Confirmed!

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Hm. Untuk post kali ni, banyak nak bagi terima kasih kat orang-orang yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang seminggu dua ni. Tanpa mereka, siapalah gue. πŸ˜€

Terima kasih tak terhingga kepada sponsor-sponsor untuk Abe, Kak, Chik dan Abah yang telah menaja perbelanjaan untuk Caution Deposit sebanyak RM 2050. Tanpa bantuan kewangan dan moral dari kalian, pasti saya tak punya kekuatan untuk menghadapi rintangan dari dalam dan luar. πŸ™‚ Alhamdulillah, dalam masa yang singkat, bayaran tersebut sudah dijelaskan. Sayang kalian sangat-sangat. ❀

Raya Puasa 2009

Lepas habis je exam AS haritu, terus je balik rumah. Balik ambik semangat baru, nafas baru. Bukan duduk kat Cemara ni stresful atau nerve-wracking sangat, cuma dah tepu dah mata, kepala, otak, baca buku-buku Bio, Kimia dan Maths. Kiranya kalau balik rumah tu, adalah jugak segarkan minda sikit-sikit (sambil main-main dengan anak-anak buah yang comel πŸ˜€ hee~)

Ruby yang Comel

Iman yang Comel

Amir yang Hensem

Hari Isnin lepas, pergi teman akak ke Hotel Pacific Regency, Bukit Nenas sana nun. Hujahnya, bukan perjalanan nak ke hotel sana tu yang nak diceritakan, cuma perjalanan seharian di Kuala Lumpur secara berseorangan mungkin menyumbang kepada satu hari yang bosan tahap dewa. Syukurlah, terima kasih kepada sahabat bernama Fizi, yang sanggup meluangkan masa sepanjang hari tersebut di ibu negara. πŸ˜€ Thanks banyak-banyak sebab dah bawak aku pergi jalan-jalan satu KL, bermula dari makan capati kat Chapati House Jalan TAR, buat account statement kat Headquarters CIMB Bank, makan nasi kandar kat Restoran Yaseen Jalan TAR, buat visa kat Japan Embassy, pergi solat Zohor kat Masjid Negara, then pergi Brotherhood Arts kat Melati Utama. Thanks sekali lagi untuk Fizi dan KCB 4582-nya. πŸ™‚

Fizi masa kena prank di bawah lampu neon

Hari ni pulak (written on Wednesday), terima kasih pulak buat sahabat bernama Wan, sebab dah jadi driver yang setia, sepenuh masa untuk aku hari ni (even though aku tidur je dalam kereta tu :D). Lepas bangun dari tidur nyenyak dalam hujan irama balada lepas subuh tadi, terus beliau bawak aku pergi INTEC untuk hantar borang IMU. Then, pergi amik Acai kat Sri Petaling, makan kat Nuin kat Bangi, ambik baju kat Sg Tangkas, then pergi collect visa kat Japan Embassy. Pasal kau punya visa application ke China nanti, aku free je nak ikut kau ke China Bank. Nanti bagitau eh πŸ™‚ Thanks jugak untuk Wan dan WLB 1911-nya.

Wan sewaktu pelancaran album The Gift

Ni pulak terima kasih untuk Syem, sebab dah tolong setelkan borang-borang IMU dan bank draft. Untuk orang yang tolong fotostat Exemption Form pun, terima kasih jugak. Yang tolong sedekahkan kerepek dalam tin biskut tu pun, thanks jugak. Untuk yang ajak pergi rumah kat Taman Mulia tu pun, terima kasih jugak (lain kali, InsyaAllah aku datang πŸ˜€ ) Dan yang lain-lain, yang tak di-mention, terima kasih jugak untuk anda. πŸ™‚

Haaa, lupa-lupa. Ni berkaitan dengan tajuk besar di atas, minggu ni aku dah buat beberapa keputusan mengenai masa depan aku. Kalau tak masa depan yang panjang, masa depan (beberapa bulan selepas exam A-Level nanti). Berikut adalah keputusan-keputusan tersebut:
1. Dah decide untuk further for local 5 years in IMU. Hanya consider untuk any twinning programs yang intakenya bulan 8 sahaja. Cuma untuk sekarang ni, kalau ada apa-apa cadangan still boleh dikemukakan kepada pihak penaip.
2. Confirmed. I will fly to Japan for 12 days, starting from 30th June 2012 to 12 July 2012. Kalau ada apa-apa benda nak dikirim, mungkin boleh roger-roger. (Caj penghantaran dikenakan :D)
3. 2 tu je kot. 😐

Okay, hm. Untuk sahabat-sahabat yang di luar negara yang tengah ada exam, selamat berjuang, moga-moga membuat persiapan sebelum peperiksaan dengan baik. Bagi yang sedang menunggu keputusan exam muncul, moga-moga dipermudahkan, insyaAllah anda akan mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi Β mereka yang akan flyΒ atau baru nak sambung belajar, ingat, berjuanglah demi agama Islam, kerana hanya dengan niat Β yang ikhlas dan murni, Allah akan menolong kamu. πŸ™‚

O ye who believe! If ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant your feet firmly.
(Muhammad : 7)Β 


Nota noti:
1. Mohon dikurniakan kekuatan dari dalam, untuk kembali bukak buku, study. Gain less momentum after AS exam. 😦
2. Hajatnya nak pergi workshop pagi esok. Nak repair PCJ 1648 tu. Dah lama dah terbengkalai kat garaj. Nasib baik tak kena clamp.
3. Satu lagi, nanti nak pergi buat medical checkup. Perlukan seorang driver. Anyone interested? πŸ˜€

Advertisements

11 thoughts on “Confirmed!

  1. Bleh je klu nk aku tmnkn g medic check up.. πŸ™‚ klu nk aku bwat kn pun bleh.. (asal sound so wrong je??)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s