camtu. kena pandai cari kawasan parking lah. kalau letak kat tempat parking orang, memang kena marah la dgn penduduk setempat. sebab seksyen 6 tu dekat dengan rumah orang. silap2 boleh kena saman jugak. 🙂

  3. wanna ask some ques . hewhew . camne boleh dapat offer intec uitm ni ? mase isi upu ke ? offer jpa dapat sebab apply ke memang direct terima tanpa apply ? sy ni takde pengalaman interview la . senang tak proses interview ape semua ni ? mohon jawab . thank you xD

  4. Waahooo! At last, ada juga yang post about kedai makan around INTEC 😀 Thanks bro ! I got offered to this place for 30th June intake. Around 35 mnt from my house in Kelana Jaya. So, pasal bawa basikal tu OK ke? I mean kat mana nak simpan and tak kena sambar student lain ke? lol Anyway, nice blog bro !

    • Selamat datang ke Intec! 🙂

      OK je bawak basikal tu, asalkan ikut undang-undang kolej. Nanti kunci lah basikal tu kat garaj motosikal. Kalau letak bawah tangga, takut menyusahkan makcik cleaner pulak. In shaa Allah, basikal tu selamat dari ancaman. XD

  5. asalamualaikum,,sya ingin bertanye sekiranya sya dpat straight a tpi bkan dri aliran sains tulen..boleyhkah sya mohon intec????harap balas…asalam..

  6. assalamualikum..nak tanya, klau tak mntak scholarship utk masuk intec tu lepas tu nnti klau boleh fly akan ditaja atau bayar sendiri?mohon pencerahan.

    • Untuk masuk INTEC, status pengajian anda sama ada di bawah ‘tajaan’ atau status ‘persendirian’.

      Sepanjang anda berada di INTEC, anda akan buat persediaan untuk peperiksaan yang anda akan ambil. Cth: A-Level, AUSMAT etc..

      Kelayakan untuk fly adalah berdasarkan result peperiksaan anda tersebut. Tiada kaitan dengan tajaan atau tidak. Cumanya, jika anda di bawah tajaan; permohonan untuk penempatan anda di universiti pilihan anda akan diuruskan oleh penaja. Sebaliknya, jika anda ialah pelajar persendirian, anda mesti menguruskan ‘placement application’ sendiri.

      Wallahu a9lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s