IMU dan saya :)

Seperti mana tajuk yang terukir di bintang, IMU menjadi destinasi yang bakal aku jejakkan kaki tak lama lagi. Lama tak lama tu, bergantung kepada result exam A-Level yang tengah hangat berlangsung sekarang ni. Kalau dapat AAB dan ke atas, boleh la mohon untuk Partner Medical School (PMS) intake February 2013. Kalau dapat BBC dan ke atas je, memang layak untuk apply local je. Kalau dapat ala-ala je, memang boleh lupakan je lah IMU dan pergi ke mana-mana IPTA atau IPTS lain untuk buat medik. Atau lagi dahsyat, tukar course terus. Ambik accounting ke ape. Tu pun kalau nasib dapat, dapatlah. Tapi, jom pakat-pakat doa eh. Nak dapat 15. 😀

Hm. Bila fikir-fikir balik, memang la rasa macam semacam kalau tak dapat fly. Satu kampung dah tahu anak En. Ahmad yang bongsu tu nak fly, tapi kalau kenyataan tak jadi macam yang diuar-uarkan, tak ke macam semacam jugak (macam semacam tu macam mana eh?). Tapi, bila fikir-fikir balik terbalik, tak ada yang salah atau pelik pun kalau study local. Orang lain pun study local jugak, boleh je hidup. Ye dok? Takde pun dengar medik local hidup menganggur. Kalau ada pun, belum rezeki dia lagi. Nanti-nanti adalah tu. 🙂

Haa. Ni yang diucapkan dari tadi. Kalau belajar kat IMU 5 tahun pun, pun okay jugak. IMU kottt, bukan U cikai. Kalau masa degree ni tak buat kat oversea, nanti nak buat specialist nanti pun boleh buat kat oversea. Kan? Kan? So, tak pelik lah. Lagipun, kalau score untuk A-Level ni, dan mohon untuk PMS Feb 2013, nanti akan ada cuti 6 bulan. Dan bila nak fly nanti pun, kena cuti lagi 6 bulan, sebab intake Uni kat negara omputeh sana mula bulan 9. Jadi, kira-kira, ada setahun cuti tak bergaji. Hm. Tak ke lama tu? Dalam masa setahun/6 bulan banyak yang boleh jadi. Kalau dah kerja masa tu, mungkin dalam masa setahun tu, dah banyak experience yang dapat, gaji bertimbun-timbun, yang paling penting boleh biasa hidup sebagai doktor pelatih. Hmm

Tapi kann.. Kalau ada offer pergi mana-mana oversea tahun ni jugak, mungkin boleh dipertimbangkan lagi lah. Tapi kalau dah masuk tahun depan, memang IMU lah jodohku. 😀 Pasal IELTS, mungkin boleh fikir jugak untuk repeat. Sebab nak kena bayar RM 570 tu, boleh tahan banyak jugak tu. Huee. Tapi tadi, abang aku ada pesan, “Masa nak belajar ni, kalau nak kena pakai duit tu, biasalah. Selagi mampu, boleh je bayar. Zaman sekarang ni bukan macam abang dulu-dulu. Jangan nanti sampai masa, menyesal sebab tak buat pilihan yang terbaik.”  Tiap-tiap yang berlaku tu ada hikmahnya kan. 🙂

Mula dah merapu-rapu. Baik masuk tidur awal, sebab malam esok nak exam lagi. Biology Unit 2. Doakan saya. 🙂

Nota mentor FM:
1. Tahniah kepada Wan, sebab dah direkrut main FM. Untuk Acai, pasni install eh. Jangan sedih-sedih. 😀
2. Minggu depan akan berangkat ke Japan Embassy kali kedua. Doa-doakan semuanya lancar ye.
3. Masih mencekau RM 2050 untuk IMU Caution Deposit dengan Lab Coat. Ada tak sapa-sapa yang nak belanja saya? :’)
4. Minggu ni banyak exam. Doakan supaya dibekalkan dengan pengetahuan semasa persiapan dan ketenangan semasa peperiksaan serta kejayaan selepas peperiksaan.
5. Selamat malam semua. Assalamualaikum!

Advertisements

11 thoughts on “IMU dan saya :)

  1. Nk gak aku bg comment, pdahal dh tau dh ape bnda aku nk ckp.. ko decision bro, klu aku, mana2 pun ok.. klu nk sgt oversea, specialist nnt bleh apply.. klu nk cpt ckit, msuk lah next year jan intake.. psl alevel tu, usaha sebaik mgkn, as aku sgt yakin ko bleh, insyaAllah.. sama2 lah kita doa.. Kwn mana xnk tgk kwn die yg len brjaya, lagi2 klu dh sebilik, dh kongsi bantal, kongsi katil, kongsi cer.. 🙂 best of luck my brother

    • Haha. Penghormatan tuhh bagi kau komen dulu. Thanks bro. Tapi tak paham, others tu, nak ke mana? Aku nampak 2 tu je pilihan aku sekarang. Manipal Aug 12? Macam tak jee.
      ikhlas dari,
      Jejaka Lebih Tampan

      • OTHERS = XNK DECIDE UTK KO 😛 Ko kn dh bsar, plih lah sndri.. U know the best for u.. 🙂

        PALING IKHLAS DRPD,
        JEJAKA TERTAMPAN NIAN SEKALI..

  2. belajarlah kat mane2 pun or ape2 course sekalipun,asalkan punyai keazaman yang tinggi, Islam dan Iman tetap dalam diri serta Quran dan Sunnah kukuh di dada.. All the best in everything you do,Aisar! and to all others too,insyaAllah. Benih yang baik,walau dicampak ke lautan mana sekalipun,akan tumbuh menjadi sebuah pulau nan indah.. inikan pula jejaka2 ‘tampan’ spt anda semua..campak kt mane2 pun,insyaAllah konfem stay cool punye Hee 😀

    keikhlasan yg tulus ikhlas drpd,
    manusia yg tak heran pun korg ni tampan ke tak.

    • thanks cik tampan itu subjektif! hmm. betol2. “Benih yang baik,walau dicampak ke lautan mana sekalipun,akan tumbuh menjadi sebuah pulau nan indah”.
      Macam pernah dengar. Btw, thanks!

  3. insya Allah.. ko boleh sar.. pasal placement tu, ikut gerak hati ko bro, kalau pilihan hati ko yang local lagi kuat, amek la local, insya Allah.. gambatte ne.. hee..

    daripada: jejaka yang xdelah setampan korang 2.. hehe..

    • thanks bro. result a level pun tak tau lagi macam mana kan. hmm. takpe2. dapat tengok korang fly pun dah happy. 🙂
      khas untuk; jejaka yang sedar diri tak tampan. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s