Nihon *Part 1

Bismillah.

Day 1, 30 Jun

Dah pukul 1.50 tengah hari. Aku baru je keluar rumah (dari Bangi), menuju ke LCCT. Flight pukul 3.30 petang ni, tapi luggage belum register lagi. Pukul 2.30 petang nanti, kaunter luggage dah tutup. Dengan kelajuan tahap maksima, aku memecut ke LCCT, dengan harapan dapat register luggage (beg Aconcagua kesayangan) sebelum pukul 2.30. Alhamdulillah, sampai je LCCT, terus aku galas beg tu, keluar kereta, lari pecut dan daftar kat kaunter. Then, lepas siap daftar semua, tiba-tiba dapat call dari Kak dan Kak bagitau, “Sar, maaf deh. Takleh nak hantar ni, sebab Amir (anak sedara yang hensem) tidur dalam kereta (takleh nak kejut. Kalau tak, nangis besar nanti, susah). Okay eh kat airport ni?” Aku pun balas dengan lemah, “OK Kak. OK je.” Tiba-tiba, macam blank je rasa. Agak terkilan lah sebab tak sempat nak salam semua sebelum berangkat ke Jepun. Fine. Takpe. Ada hikmah kot. Lepas tu, gerombolan yang dibarisi pemuda-pemuda dari Cemara pun tiba. Mereka adalah Acai, Aman, Syem dan Mad. Alhamdulillah, dengan kehadiran mereka ni, takdelah aku rasa sedih sangat nak berangkat pergi; macam hidup sebatang kara (over. haha).

Lepas naik eskalator sambil melambai-lambai tanda perpisahan, aku pun dikejutkan dengan panggilan terakhir oleh DJ kat airport tu. “Last Call to Haneda! Last Call to Haneda!” Mula-mula, aku buat rilek je lah. Ingatkan ramai lagi yang lambat seangkatan dengan aku, rupanya aku je yang lambat. Tau je macam tu, masa scan cabin luggage tu, terus aku berlari-lari bapak menuju ke plane aku tuh. Fuhh. Masuk-masuk je kabin, terus berpeluh-peluh. Tengok kiri kanan, semua dah takde muka Melayu. Semua mata sepet-sepet. Dah tentu orang Jepun, Cina. Tepati masa naik flight. Aku? Hmm. 😐

Kemudian, aircraft tu pun bergerak naik memecah awan dan langit, menuju ke Haneda International Airport (Tokyo). Alhamdulillah, dengan segala ujian dalam flight tu (termasuk ujian nak pinjam pen dengan orang sebelah, bekalan makanan, tidur mulut ternganga dan sebagainya), sampai jugak aku kat Haneda pukul 11.30 malam waktu tempatan. Lepas ambik luggage semua, check-out airport semua setel pukul 12.30 tengah malam. Dan untuk saat ni, Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, aku ditemukan dengan Ngah kat airport tu. Terima kasih lah untuk Ngah (Jim) yang sanggup fly dari Akita untuk kutip aku balik ke Akita. Arigatou arigatou.

Bergaya di Haneda Airport

to be continued :Day 2, 1 Julai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s