Pre-Exam Blues

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sebelum artikel kali ini ditaip yang mungkin menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, suka untuk penulis nyatakan di sini bahawa penaipan kali ini secara total berlaku kepada penaip sendiri dan menurut pemerhatian rambang penulis.

Dalam tiap-tiap kali menjelang peperiksaan besar, murid sekolah (UPSR), budak-budak sekolah dengan PMRnya dan juga budak-budak menjelang orang tua dengan SPMnya, mesti dan mesti rasa resah dan gundah hadir mengubah gaya hidup. Tak ubah juga dengan atmosfera di INTEC dan Kolej Cemara. Menjelang musim peperiksaan ni, boleh dikatakan setiap tingkah laku dan gerak kerja berubah mengikut peredaran waktu.

Dalam perkara-perkara ibadah khususnya, dengan lebih jelas, perbuatan ibadah khusus dilakukan dengan hati yang lebih meminta, mengharapkan pertolongan mutlak daripada Allah. Sujud makin lama, bacaan makin dijaga, doa untuk segala-segala yang baik, dengan niat dalam hati, merintih, merayu, meminta pertolongan dan kasihan belas daripada-Nya.

Bukan untuk menyatakan bahawa perkara-perkara ini salah dan bid’ah (tentu sekali tidak menyalahi syariat), tetapi kadangkala terfikir, bukankah kita, selaku hamba-Nya atau lebih tajam lagi, hamba abdi yang tidak ada nilai walau dengan satu zarah debu pun di sisi-Nya, hanya meminta pada kadar hampir diuji dengan ujian atau peperiksaan yang dicipta oleh manusia sendiri? Bukankah setiap saat dalam kehidupan kita, adalah ujian, yang satu hari nanti menjadi penentu syurga atau neraka, yang perlu kita lebih titik beratkan?

Benar, untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan (dengan niat untuk Allah) adalah juga satu ibadah. Tidak salah untuk kita berjaya dalam peperiksaan A-Level atau sebagainya (bahkan kita dituntut untuk hal sedemikian), tetapi bukankah lebih baik jika kita lebih mementingkan peperiksaan ukhrawi berbanding peperiksaan duniawi?

Menyimpulkan cebisan-cebisan terakhir dari pemikiran sebelum minggu Peperiksaan Percubaan A-Level Jun 2012, penaip kali ini, menyeru penaip sendiri dan pembaca-pembaca yang lain, untuk terus berusaha dan berjaya dalam peperiksaan di dunia dan lebih berjaya untuk peperiksaan di Padang Mahsyar sana. Semoga usaha dalam ibadah akan sentiasa dilakukan dalam keadaan yang lebih khusyuk dan tawadhu’. Akhir kalam, moga-moga picit-picit kekunci kecil kali ini membawa manfaat untuk masyarakat.

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا

اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Ya Allah
Tunjukkanlah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya,
dan tunjukkanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhiny
a.

Nota capai 13:
1. Permulaan hari yang baik ialah dengan solat Subuh secara berjemaah di masjid/surau. Masih, masih dan masih. belum punya kekuatan dalaman untuk tiba ke tahap itu.
2. Berusaha sehabis baik untuk peperiksaan yang mendatang. Exam tetap exam, susah senang Allah dah tetapkan. Yang penting, usaha sehabis baik.
3. Alhamdulillah ya Allah. Congrats to my only sister for had just attained her PhD in System Engineering, University of Cardiff. I’m absolutely delighted for your success, Dr. Azfa. 🙂

Advertisements

6 thoughts on “Pre-Exam Blues

  1. Salam. hey mate. u must do it. go perform subuh prayer jemaah kat surau tu. ur wife.would be glad of that.. ur mum n dad too. if u dont do it for urself do it for the person u love. then u’ll live it. insyaallah. 🙂 papepun do ur best i exam k? Always pray for my mate. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s