Sarawak Mari!

Sarawak Day #1

Pada 14 hingga 18 Disember yang lepas, seramai 2 orang dari negeri Kelantan telah menyertai lawatan makan angin di Kuching, Sarawak. Nama-nama pelajar yang menyertai rombongan tersebut adalah seperti berikut:

Haziq (dua dari kanan) ; Aisar (dua dari kiri)

  1. Aisar Ahmad
  2. Haziq Lazim

Setelah mengharungi malam yang getir di LCCT (termasuk tragedi dikejutkan oleh akak McD dan bau kaki salah seorang peserta yang tidak menyenangkan), akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Akhirnya, setelah hampir 8 jam tersadai di LCCT, kami akhirnya berjaya masuk ke dalam perut kapal terbang. Seperti yang dijangka, En. Aisar telah tidur dalam penerbangannya dengan nyenyak sekali manakala En. Haziq pula membaca buku hingga tiba di destinasi (tiada dalam gambar).

Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami telah disambut oleh sahabat kami iaitu En. Syamsul Amri yang memandu Avanza Kelabu. Terus, kami dibawa pulang ke rumahnya untuk bertemu dengan parentsnya. Alhamdulillah, kami disambut dengan hangat (welcomed warmly) oleh ibu bapa mereka. Untuk pertama kali, kami telah menjamah tapai yang dibungkus di dalam daun apong (daun nipah). Kemudian, kami ditunjukkan bilik tidur. Seperti yang dijangka juga, kami telah melenyapkan melelapkan diri kami buat seketika.

Pada petang itu, kami telah dibawa berjalan-jalan di sekitar Kuching Waterfront. Keadaan di sini amat menarik dan cantik. Sesuai untuk percutian keluarga. Sungai yang mengalir mengikut arus, membuat hati kami tenang, senang dan lenang. Bangunan-bangunan yang terbina di bandaraya Kuching juga menarik, membuatkan kami kagum. ๐Ÿ˜ฎ

Kat depan bangunan DUN Kuching

Depan Tugu Kuching

Setelah itu, kami pulang ke kediaman sementara kami di Semariang. Tidur.

Meal of the Day:

Tempoyak Goreng! Cara-cara membuatnya:
Ambil isi durian. Letak dalam bekas. Declare durian tersebut sebagai tempoyak. Masukkan ke dalam kuali yang sedang panas. Tumis beliau. Masukkan sedikit lada, cili, cabai dan sebagainya supaya rasa pedas timbul. Masukkan udang untuk rasa yang lebih enak. Apabila bau sudah naik ke hidung, tutup dapur. Angkut masuk ke dalam tapak (pinggan). Apa lagi? Makan lah yob!

Sarawak Day #2

Pagi ini kami bangun sedikit awal berbanding hari-hari biasa. Waktu Subuh pada jam 5 ++ tidak menghalang kami untuk bangun dan bersujud kepada Allah. Moga berkekalan. J

Jam 9.00 pagi. Kami telah mengunjungi Menara TM untuk menghantar makanan yang telah ditempah. Kemudian, kami memulakan perjalanan ke rumah En. Mut (terletak di dalam kawasan Kota Samarahan). Apa yang menarik dalam perjalanan kali ini ialah, kami mendapati bahawa roundabout yang terdapat di kawasan Kuching dan sekitarnya sangat besar. Kebesaran roundabout tersebut mungkin mampu memuatkan padang-padang permainan (seperti bola sepak dan ragbi). Hal ini demikian sangat membuatkan kami (penghuni negeri Semenanjung) berasa cemburu kerana banyak ruang tanah di negeri Sarawak ini telah digunakan dengan penuh selesa. Berbanding di negeri Selangor apatah lagi di KL, di mana ruang tanah yang kosong dilihat sangat-sangat bernilai dan dijadikan kawasan petempatan etc. Malangnya, tiada gambar roundabout yang sempat ditangkap oleh lensa kamera kami.

Pada jam 11 ++ pagi, kami telah tiba di Jongโ€™s Crocodile Farm yang terletak di Serian. Kami yang terdiri daripada En. Aisar, En. Haziq, En. Sham dan En. Mut seakan-akan teruja untuk melihat buaya-buaya yang terkurung di tempat ini. Antara rakan-rakan Croc yang sempat kami berkenalan ialah Abang Sudin, Pak Indon dan Bujang Senang.

Buaya tengah tidur

Orang-orang Hutan

Setelah melihat rakan-rakan Bumi di sini, kami telah meneruskan perjalanan menuju ke bandar Serian. Di sini, kami telah singgah di Kedai Makan (lupa dah nama apa) milik sedare En. Sham. Menurut beliau lagi, beliau juga pernah menetap di bandar ini pada awal kurun ke-21 (masa darjah 3, tahun 2001). Kemudian, kami telah solat Zohor di Masjid Serian. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke kawasan petempatan Orang Utan (again, dah lupa nama. L ). Malangnya, kami agak terlewat apabila tiba di sana kerana feeding time untuk orang-orang utan di sana telah berlalu 30 minit yang lalu (waktu ketika itu, jam 3.30 petang). Dengan hati yang hampa, kami pun pulang ke bandar Kuching.

Sampai di Kuching, kami menuju ke Taman Sahabat. Actually, taman ni didedikasikan kepada persahabatan antara Malaysia-China. Jadi, terdapatlah juga tugu Cheng Ho (kalau tak silap), yang agak besar. Dan ada jugak tasik kat sini. Dan juga wishing well. ๐Ÿ™‚

Demikianlah statue Cheng Ho tersebut

Kelate tetap di Hati

Tibanya di Kuching Waterfront, kami telah solat di Masjid Pasar Kuching. Kemudian, untuk sekian kalinya, kami telah menaiki penambang untuk menyeberang sungai (jangan lupa, bayar 40 sen!). Kami terus memanjat tangga sebuah menara berhampiran bangunan DUN untuk melihat view di sekitarnya. Kebetulan, matahari semakin membenamkan dirinya di ufuk barat. Masya Allah, alangkah indahnya bumi Tuhan ketika itu. Awesome!

View dari menara berkenaan

Menggunakan khidmat orang tempatan (En. Sham), kami telah kautim dengan pakcik bot berkenaan untuk membawa kami menaiki bot di sepanjang Sungai Sarawak dengan bayaran semurah RM 25/bot. View lawa. Apa lagi, snap snap lah!

Kat belakang sinun, Gunung Serapi

Ala ala scene dalam Ombak Rindu

Indah kan. Subhanallah ๐Ÿ™‚

Menjelang maghrib, kami pun menuju ke Masjid Bahagian Kuching untuk menunaikan solat. Hm, perut pun sudah bunyi-bunyi. Apo laei, kami menuju ke Kubah Ria untuk makan malam.

Seperti hari yang sebelum, setelah makan, kami pulang ke rumah untuk meniduri mata kami sendiri.

Meal of the Day:

Mi Kolok! Cara-cara menyediakannya (mungkin):
Ambil mi yang kecil-kecil diameternya (ala-ala mi wantan). Rendam di dalam air panas untuk melembutkannya. Rendam lagi dalam kuah kicap untuk mengicapkannya. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Tuang sup daging (sup lain pun boleh, mengikut kesedapan masing-masing) ke dalam mangkuk kosong yang lain. Ambil sedikit sos + kicap, letak di dalam bekas (saiz lebih kurang evaporating dish) untuk penambah rasa. Senang je kan? Cubalah!

Sarawak Day#3

Pagi-pagi lagi kami sudah menjejakkan kakiย  ke tempat rekreasi untuk berjoging. ย ke Muzium Kuching berhampiran dengan sebuah bangunan rasmi kerajaan. Di sana, banyak kucing yang kami tengok dan kami telah tangkap gambar (to be specific, En. Aisar yang tangkap gambar. ๐Ÿ˜€ ). Lihat!

Yang ni nampak comel ๐Ÿ˜€

Kemudian, kami telah menuju ke Kubu Margherita (Fort Margherita). Memang benar apa yang dikatakan dalam buku sejarah SPM dan PMR tentang kedudukannya di Kuching. Geografikali, kedudukannya sangat strategik dan kukuh untuk dijadikan sebagai sebuah kubu. Lebih menarik, bangunan ini pernah menjadi penjara. Lebih menyeramkan lagi, terdapat sebakul tengkorak manusia digantung di dalam sebuah bilik kecil (sumpah aku tak berani nak datang sini sorang-sorang waktu malam).

Fort Margherita

Tengkorak dalam bakul

Ketika hampir masuk waktu tengah hari, kami berangan untuk menjadi supermodel. Jadi, kami telah berkunjung ke site berkenaan untuk mengambil gambar-gambar sedemikian.

Waktu riang gumbira

Kemuncak keriangan!

Malangnya, setelah sahaja selesai sesi photoshoot tersebut, kami telah didatangi sebuah kenderaan Polis. Kami telah disoal siasat dengan mereka. (Apa kau ingat aku terrorist??) Bisik hati yang tension. Tak sangka, dengan kelakuan kami yang sedemikian, kami telah menjemput 4 orang abang polisi ke site berkenaan. Hampeh. Sesi photoshoot berkenaan pun berakhir dengan hambar. (Gambar abang polisi tiada dalam kamera. Dam*! )

Usai solat Jumaat dan makan tengah hari, kami pun bergegas ke muzium-muzium yang berada di tengah kota Kuching. Antaranya ialah Muzium Etnologi, Muzium Seni, Muzium Rama-rama (*kot. Sebab ada gambar rama-rama kat pintu tu) dan Muzium Islam. Sehingga 4.30 petang, kami telah menghabiskan masa dengan berfaedah dengan membaca, melihat dan menguap di hadapan gambar, replika, mumia, sculpture, parang, topeng, manik etc. Untuk meningkatkan tahap kesegaran badan, kami telah singgah di RJ Ayam Bakar untuk minum petang. Buat kali kedua, kami membaham Pisang Goreng Cheese.

Mantap weh!

Malam ini mungkin malam special. Sebab ini malam kami, En. Sham dan keluarga beliau telah makan malam di luar. Restoran terpilih : Saddad Corner (*corner kot).ย  Balik makan, macam biasa. Online dan tidur.

Meal of the Day:

Pisang Goreng Cheese! Cara-cara menyediakannya:
Goreng pisang sehingga masak (yang ni macam biasa lah. Takkan tak reti kot? ๐Ÿ˜€ ). Parut cheese sehingga nampak benar-benar ada parut-nye-pun-adui.ย  Tuang sedikit susu ke dalam bekas (pinggan lah. Mangkuk pun boleh). Letak pisang yang telah digoreng tadi dengan elok di atasnya, kemudian taburkan cheese yang sudah diparut. Sedap!

Sarawak Day #4

Bingkas kami bangun pagi hari ini. Dengan bekalan duit sebanyak RM ***, kami dengan berdebar menuju ke destinasi (berhampiran dengan sempadan Indonesia). Mengikut list, banyak item yang akan dibeli apabila tiba di sana. Setelah hampir 1 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Serikin.

Penulis (kanan) bersama seorang warga tempatan ๐Ÿ˜€

Dengan pancaran matahari yang memancer-mancer, kami pun berangkat ke pusat bandar Bau. Di situ, kami solat Zohor di Masjid Daerah Bau. Tidak lupa juga, kami berkunjung ke Tasik Biru. Mengikut cerita dari orang tempatan, pernah berlaku kemalangan di mana sebuah bas pernah terjatuh ke dalam tasik ini sekali gus mengakibatkan kematian budak-budak sekolah. Lebih malang, tiada yang terselamat. Punca kematian kemungkinan besar disebabkan lemas ataupun terminum air tasik (mengandungi kandungan arsenic yang sangat tinggi).

Tasik arsenik yang lawa

Selepas solat Asar, kami keluar rumah sekali lagi. Kali ini destinasi : Pasar Minggu. Misi membeli belah diteruskan khas untuk orang-orang di semenanjung. ย Objektif utama: Baju Sarawak untuk Abah. Tak lupa juga, ikan terubuk masin dan yang seangkatan dengannya.

Terubuk masin Sarawak hangat

Balik dari makan malam, kami terus mengemas-ngemas barang. Perkara ini dibuat dengan teliti dan cermat agar tidak ada barang-barang yang tertinggal. Malam last tidur kat Sarawak. .K

Meal of the Day:

Nasi Aruk! Cara-cara menyediakannya:
Yang ni merupakan nasi yangย practicalย di Hostel Cemara atau hostel-hostel yang berkaitan. Toskan ikan bilis dan bawang merah/kecil dengan kuantiti yang agak banyak. Masukkan nasi ikut jumlah pemakannya. Agak-agak dah masak, tutup dapur, bukak mulut, telan. (*Abang bujang, macam kita selalu makan kat bilik lah kot). ๐Ÿ˜€

Sarawak Day #5

Disebabkan ini hari, hari kami yang terakhir, tidak banyak yang perlu ditulis. Memandangkan hati makin sebak meninggalkan bumi Sarawak ni, so harap-harapnya gambar-gambar je lah yang mampu menceritakan segalanya (*ayat ala novel).

Depan Cultural Village

Rumah Bidayuh (*kot)

Kat Pantai Damai, mengadap Gunung Santubong

Nak mai sini lagi nanti nak panjat

Kesimpulannya, lawatan ke Sarawak kali ni, memang menakjubkan (incredible + awesome!). Nanti, InsyaAllah, nak visit Sarawak lagi next time untuk menjejakkan kaki ke puncak Gunung Santubong dan ke Taman Negara Bako. Sesiapa yang berminat, sila maklumkan kepada penulis ya. Jumpa lagi ! ๐Ÿ˜€

Advertisements

8 thoughts on “Sarawak Mari!

  1. en haziq tu kan nak exm dah? hebat btol berjalan sampai ke sarawak. dah abes alevel, ke mana pulak cutinyee.

    en aisar, sonok bercutiii?
    nice entri brooo ๐Ÿ™‚

    • en haziq bawak buku solomon mai sarawak. siap ngan buku2 a level yang lain.
      memang seram gua tengok. haha. nanti pas a level, jom yana. jalan2 lagi! ๐Ÿ˜€
      *entri kau pun best jugak. ๐Ÿ˜€

  2. salam. nak maklumkan ne, cek nak join trip panjat santubong tu ha. insyaallah. ๐Ÿ˜€ live the dream k!
    btw, xbace habes lagi., just browse all the pics. haha. rajin sungguh ea, bawak bku catatan ke ape. kitorang round sabah 10days pun xtulis pape lagi ne. haha. ;P

    • wslm. tak tau la tu bile lagi nak p sarawak. mungkin tahun depan, or mungkin lambat lagi. kalau tahun depan memang tak sempat lah kan. orang tu dah nak fly dah. ๐Ÿ˜€ nak senang keje, bawak je laptop mase travel tu. taip sikit2, then baru upload bila siap. baru takde missing stories. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s