Mencari Keutamaan

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung, Pencipta Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan muslimin dan muslimat amnya. Sudah 20 hari Ramadhan berlalu, cuba kita muhasabah kembali diri sendiri, apakah pengisian ibadah yang telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut? Adakah iman kita meningkat setelah berlalunya fasa rahmat Allah dan pengampunan? Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beriman.

Tertarik dengan apa yang disampaikan semasa kuliah subuh di Masjid Hidayah Seksyen 18. Bagaimanakah kita meletakkan keutamaan solat dalam kehidupan seharian kita? Alhamdulillah, solat Subuh berjaya dilakukan pada awal waktu secara berjemaah di masjid. Bagaimana pula dengan solat Zuhur? Adakah kita akan meletakkan pertemuan dengan rakan-rakan, membuat urusan jual beli, bersembang sebagai prioriti yang lebih utama berbanding solat? Bagaimana pula dengan solat Asar? .. Begitulah juga dengan solat Maghrib dan Isyak.

Ingatlah, segala kecacatan diri dari segi penampilan, kecerdasan minda, kelalaian, hilangnya konsentrasi dan kelemahan-kelemahan lain bertitik punca daripada kurangnya kesempurnaan dalam solat kita. Solat yang sempurna tidak hanya merangkumi solat yang khusyuk semata-mata, malah menitikberatkan penjagaan waktu (solat awal secara berjemaah), pemakaian (menutup aurat) dan sebagainya. Justeru, sebagai langkah untuk membetulkan diri, mulakan dengan membaiki solat, daripada yang kurang baik kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik. Mencari keutamaan dengan solat mampu mengajar kita untuk berubah secara inside out yang secara psikologinya terbukti benar-benar berkesan.

Sebagai peringatan dan teguran untuk diri sendiri, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita. Solat itu tiang agama, tanpa tiang runtuhlah rumahnya. Apa yang baik datang dari Allah  dan apa yang buruk juga datang dari Allah, yang disandarkan ke dalam minda dan jari-jari yang menaip.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s