Budak Zaman Sekarang

Bismillah. Sekadar berkongsi sebuah kisah sepanjang minggu ni yang dirakam oleh mata dan telinga sepanjang perjalanan dari Bank Negara ke Shah Alam.

+ + + +

“Budak-budak Melayu kawasan ni jahat-jahat. Belajar baru sampai Tingkatan 1, dah ada hisap dadah,” kata seorang uncle India sebelah aku. Tren pada masa itu melalui kawasan Pantai Dalam. Terdetik dalam hati aku masa tu, “Apa jenis racist lah pakcik ni? Haish.” Geleng-geleng hati aku masa tu. Aku dan pakcik tu masih lagi meneruskan perbualan sehingga pakcik tersebut tiba di Petaling dan turun di situ. Sempat aku melayangkan sekuntum senyuman kepada pakcik itu, sebelum pemergiannya.

Di stesen yang seterusnya, pandangan aku dijamu dengan aksi-aksi berbaur lucah oleh seorang lelaki dan seorang perempuan (golongan remaja, mungkin budak sekolah menengah bawah). Berpegangan tangan, berpeluk dan beriba diselangi dengan gurau manja oleh mereka. Cuba untuk aku beranggapan positif. Mungkin mereka ni adik beradik. Atau saudara-mara dekat. Tapi, makin lama, makin menjadi-jadi. Nak tegur, kang ada yang makan kaki aku. Kesian mak bapak dorang dapat anak-anak macam ni.

Tren tiba di Shah Alam. Aku turun dari tren dengan iringan doa kat budak-budak tadi, supaya diberikan hidayah oleh Allah. Mungkin betul jugak kata-kata pakcik India tadi tu. Budak-budak Melayu kat sini jahat.

Btw, I wish men could have their own coach while in train.

Nota bidentate:
1. Selamat berangkat untuk Hazman Syamil, yang akan berjuang di New Zealand nanti. Moga kehenseman anda dalam akademik dan sahsiah terus mekar!
2. Untuk kawan-kawan rusuk kiri, InsyaAllah, kita buat gathering lagi okay. Kali ni, biar sampai Desaru pulak eh. Btw, nanti nak balik Koleq, bagitau.
3. Trial dah nak dekat. Elok sangat kalau mula bukak buku sekarang. Chow.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s