The End of Intec

-Live is like a box of chocolate. You will never know what you will get.-
Forrest Gump 

Pejam celik pejam celik. Dah 2 tahun dah kat INTEC ni. Dah habis dah pun exam A-Level. Ingat lagi waktu dulu-dulu, sebut INTEC pun tak tahu apa ke bendanya. Ingat lagi waktu jadi junior.  Waktu kelas kat surau lama masa Sem 1. Sekarang dah habis dah 2 tahun. 1, 2, 3, 4. Dah 4 Sem dah lepas. Memang banyak betul kenangan yang lepas-lepas yang sure aku tak dapat lupa. Pasal friendship, study, failure, hati dan iman. Semua benda-benda tu ada naik-turun dia. Tak perlu lah nak hurai satu-satu. Penat nak tulis.

Dan waktu-waktu nak habis Sem ni lah, ada pulak macam-macam berita dan cerita. Memang lah, ada yang suka, ada yang sedih. Tapi most of the times memang selalu teringat kat benda-benda yang sedih lah. Lumrah hidup kan. Firstly, last week, sebelum exam Unit 5 Chem, timbul pulak rasa tak berapa senang dengan my roomate (the man you know who. haha) Halnya kecik je, tapi mungkin sifat dan sikap aku yang tak berapa nak baik, jadi benda yang kecik pun jadi besar. Tapi ada jugak logiknya. Sebab kalau tak ada masalah, mungkin semuanya akan jadi baik je kan. Kata Imran Ajmain, kalau ada asap, mana apinya; kalau mati mana kuburnya. Kan?

Dari hal yang kecik, maka bila disimpan-simpan, dah berkumpul jadi satu dendam. Tak lah jugak namanya dendam. Tapi satu perasaan yang kurang senang lah kan. (Ni tak elok tau ditiru oleh mana-mana pihak). Hm. Moralnya di sini, kalau ada tak puas hati apa-apa, just unleash je. Jangan simpan lama-lama. Nanti jadi virus benci. Jadi, khasnya di sini, buat sahabat sebilik, aku minta maaf banyak-banyak ya.

Dan mungkin disebabkan tempoh belajar kat INTEC ni dah nak habis, jadi simtom-simtom touching tu makin terbit, membuatkan aku makin sensitif dan mudah terasa. Mujur ada sahabat-sahabat yang sudi untuk dengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut aku secara sengaja atau tidak sengaja dalam pelbagai bahasa. Terima kasih banyak-banyak untuk Wan, Aiman dan Mad sebab jadi roomate aku yang baik. Lepas ni, InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan hantar korang fly kat KLIA. Dapat tengok korang fly pun dah cukup untuk buat aku happy. Lepas ni berterbaran lah korang di Dublin dan Manipal sana, jangan lupa ye aku kat Bukit Jalil (makan tose kat Masjid Petaling). Untuk Fizi, Aman, Sol, Apai, korang pun selamat-selamat lah ya. Jangan lupa pulak aku, Syem, Aizul kat sini. Doakan korang yang terbaik. 🙂

Malam ni malam terakhir kot aku bermalam kat Cemara ni. Selamat tinggal bilik Cemara yang sedang-sedang aja kondisinya. Kalau kat sekolah dulu, mungkin lah bole vandal2 sikit. Now, dah tak tau nak buat apa untuk kenangan. Mungkin sebab sekarang ni dah civilised kot. Haha. Hm. Nak tidur lah dulu. Kang nangis pulak masa taip2 ni. 🙂

Lempeng Ironinya Hangus

Nota Bukit dari Bintang:
1. Baru je balik dari BB, pergi tukar duit yen. Setakat ni baru jadi ribu-wan yen. Ada tak sapa-sapa nak derma?
2. Esok mungkin hibernate je kat bilik. Ahad ni, selamat tinggal semua.
3. Rabu ni, Home Sweet Home! Tak sabar nak jumpa Ma & Abah. Love you.
4. Sabtu ni, Akita calling. Nanti jumpa ye  orang-orang Jepun sana.
5. Yes, we’re just friends. Always be friend.

Advertisements

7 thoughts on “The End of Intec

  1. congrats dah graduated from intec. 🙂 all the best in future doctor-to-be. banyak lagi ranjau dan liku yg bakal kita lalui.insya allah. hasbunAllahi wani’mal wakeel 😀

  2. terima kasih sbb jadi sahabat baik selama ni… hehe.. best jugak baca blog orang time cuti2 ni.. baru ada masa nak korek rahsia… sorang2.. betol kata kau, especially part dah nak berpisah ni. makin cepat tacing. haha… aku ade blog baru jugak.. cerita lama tu aku tinggalkan. hahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s