The Gift 110212

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah, yang menciptakan dan berkuasa untuk segala jua yang ada di bumi dan di langit,
yang zahir mahu pun yang batin.

Selepas dirancang untuk satu tempoh yang agak lama, berjaya jugak projek The GIFT (Gift) dilaksanakan dengan jayanya buat jejulung kalinya di INTEC. Berkat kesungguhan krew-krew ALiS dan ustaz-ustaz, maka program tersebut telah berjaya dirancang dan dikelolakan dengan lancar. Atas keberjayaan tersebut, maka penulisan kali ini ditulis khas untuk mengkreditkan beberapa baris kata-kata tahniah dan terima kasih kepada mereka.

Pertama sekali, untuk segolongan sahabat yang betul-betul dah bersama dengan aku sebelum adanya Gift lagi. Credit untuk korang.

1. Alif Faisal – ย Rasa sangat-sangat bertuah untuk berada di bawah kepimpinan Alep untuk projekn The Gift ni. Pada awal-awal pencetusan idea untuk buat Gift ni, mula-mula aku rasa agak tak yakin dengan kemampuan team ALiS ni. Kan masa tu stil baru lagi. And semua orang pun datang meeting dengan otak yang kosong lagi (mungkin aku sorang je yang otak kosong. haha). Tapi after months, baru lah aku nampak apa yang cuba untuk disampaikan through this project. Apa-apa hal pun, memang aku salute habis kat Alep, sebab berjaya buat aku untuk jadi komited untuk Gift ni, from zero to hero. Thanks bro.
*Kalau Alep bagi speech lama-lama lepas the Gift tu, mungkin aku akan nangis stret. Dah tak menahan dah sebak masa tu.

2. Shazwan Sazali – Selaku Ketua Biro Aktiviti, memang dah boleh bayang lah kan macam mana, apa, bagaimana yang dia akan buat untuk Gift ni. Selaku housemate dia jugak, honestly aku cakap, kalau Wan buat keje, memang dia akan buat betul-betul. Kalau boleh, memang sanggup tak makan lah nak siapkan video buatan sendiri tu. Boleh bayang ah kan, tiap-tiap malam tido dalam sejam dua jam je. Memang pengorbanan habis lah bro.
*Currently tak sehat kawan aku sorang neh. Wish him get well soon. Come on readers, doakan dia jugak ea. ๐Ÿ™‚

3. Muhammad – Yang ni pulak, Biro Promosi. Memang sesuai sangat lah dengan Mad dengan Biro Promosi, sebab satu INTEC ni memang kenal budak yang nama Muhammad Shahrulzaman (yang femes dengan kopiah kuningnya ๐Ÿ˜€ ). Tahniah bro, sebab banyak yang kau contribute dari segi pembawaan identiti Gift kali ni. Berstay-up dengan aku untuk buat poster tu, dengan tambahan idea kau, then jadik jugak poster tu. Yang paling menarik, inisiatif kau sendiri untuk buat board untuk photoshoot tu. Terbaik lah.
*Nanti buat khat banyak-banyak kat bookmark, sebab banyak lagi buku yang aku nak baca. Paling penting jugak, jangan mintak aku untuk bayar khat-khat kau. Haha

4. Affan – Biro Pengisian yang berjaya mengisi peserta dengan pelbagai jenis ilmu yang berguna. Tidak dapat dinafikan oleh mana-mana ahli ALiS Crew, Afe memang krew yang paling comel. Memang banyak lah yang aku belajar dari Afe untuk Gift ni. Tapi apa-apa hal pun, aku stil nak mintak maaf dengan Afe, selaku ketua kumpulan 5 (untuk slot Aurora Cinta) sebab aku tak terlibat apa-apa dalam bagi sumbangan untuk group. Maaf dipinta bro.
*Sama-sama usaha lebih untuk IELTS, Trial Exam dgn Final Exam ni. All is Well. ๐Ÿ™‚

Dan ini pulak untuk sahabat seperjuangan yang lain (tak banyak sangat nak komen untuk anda-anda. Cuma boleh bagi harapan, sokongan dan doa je lah ea. ๐Ÿ˜€ )

1. Hakim Maideen – Turut dikenali sebagai Bapak @ Father. Bertugas selaku Biro Teknikal, telah bersahabat dengan suis lampu, kipas dan peralatan-peralatan elektrik yang lain. Khabarnya, anda mengalami kesejukan yang melampau masa kat dalam dewan tu. Mungkin pasni boleh bawak jaket kulit tulen untuk menginsulasi haba dari badan anda.
*Teruskan cemerlang dalam bidang badminton. Haha. Bersama-sama kita kalahkan Mad dalam Liga Raket dan Badminton 2012.

2. Zul – Mungkin disebabkan kita berlainan program, kita still rasa awkward untuk mingle dengan normal. Tapi, setakat yang aku ingat, tiap-tiap kali aku tegur kau kat surau atau kat mana-mana, aku tak rasa awkward pun. Hm. Ntah ape yang aku cakap ni. Grr. Hah, just nak bagitau yang, kau tak perlu rasa janggal untuk ada dalam team, eventho kau rasa kau tak tahu nak sumbang apa. Selagi kau masih dalam team, ingat yang kitorang semua sayang kat kau. ๐Ÿ˜€

3. Hakim Husin – Berpengalaman dalam bidang Setiausaha (bekas SU masa I-Code dulu, hehe), tapi untuk Gift ni Hakim jadik Biro Pengangkutan dan Perhubungan pulak. Juga tak dapat dinafikan, kehadiran anda keceriaan kami. Hah

4. Sazzale – Tak banyak sangat nak komen kat Jali. Makanan semua-semua sedap. Alhamdulillah, setakat ni takda lagi la sakit perut atau cirit-cirit, menandakan makanan yang disediakan semuanya bertenaga dan melazatkan. ๐Ÿ˜€
*English kau mantap gile. Nak belajar, boleh?

5. Fawzul – aka Pojo. Selaku photographer, merangkap sub biro untuk Biro Multimedia. Untuk Pojo pun, aku tak tahu jugak nak komen apa. Cumanya, terima kasih lah sebab beli tag untuk merealisasikan impian aku untuk mentagkan semua krew masa Gift haritu.
*Yang ni pun mantap jugak. Geram la jugak, sebab tiap-tiap kali exam mesti dapat 15. Nak jugak!

6. Ilyas – Selaku satu-satunya daripada dua orang junior, aku harap batch kau nanti dapat buat event yang lagi gempak dan effective lepas ni. Gempak macam-macam mana pun, aku tak kisah, asalkan ada kebaikan untuk orang lain, dan yang paling penting, buat kerana Allah ye. Ikhlas tu mesti ada. ๐Ÿ˜€

Dan ni pulak ucapan ringkas untuk yang lain:

1. Haziq – Biro Pengangkutan dan Perhubungan
2. Firdaus – Biro Tugas-tugas Khas
3. Izzul – Biro Teknikal
4. Fye – Biro Makanan
Untuk nama-nama di atas, terima kasih atas sumbangan anda yang tidak ternilai. Tak ada apa sangat yang nak diluahkan sebab mungkin aku tak menyelami kerja-kerja korang. Well, aku just duduk kat luar dewan dan tengok orang lalu lalang dengan bermacam-macam ragam (macam la ramai sangat yang kat luar dewan masa tu. Haha)

Untuk kaum muslimat pulak, demikian adalah kredit-kredit penghargaan untuk anda-anda:

1. Ummi Yasirah – Selaku orang kuat ALiS, tahniah atas kerja-kerja anda untuk Gift ni. Bermula dengan perencanaan idea, diilustrasikan dalam bentuk kertas kerja, dan kemudiannya meneruskan sumbangan dalam penjanaan strategi untuk ALiS, aku sangat menghargai kerja-kerja anda.
*Jom sama-sama struggle untuk exam-exam yang terdekat.

2. Mahfuzah Zulkifli – Anak buah aku (Biro Multimedia), aku rasa bangga sebab ada colleague yang macam kau. Masa malam yang aku kata tak jadi nak print kat kedai sebelah Mydin tu, aku risau jugak, kot-kot lepas ni kau dah putus harapan untuk kerja sekali dengan aku. Well, mesti kau ingat lagi kan, masa pertama kali aku kenal kau kat Ampang Pecah dulu. haha (tiba-tiba pulak nak bersweet-sweet tengah malam buta ni. haha)

3. Shahada – Mungkin tak banyak sangat kaitan dengan biro aku, tapi aku sangat menghargai kehadiran sahabiah aku sorang ni. Terima kasih atas segala sokongan moral yang telah anda berikan sebelum, semasa dan selepas Gift ni. Aku tahu, mungkin lepas ni, aku dah susah untuk jumpa kawan yang macam kau.
*Untuk waktu yang akan datang, tiap-tiap kali aku tengok roti canai, mesti aku akan ingat kau.

Dan untuk rakan-rakan ALM yang lain:

Juliana,ย Shafira,ย Nadia,ย Peanut.

Sama macam grup kat atas tadi. Tak tahu nak komen apa, mungkin sebab aku jarang cakap-cakap dengan korang. Tapi, apa yang aku nampak, korang dah buat yang terbaik untuk menjayakan Gift ni. ๐Ÿ˜€

Tak lupa jugak, untuk sekumpulan muslimat dari KTJ. Berikut adalah nama chan-chan yang telah terlibat dengan secara langsung untuk Gift ni.

Fuzah, Afiqah, Mazni, Ayu dan Julia

Secara terus-terang, kalau aku tak terlibat dengan ALiS, memang sampai sekarang aku takkan tegur nama-nama di atas. Tapi, jujurnya, aku memang respek dengan korang, sebab still boleh cope dengan Gift ni, eventho perancangan untuk Gift ni dah dekat dengan Monkasho. Sekali lagi, tahniah untuk anda-anda semua. Bila sampai kat Jepun nanti, teruskan azam dan niat anda untuk berdakwah demi Islam, demi Allah. InsyaAllah.

Advertisements

4 thoughts on “The Gift 110212

  1. Sweetness overload eh Aisar ? Anyway that is so sweet of you. Honestly aku happy dapat kerja dengan kau. You are a hardworking, an obsessive person I’ve ever known. Keep up that spirit. Insya Allah, kalau ada rezeki lagi, I’m glad to be your assistant/partner/what-so-ever hahaha. Oh yeah sumpah aku malu gila pasal kem Ampang Pecah. Itu Fuzah yang tak tahu malu hahaha. Anyway, you’re still in the list :p hahahaha -.-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s