Post Simpor Dakwah Mission!

Sabtu – 040611

Alhamdulillah, sampai jugak ke Pusat Tarbiyah dan Latihan Orang Asli Kok Lanas. Dalam hati ade cuak2 jugak sebab nak pergi kampung orang asli, nak sebarkan Islam. In fact, diri sendiri ni pun masih lagi jahil agama, memang susah n tak konfiden lah kan nak p berdakwah kat tempat orang. Malam tu, ada briefing by Ayah Lik pasal program ni. Actually, program ni ialah program anjuran USM dengan ABIM, which will be going to Post Simpor, which is about 75 km from Kuala Betis, Gua Musang. And malam tu jugak, lepas solat Isyak, terus siap barang2 sume, n terus shoot ke Gua Musang. Go! Go! Go! Ya Da’ei!

seni_dakwah

Ahad – 050611

Finally reached at KESEDAR Gua Musang around 0200. Rested and slept there for about 3 hours, before preparing ourselves to continue the journey. Naik 4WD pegi Kuala Betis, took about an hour from Gua Musang. Stopped at the Masjid Mukim Kuala Betis, and had been briefed by Ayah Lik again, about things what we should dos and don’ts while being at the Post. We then divided into pairs, which consisted of both male and female (some both females), to be given to the foster parents (Temiar family).

The journey was continued for about 3 hours and a half to reach Post Simpor. Sepanjang perjalanan tu, memang thrill wehh. Jalan dah macam trek lumba motorcross, bahkan lagi dasat. Memang tahap gaung kiri dan kanan a. Nasib baik a tak gayat mahu pun mabuk kereta. Kalau tak, sure muntah2 punya dalam Land Rover tuh. Yang paling thrill, mase four wheel tuh tergelincir ke belakang mase nak naik bukit and terlanggar bahagian depan jip yang duk belakang kitorang. Mase tu dah la pintu tu terbukak. Nasib baik tak terkepit tengah2 jip tuh. K Seram.

Kul 3 petang, sampai lah kitorang kat Post Simpor tu. Memang tak macam apa yang diexpectkan, kampung orang asli skg ni lagi maju dan padu daripada apa yang digambarkan. Tapi, kalau ikut kemajuan yang ada kat bandar, memang jauh panggang dari api a. So, sahabat2 yang duduk kat bandar2, pekan2, sila bersyukur yee sebab ada ramai lagi yang lagi susah daripada korang. Be Grateful to Allah. Alhamdulillah. Pada petang  tu jugak (dah nak masuk senja dah pun, kitorang peserta2 ni diserahkan kat keluarga angkat masing2. Takkan aku lupa nama ni, Asip bin Angoi, my foster father. 😀

1369965497526113090

Isnin – 060611

Selamat pagi Isnin. Hari ni nampaknya cukup cerah dan berseri untuk beriadah. J Pagi tu, my foster family (Apak Asip, Amek, Rinda, Jamilah, Adroi), Kak Fizah and I was together in a circle, sitting for breakfast. Rase pagi tu macam pelik pun ade jugak, sebab aku macam malu2 ayam je. Tak tahu macam mana nak mingle dengan orang asli neh. Tengok Kak Fizah macam mantap je mingle ngan family Apak Asip. Melihat keadaan begitu, aku mule merancang dan menjana strategi untuk tidak berasa segan dan malu untuk mix dengan diorang. Aku yakin, aku boleh mix dengan family dorang, especially dengan Apak Asip.

Pagi tu jugak, around kul 10 camtu, aku pun ikut lah Apak aku p tebang balak. Balak yang dimaksudkan ni bukan nya balak yang fresh, tapi balak yang dah kena tebang. Cumanya balak ni bersaiz XXXXXXL++ dan tersadai kat tepi semak dekat gaung. So, keje kitorang pagi tu ialah belah batang balak tu gune batang kayu + baji + bilah kapak. Since Pjoe punya apak takde kat rumah (pegi memancing), die pun join aku. Nasib baik jugak ade geng. Haha. 😀

Selesai membelah, kitorang pun belah dari site tuh. Diangkatnya kayu balak tu yang bersaiz XL kat atas bahu. Digalasnya dengan gagah dan mapan hingga sampai ke rumah, bermula dari jarak hampir 1 km. Memang terteleng kepala duk angkat balak tuh. Huhu. 😀 Paling menakjubkan dan mengkagumkan, apak aku angkat 2 balak sekali gus dan adik aku, Adroi pun boleh angkat balak bersaiz M dengan berkaki ayam. Pouf, walawehhh. Mantap. 😀

Sementara tunggu lunch masak, aku, Pjoe and apak pun berehat2 lah kat rumah. Ha, buat kali pertama kalinya aku dapat tengok tv yang gune system solar as main source. Memang mantap a jugak solar neh, tapi weakness die tak boleh pakai 24 jam. Mungkin yang system ni belum boleh caj energy lagi kot. Yang ini paling mantap yang masyuk, tibe2 je Apak Asip bawak DVD player. Dipasangnya lagu JELMOL, band nyanyi yang sume originated from kampung orang asli. Wah wah wah. Mantap gile kot. Antara lagu yang mantap, Hapuskanlah Airmatamu~ hah. Nanti kena download lagu neh. Serius mantap. 😀 tengah hari tu, memang berkaraoke lah kitorg. J

Lunch sudah siap. Lunch pertama yang ditelan kat rumah apak, ialah ubi kayu + paku hutan in sardine. Superb. Tapi bak kata orang, kalau makan ubi nanti banyak angin yang keluar. Mungkin betul hipotesis tu, sebab aku pun merasainya. Haha. 😀 Siap solat Zohor sume, kitorang pun pegi sungai. Punya lah excited, siap bawak pancing lagi. Namun apakan daya, ramai orang kat sungai haritu. Ikan pun sengeng (malu) nak chak (makan) umpan. Jadi, hampa lah kitorang pulang, dengan tangan kosong.

Selasa – 070611

Pagi ini bermula dengan baik. Subuh pun di awal waktu. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Mobile Clinic, exclusively organised by USM students. Ada pertandingan berus gigi budak2, sapu ubat kutu, berus gigi dewasa, ujian  kesihatan. Dalam masa yang sama jugak, some of us (termasuk aku, Pjoe, Affan) pegi kat site, where a little bridge was almost destroyed by running water, due to heavy rain and heavy water accumulated by the river. Jadinye, nak tak nak, kitorang kena potong pokok, cari batang kayu yang agak mantap untuk dijadikan bridge tu. Kalau tak buat bridge tu, alamatnya, memang kitorang akan jadik pemastautin tetap lah kat Post tuh. Huhu.

After making up the bridge, kitorang pun pulang ke khemah dengan langkah bergaya. Petang tu, kul 5, ade pulak pertandingan kuiz keluarga. Yang ni sebenarnya, nak bagi hadiah kat foster family je. Macam ni la lebih kurang soklan nya, “Apak sapa yang paling kuat??!” then, kitorang sbg peserta kena angkat tangan, nak raih hadiah untuk family angkat tu. Macam mantap jugak, Cuma tak sempat nak buat sampai abis sebab start lewat sikit, since hujan turun agak lebat dan tidak renyai.

Pabila malam, ade tayangan video.sepanjang kem tu. Dalam masa yang sama, rasa agak nak sebak tu muncul. Maybe sebab ni the fes n las tym aku join program ni. Kalau nak join lagi program ni, maybe aku kene join ABIM secara aktif, baru boleh dapat masuk post. Sebenarnye, apa yang best is not the journey what we have taken, but its da mission dat we hold to. Misi menyebarkan dakwah Islam kepada orang2 yang jauh di pedalaman. Yang mana tak ramai yang ada willingness nak masuk. Alangkah besnya, kalau dapat tarik at least seorang orang Asli ni, masuk Islam, dan jadi hamba Allah yang patuh dan taat. :,)

Rabu – 080611

Hari terakhir di Post Simpor, Gua Musang. Rasa excited nak balik pun ada jugak. Padahal misi menyebarkan dakwah ni, aku pun tak sure, sama ada aku betul2 bagi 100% komitmen atau tak. Mungkin sebab ni kali pertama aku join program dengan macam ni (sebelum ni aku penah masuk Kg Kenang, Sg Siput, Perak untuk program adik angkat kat kg orang asli jugak, tapi tak la rase mcm ni). Atau pun mungkin jugak sebab ni program yang orang lain handle and organise, mungkin sebab tu aku tak berapa focus. Atau pun jugak, niat aku datang sini salah. Mungkin awal2 aku berniat nak pegi holiday je. Ape2 pun ni ialah program yang sangat best. InsyaAllah, kalau ada peluang masa dan tenaga lepas ni, aku akan join lagi. Hidup sebagai pendakwah, mengembara ke serata alam, menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Melengkapkan kehidupan manusia dengan agama Islam, sebagai agama yang syumul.

Arrived home at 9 pm.

Dakwah - No Excuses!

Dakwah – No Excuses!

Advertisements

2 thoughts on “Post Simpor Dakwah Mission!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s