Antara Belajar dan Takdir

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, maka dapatlah aku meneruskan penulisan untuk artikel kali ini.

Mungkin tidak perlu untuk dihuraikan dengan lebih lanjut lagi, bahawa perjuangan untuk menuntut ilmu telah ditekankan dalam Al-Quran  Kalamullah dan Al-Hadith Rasulullah. Begitu juga dengan penghuraian menuntut ilmu, telah banyak ilmuwan Islam menjelaskan akan kepentingan untuk menuntut ilmu dalam kitab-kitab mereka. Hadith Rasulullah ada menyebut, “Barangsiapa yang membuka jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalan baginya untuk ke syurga.” Jadi, jelas di sini bahawa perjuangan untuk mencari ilmu bukan sahaja untuk mencari kesenangan di dunia semata-mata, bahkan untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah dan cinta oleh zat-Nya.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya mengapa perlu untuk kita sebagai manusia untuk belajar, sedangkan semuanya yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku sudah pun termaktub di Luh Mahfuz. Misalnya, pengajian ilmu kaji cuaca, yang sering diertikan sebagai pembelajaran yang tidak tepat kerana semua kajian cuaca yang diramal belum pasti lagi kepastiannya. “Awan kelihatan gelap, mungkin akan turunnya hujan waktu petangnya,” kata-kata yang mungkin terpacul daripada mulut seorang pembaca berita, melaporkan ramalan kajicuaca pada hari tersebut. Seperti ayat yang disebut, kepastiannya amat tidak jelas, dengan ada perkataan MUNGKIN. Jadi, mengapa juga perlu diramal cuaca sedangkan ilmu yang dikaji dan dipelajari itu, belum ada kepastian yang mutlak?

Sebenarnya, proses pembelajaran tersebut ialah sebenar-benarnya pengajian yang perlu kita fahami dan dalami. Sejauh mana penghayatan Islam dalam diri peneroka ilmu tersebut, itulah yang akan menjadi titik persoalan untuk diuji. Sejauh mana redhanya kita terhadap-Nya, sejauh mana sayangnya kita terhadap agama-Nya dan sejauh mana yakinnya kita untuk terus berada dalam landasan rahmat-Nya.

Mengambil misalan tadi, ilmu meramal kajicuaca bukanlah ilmu mutlak yang perlu kita teroka, tetapi pengajian untuk mencari ilmu tersebut adalah misi kita yang tulen. Seharusnya, kita meletakkan sepenuh-penuh keyakinan terhadap Allah; yakin bahawa Allah mampu untuk menukar segala apa yang Dia mahukan mengikut kehendaknya, mencipta sesuatu yang dari tidak ada kepada ada (seperti angin, hujan, sinaran matahari), menghidupkan dan mematikan, mendatangi malam kepada siang dan menukarkan siang kepada malam dan sebagainya.

Inilah yang sewajarnya menjadi misi pencarian ilmu bagi seseorang Muslim. Menerima segala kelemahan diri dengan seadanya dan berusaha dengan lebih gigih di samping meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada Yang Maha Esa atas tiap-tiap sesuatu. Jika sesuatu yang dipelajari menemui kebuntuan, maka sangatlah perlu untuk kita kembali mengadu kepada-Nya atas kelemahan diri.

“Winning is not everything, but wanting to win is.”

“Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjungan kami, Muhammad, dengan suatu shalawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan kami dari semua kejahatan, yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisi-Mu, dan yang menyebabkan Engkau menyampaian semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebakan dunia dan akhirat.”

Amiin. Amiin Ya Allah. 🙂


Advertisements

2 thoughts on “Antara Belajar dan Takdir

  1. salam….btol2..yg ni aku stuju…sbb tue kene set matlamat dan tujua n hidup nie ape sbnrnye..hmmm…kdg2 bnde nie berlaku kte..cume kte selalu jer terlepas pandang…bgos2…satu pemerhatian yg baek.mcm susah nk caye..kopi panas yg tulis post nie.hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s