Dakwah

Menjadi lumrah, manusia hidup hanya sekali di dunia. Mengecap usia remaja hanya sekali, dan hidup pada waktu tua juga hanya sekali. Sudah menjadi norma masyarakat, waktu muda untuk berhibur dan apabila usia sudah senja, masing-masing mula mendekatkan diri dengan pintu taubat. Itupun sekiranya diberikan hidayah oleh Allah swt. Isinya, kita sebagai pelajar dengan jenama remaja Muslim (Muslim Mukmin, InsyaAllah), amat wajar dan perlu untuk memantapkan diri kita dengan ilmu dan iman, sekali gus dapat membina ummah yang cemerlang dan gemilang.

Mengapa perlu kita berdakwah?

Sebagai seorang pelajar Muslim, amat perlu untuk kita menjadi seorang yang cemerlang. Cemerlang di sini bukan sahaja cemerlang pada markah ujiannya, tetapi juga perlu cemerlang dalam segala aspek, baik hubungan interpersonalnya, sahsiahnya, keterampilan diri dan sebagainya. Hal ini sekali gus dapat menarik (kata bahasanya, dakwah) minat orang lain terhadap agama yang kita anuti iaitu Islam. Sebagai seorang duta kecil Islam, amat perlu sekali kita menampilkan yang terbaik di mata pelajar bukan Muslim. Misalnya, prestasi kita di dalam kelas perlu berada di tahap yang baik pada setiap masa dan ketika, khususnya pada bulan Ramadhan. Amat malang bagi sesetengah bagi kita yang menyalahkan bulan Ramadhan kerana performance di dalam kelas yang semakin menurun, atas alas an bulan puasa ialah waktu yang sangat penat untuk belajar. Mungkin kenyataan tersebut ada juga benarnya, tetapi dalam jangka masa panjang, alas an tersebut boleh bertukar kepada satu kefahaman orang bukan Islam untuk melabelkan Islam sebagai alasan yang rendah tarafnya, jumud dan tidak toleran.

Bagaimana untuk memulakan dakwah?

Set your target. Kadang-kadang kita terfikir untuk mengubah masyarakat. Namun, adakah kita pernah terfikir untuk mengubah diri sendiri? Sesungguhnya, mengubah diri sendiri itu jauh lebih susah daripada mengubah masyarakat. Namun, apakah indicator untuk memastikan kita berada di landasan yang betul dalam transisi perubahan? Jangan nanti hanya kita yang melaung-laungkan manifesto perubahan, sedangkan jiwa dan jasad masih lagi di takuk yang sama tanpa perubahan. Sifir untuk berubah cukup ringkas. Tetapkan sasaran dakwah. Kerana apa? Melalui sasaran tersebut, kita menyalurkan usaha dakwah (mengajak kepada Islam) secara menyeluruh. Lama-kelamaan, hati ini pasti akan tersentuh dan mahu untuk turut serta dalam perubahan tersebut. Berubah dalam terma remaja Islam, bukan sahaja perlu berubah daripada yang buruk kepada yang baik, malah daripada peringkat baik kepada yang lebih baik.

Siapa yang perlu kita dakwah?

Sudah pasti diri kita sendiri berada di ranking tertinggi dalam senarai sasaran tersebut. Sasaran yang paling utama ialah orang yang berada dekat dengan kita. Seseorang yang mudah untuk kita berkongsi kata-kata, meluahkan rasa dan mempelbagaikan cara. Lebih baik lagi, sekiranya target tersebut mempunyai social network yang besar. Hal ini sekali gus memberi kita ruang dan peluang untuk berdakwah kepada masyarakat yang lebih besar. Apabila target dakwah ini sudah mula berubah menjadi insan yang lebih baik, pastinya ada individu-individu yang setia yang akan bersama-sama dalam penghijrahan tersebut. Seperti selebriti Yusuf Islam (Cat Stevens, nama sebelum memeluk Islam), telah berjaya membuktikan bahawa diri beliau mampu berubah dan mengubah masyarakat Islam yang lain umumnya. Contoh yang lain, kisah Sayyidina Umar al-Khattab, yang telah menjadi tokoh Islam yang hebat (berada dalam senarai ke-63 dalam ranking 100 tokoh berpengaruh dunia sepanjang zaman, Micheal J.Hart) setelah pengislamannya.

Waktu yang paling sesuai untuk berdakwah?

Perubahan dalam jangka masa yang singkat mampu menyebabkan penentangan dari dalam diri dan dari luar (masyarakat sekeliling). Hal ini disebabkan norma masyarakat yang sering disinonimkan dengan perubahan mengikut waktu. Secara analogi, apabila tiba musim bola (Piala Dunia), hampir setiap individu akan cuba untuk mendapatkan sehelai jersi pasukan bola, walaupun sebelum itu, individu tersebut langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai bola sepak. Setelah tamat kejohanan bola sepak tersebut, individu tersebut masih lagi memakai jersi pasukan bola tersebut. Apa yang menarik, situasi ini bukanlah sesuatu yang janggal pada mata masyarakat. Sama juga seperti apabila tibanya musim Ramadhan. Setibanya Ramadhan, kita perlu untuk membiasakan diri dengan zikrullah, bacaan al-Quran, qiamullail, amalan seharian berteraskan sunnah Rasulullah dan sebagainya. Hal ini supaya nanti apabila tamatnya persekolahan Ramadhan, kita akan terus menerus melakukan amalan-amalan tersebut dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah, sekiranya kita berada dalam transisi hijrah yang lebih baik, kita akan menjadi Muslim yang lebih produktif dan mantap.

Justeru, tanamkan azam, pacakkan tekad. Berusaha untuk berdakwah kepada diri sendiri dengan menjadikan dakwah kepada sasaran sebagai indicator iman. Kerapkan hati untuk selalu mengingati Allah, bertanya khabar akan iman, menyoal diri sendiri di mana lagi hidayah Allah untuk kita teroka. Andainya diberi satu lagi dunia yang lebih besar, matahari dan bulan di kedua-dua tapak tangan, kekuatan bagai kuda pada jasad, namun tidak ada dan tidak akan pernah ada yang setanding dengan nikmat yang Allah berikan. Ayuh rakan, ayuh teman, ayuh sahabat, mari kita berubah. Masih ada masa untuk melakukan perubahan. InsyaAllah, hari ini lebih baik daripada semalam, dan harapnya esok lebih baik daripada hari ini.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, kedua-dua ibu bapaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, teman-temanku, dan seluruh Muslimin dan Muslimat, sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Maha Penerima Taubat.”

Nota Unit 6:

1. Mungkin sesetengah pembaca yang sudah mengenali diri dan identiti penulis, menganggap segala coretan dan tulisan ini hanyalah retorik semata-mata. Terserah kepada pembaca untuk menilai. Sesungguhnya, setiap kata yang ditulis, lahir daripada hati yang tulus dan kudus.’

2. Baru sahaja pulang daripada Masjid India, Kuala Lumpur. Terdengar ucapan “Selamat Hari Raya kak!” daripada salah seorang peniaga di sana. Terdetik di hati, adakah bulan Ramadhan ini, destinasi Ramadhan kali ini adalah untuk 1 Syawal semata-mata? Jika benar, betulkan niat. Tak perlu beriya-iya menyambut kemenangan jika iman sudah tumbang di pertempuran Ramadhan.

3. Makan asam tengah-tengah malam mungkin punca pening-pening kepala. Mungkin ada banyak MSG di situ. Atau jugak sebab kitaran biologi dah terganggu.

4. Masih mencari full set Baju Melayu hitam atau kurta hitam. Moga diberikan kesempatan oleh Allah untuk mendapatkannya. Amiin. 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Dakwah

  1. No matter where you live or what your history, if you’re Muslim, you are able to acquire a wholesome personality and live a noble life..
    p/s : post really inspired.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s