Hanya Engkau yang Mampu

Allah Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

Tidak banyak untuk diconteng bagi sesi menconteng kali ini. Hanya cebisan-cebisan ayat yang boleh dijadikan pedoman mampu dikongsi. Tidak kurang dan tidak lebih. Sedang-sedang bagi pembaca dan penulis yang sedang mengantuk.

Mungkin kita sering bertanya kepada diri apabila musibah melanda. “Kenapa aku ?” atau “Apesal asyik aku je ?” atau lagi dahsyat “Allah tak sayang aku ke ?” Renung-renungkan ayat ini dan jangan beramal. Ada sesuatu yang kita cuba digest dari keluhan-keluhan ini, yang mungkin tidak dapat kita terima dengan mudah bila saat hati gundah. Telinga cuba menadah yang positif, tapi hati pula yang menerima yang negatif.

Hanya Engkau yang mampu, taklukkan hatiku~

Lagu Aizat – Hanya Engkau Yang Mampu. Lagu ini mungkin common untuk ditujukan kepada orang yang tersayang. Cuba kita fahami lagu tersebut dan aplikasi untuk Yang Tersayang (Allah), memang lagu ini tepat untuk didedikasikan. Bukan maksud lagu ini yang cuba saya perincikan sejelas-jelasnya, cuma benar bahawa hanya Allah yang memiliki segala kekuatan untuk melakukan apa sahaja di langit mahu juga di Bumi.

Apabila hati susah, resah dengan kekalahan dan kekecewaan, perlu diingat bahawa Allah sangat menyayangi kita. Percayalah, Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Allah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan hati setiap makhluknya, cuma kita sahaja yang perlu untuk bersabar dan mengharapkan rahmatNya. Perlu diingat, apabila meminta, kita berbangga dengan diri (riya’) apabila menerima. Apabila meminta, tetapi jarang sekali kita terima, kita mengatakan Allah tidak adil. Pernahkah kita bertanya kepada diri, adakah kita sendiri sudah cukup adil dengan Allah? Apakah setiap permintaan Allah, kita tunaikan dengan segera dan berkualiti? Apakah apabila disuruh mengerjakan solat awal waktu, kita bergegas tunduk bersujud kepada Allah? Apakah apabila disuruh jaga segala nikmat anggota tubuh, kita pelihara daripada melakukan sebarang kemungkaran? Fikir-fikirkan.

Menyimpulkan kata-kata akhir di kekunci keyboard ini, Allah itu Maha Adil dan Penyayang untuk setiap hamba-Nya. Kita merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Tepat dan Maha Baik. Justeru, mari kita ikatkan hati kita dengan pancang kebergantungan dengan Allah yang teguh, supaya apabila berlakunya musibah, hati kita akan menjadi senang dan lapang. InsyaAllah.

Nota kaki untuk penggemar nota:
1. Aku  tidak mencari pasangan yang sempurna. Aku hanya mencari seseorang yang mampu menyempurnakanku.
2. Apabila kita mencari redha Allah (akhirat), segala kesenangan dunia akan datang mengejar kita.
3. Menang dan kalah adat pertandingan. (wondering)

Wallahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s