Rezeki?

Rezeki. Satu perkataan yang selalu kita dengar kat mana-mana. Kat dalam radio, kat dalam drama tv swasta, kat dalam kelas, masa baca doa dan sebagainya. Tapi, satu perkataan yang simple ni, tersimpan seribu satu makna. Ada yang mentafsirkan perkataan ni dalam bentuk material (duit; keuntungan dalam bisnes) , ada juga yang mentakrifkan perkataan ni ysebagai nikmat kesihatan yang berpanjangan dan seumpamanya. Hm. Macam-macam. Tapi apa maksud rezeki yang sebenar-sebenarnya?

Pembelajaran tidak terhad pada sesi kuliah di dalam kelas semata-mata, bahkan tidak juga tertakluk kepada individu-individu tertentu sahaja, tetapi sebarang bentuk pengalaman, pemerhatian, input yang diterima oleh pancaindera juga merupakan satu teknik pembelajaran.

Takrifan penaip tegar dalam definisi pembelajaran. ๐Ÿ˜€ Seperti yang dipelajari, rezeki ialah perkara-perkara yang mendatangkan satu perasaan rendah diri dan bersyukur dengan segala jua pemberian oleh Allah. Dapat duit, kira rezeki. Dapat melancong pergi Beijing, rezeki. Dapat kahwin, rezeki. In fact, kalau dapat markah rendah pun, orang still cakap, “Takpe bro, rezeki.” *comfort tone

Yelah. Orang cakap Malang tidak berbau. Rezeki pun macam tu. Tak ada bau, tak ada rasa, tak ada warna. Allah kan Maha Adil, Maha Penyayang. Rezeki yang Allah bagi ni untuk semua orang. ย Orang sihat dapat, orang sakit pun dapat. Orang kaya, orang miskin tak ada beza. Rezeki, nikmat, ujian, semua datang daripada Allah dalam satu rangkaian, yang tak dapat siapa-siapa pun tau mana kesudahannya. Mudah-mudahan, kita semua tergolong dalam kalangan yang mendapat husnul khatimah. ๐Ÿ™‚

Moga-moga penaipan kali ini memberi manfaat kepada penaip sendiri selaku orang yang paling dekat dengan skrin semasa post ini ditulis, dan kepada pembaca-pembaca yang lain.

Nota dari mobile device:

1. Tahniah kepada Wan, sebab dapat wakil Malaysia ke Beijing bulan 7 nanti. Duit hadiah tu boleh buat belanja sebulan ye. Btw, beli hadiah harijadi untuk aku sekali eh dari China!

2. Untuk kawan2 ALM sekalian, gudluck untuk exam ye. Jom pakat usaha, doa dan tawakal.

3. Will not attend the dinner. Good morning everyone

Advertisements

4 thoughts on “Rezeki?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s