Sejenak Bersama Tuan Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sejenak bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Aziz bin Nik Mat, di Dewan MBSA Seksyen 17 Shah Alam selama hampir sejam, benar-benar memberi makna dan kesedaran dalam perjuangan sebenar seorang mahasiswa yang bakal bergelar doktor mukmin. InsyaAllah. Dengan tema “Ambo Sayang Kelate Ambo”, perhimpunan tersebut telah mengumpulkan hampir 500 orang pemuda, pemudi dan seluruh warga Kelate dari seluruh pelusuk daerah Shah Alam dan Klang, termasuk juga dari kawasan Bandar Baru Bangi, Ampang, Sepang dan juga meliputi kawasan sekitar KLIA.

Setibanya kami di Dewan MBSA, kami terus melangkah masuk ke dalam pekarangan dewan tersebut dan melalui sesi pendaftaran. Sebagai anak jati Kelantan, kami sangat teruja dengan sokongan padu anak-anak jati Kelantan yang merantau di negeri asing ini. Kemudian, di dalam dewan tersebut, kami telah solat Asar secara berjemaah. Alangkah rasa gunturnya hati ini, melihat jemaah yang entah akan kenalnya, dalam satu barisan menghadap kiblat, dan tunduk sujud kepadanya. Dalam hati ini, perhimpunan yang maha besar pasti akan berlangsung dengan lebih dahsyat (yakni perhimpunan di Padang Mashyar).

Setelah puasΒ menunggu dengan sepinggan nasi berlauk daging kawah di tangan, akhirnya Tuan Guru telah tiba. Diiringi dengan pasukan perarakan yang memakai baju serba ungu, Tuan Guru dengan gagahnya melangkah masuk ke dalam dewan. Walau pun usia beliau lebih 80 tahun, namun perjuangan beliau dalam menegakkan perjuangan dan dakwah Islam tetap bertenaga, lebih bertenaga daripada pemuda dan belia masa ini.

Tanpa berlengah panjang, Tuan Guru berkerusi, menyampaikan amanat kepada hadirin yang hadir. Demikian antara isi-isi penting yang sempat dicatat dan ditulis dalam pemahaman sendiri (Tuan Guru berucap dalam loghat Kelantan) :

“Umat Islam mestilah bersatu tanpa mengira bangsa seperti mana umat Islam pada zaman Rasulullah. Sebagai mana ramai sahabat Rasulullah berbangsa Arab, Salman al Farisi berbangsa Iran, dan yang lain-lain, semua bersatu membela agama Islam.”

“Islam yang diperjuangkan oleh zaman kerajaan masa kini adalah berbentuk sekular. Dengan menolaknya syariat Islam, perjuangan Islam ini tidak ubah seperti yang diamalkan di negara-negara komunis. Di negara-negara komunis seperti Rusia dan China, kerajaan mereka turut membangunkan kemudahan untuk rakyat. Bahkan, kebanyakan masjid di negara-negara mereka lebih baik dan cantik berbanding di negara kita.”

“Agama Islam ialah agama dari langit, datangnya dari Allah swt. Bukan hak milik PAS, bukan hak milik Malaysia, bukan hak milik Muhammad (Nabi Muhammad saw). Nabi Muhammad hanya sebagai pesuruh dalam menyampaikan agama Allah.”

“Di Kemubu (sebuah tempat yang terletak dalam daerah Kota Bharu, Kelantan), terdapat 2 buah masjid telah didirikan dalam sebuah lingkungan mukim yang sama. Hal ini telah menyebabkan kekeliruan kepada penduduk setempat untuk menunaikan solat. Sebuah milik kerajaan negeri, sebuah lagi didirikan oleh kerajaan pusat (atas dakwaan: Kerajaan Negeri yang tidak mendirikan sebuah masjid pun di Kelantan). Satu masjid, sumbernya duit halal, satu lagi sumbernya macam mana?”

“Kita (manusia) hanyalah hamba Tuhan. Bukan rakyat, tetapi hamba. Hamba ni, kalau Dia suruh buat apa, nak tak nak, kena buat. Tak ada pilihan. Kita bukan rakyat Tuhan. Kalau rakyat, kita boleh gulingkan dia, dia boleh gulingkan kita.”

Demikianlah antara petikan menarik yang sempat dicatat sepanjang sesi ucapan Tuan Guru. Bersama-sama sahabat-sahabat Kelantanese yang lain ( Pijoe, Affan, Ajik, Pika, Izzul, Bai, Fi-Tak, Abe Yi), moga-moga dengan majlis penuh rahmat tadi diberkati Allah. Usai doa dibacakan oleh Tuan Guru sendiri, kami beredar menuju haluan masing-masing.

Nota kaki tiada bangku:

1. Tiada satu pun bidang dalam kehidupan yang dapat diasingkan daripada Islam.
2. Luangkan hujung minggu dengan perkara yang bukan akademik. Belajar perlu, tetapi jangan over-strained.
3. Kalah futsal? Yang penting, dapat shoot. HAHA
4. What a healthy weekend this week.
5. Sape2 nak order kek batik, boleh menghubungi penulis.
6. A true friend is someone who teach you how to learn from mistakes, not whom easily gives you forgiveness from faulty jokes you made.

Advertisements

4 thoughts on “Sejenak Bersama Tuan Guru

  1. subhanallah.. seronoknya bersama tuan guru…. moga-moga sama-sama dapat ambil pengajaran dariapada apa yang tuan guru sampaikan.. terima kasih atas perkongsian…

    nota kaki takde meja
    1.akak bukan anak kelantan ana jawa…
    2.kek batik 19 jun KLIA, ok (time tu awak exam kan hehehe..)
    3.mana FB awak aisar?

    • ealhamdulillah. tq mai visit blog ni. πŸ˜€
      takde hal kak nad. tak kesah; orang jawa ke, kelate ke, yang penting ISLAM. πŸ™‚ ye dok? hehe
      er. kek batik tu dine-ine je. tak leh buat delivery. πŸ˜€
      btw, dah lama dah takde FB. dah deactivate. nanti nk kawen nanti, baru aisar active kan balik FB. hehe πŸ˜€

      btw, read your written article in newspaper recently. nice post kak nad.
      what an inspiration!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s