Nihon *Part 2

Day 2, 1 Julai

Lepas pejam celik, pejam celik yang tak seberapa indah kat airport tu, akhirnya sampai jugak pukul 5 pagi. Yang menakjubnya, pukul 5 pagi kat sini tak macam pukul 5 pagi kat Malaysia. Sebab kat sini, pukul 5 dah macam pukul 7 kat Malaysia. Orang dah aktif dah kat Jepun waktu ni. Kalau kat Malaysia, pukul 5 tu, alarm clock baru nak bunyi lah kan. πŸ˜€ Lagi satu, kat sini subuh pukul 2.15 pagi camtu, so eloknya berjaga dulu lah nak solat subuh tu. Takut nanti kalau tidur, kang terlanjur pulak. Hah. Tapi yang best untuk orang yang belajar kat sini, kelas start pukul 8.30 pagi jugak. So, memang logik lah kalau tidur balik lepas subuh tu.

O yeah, lepas basuh muka bagai, kitorang (aku dan Ngah) pun memulakan perjalanan di bumi Tokyo tu. Betul la macam dalam cerita, bandar Tokyo tu memang sibuk, elegan dan kontemporari. Tapi yang lebih respek, orang-orang kat Jepun ni semuanya macam dah kena programmed. Semua ada tertib masing-masing. Diorang greet customer macam bos dorang, memang respek. Dari pekerja stesen minyak, pekerja kombini (convenient store), pekerja kedai makan, staf supermarket, semuanya akan greet customer dengan baik dan mesra, dari pertama kali dorang tengok kita sampai habis berurusan dengan dorang. Hm. Kalau lah macam ni jugak kan kat Malaysia.. πŸ˜€

Bergalaskan beg hiking Aconcagua tu, kitorang pun berjalan kaki sampai ke Tokyo Tower. Namun, disebabkan kitorang sampai sebelum waktu tinjauan kat menara tu dibuka, kitorang pun bergambar je lah kat bawah tu. Lagipun, kata abang aku, tak ada apa pun kat atas tu. Macam tak rugi sangat lah kalau tak naik atas tu. Lepas tu, kitorang pun bergerak la dari Tokyo eki (Tokyo Station) ke Shinjuku naik Yamanote line. Kat sini, ada banyak line railways. Jadi, memang perlu untuk tahu dan cekap tentang route yang bakal diambil sepanjang berada kat Tokyo ni. Kalau tak, memang sesat dan bazir duit lah jawabnya. Huee

Dekat Tokyo Eki

Sampai je kat Shinjuku tu, aku pun jumpa Ikmal kat West Gate, katanya dekat dengan Uniqlo. Thanks untuk Ikmal, sebagaimana aku bawak hadiah untuk dia, dia pun bawak epal dari Aomori dan makanan tempatan bernama Sembe πŸ˜€ Dari situ, kitorang pun jalan-jalan lah pegi serata Tokyo tu. Ingat nak pegi Shibuya jugak, tapi tak tau nak buat apa kat sana. So, memandangkan aku pun nak jumpa dengan Ayu dan Julia, so kitorang pun bergerak lah ke Akihabara (aka Akiba). Sampai je sana, terus jumpa diorang dan pegi lunch kat kedai Pakistan (lupa dah nama apa) kat area Akiba tu. Dari situ jugaklah, aku kenal beberapa orang budak KTJ yang sebelum ni aku tak penah pun tegur masa kat INTEC. Haha

Depan Akiba Eki

Lepas jumpa diorang, aku dan Ngah pun bergerak lah ke Fuchu naik Keio Line. Dari situ, kitorang stay kejap rumah kawan abang aku sampai waktu maghrib. Lepas tu, kitorang sambung balik perjalanan ke Shinjuku, dan naik bas menuju ke Akita.

Japan-Must-Eat :

Onigiri

Onigiri – Onigiri ni ialah sejenis makanan yang berupa nasi kepal yang diperbuat daripada beras Jepun sendiri. Terdapat banyak inti yang boleh dimuatkan ke dalam nasi kepal tu. Antaranya, kacang merah, daging dan tuna (feveret). Lebih menarik lagi, ada kaifiat nak bukak wrapper tu. Tak boleh nak main rembat je. Hah, kalau nak tau, datang la ke Jepun! Anda pasti nak lagi!

Day 3, 2 Julai

Lepas 10 jam duk kat dalam bas, akhirnya sampai jugak ke Akita. Betul la kata abang aku, Akita ni indah permai. Bandar Akita ni tak lah sesibuk Tokyo, tapi tak pulak kosong macam bandar koboi. Dari segi pembangunan tu, memang membangun lah jugak. Sana sini penuh je shopping complex (bagi yang suka shopping. :D). Tunggu kejap kat eki (stesyen) tu, housemate abang aku datang jemput kitorang dengan Skyline R34 (bagi peminat kereta, tahu lah kot model kereta ni). Wah, rasa impressed gile kot, sebab first time dapat naik kereta macam ni. Sebelum ni ada dengar-dengar je, tak sangka pulak, bila sampai ke Jepun ni terus dapat naik kereta macam ni. Dalam kepala, kalau student dah pakai kereta macam ni, kalau kerja terus kat Jepun ni, pakai kereta apa pulak agaknya. Huh. Dalam pecut dan kecut naik kereta tu, akhirnya sampai jugak ke rumah abang aku. Sampai-sampai je, abang aku terus rushing pegi dai (university). Dan aku pulak, argh, tak dapat tahan mata. Pejam!

Nissan Skyline R34-GT

Nissan Skyline R34-GT

Lepas asar, seperti yang dijanjikan dengan Afiqah dan Mazni, aku pun jumpa diorang kat Akita eki. Macam dah lama betul tak jumpa, memang banyak lah sembang2 dengan diorang. Mesti diorang tak sangka, aku dah pijak kaki kat bumi Jepun tu. Haha. Tapi, dengan ikhlasnya, terima kasih banyak2 kat diorang yang sudi luang masa dan belanja aku makan itu dan ini. Bermula dengan makan kat Udon, pastu bawak aku jalan-jalan kat Loft dengan Forus, pastu makan roti kat Vie La France, dan aiskrim Baskin Robbins, semuanya ditaja oleh mereka. Alhamdulillah. πŸ˜€

Trivia of the Day:
Kat Jepun ni, ada beberapa benda yang menarik. Antaranya, toilet kat Jepun ni haa. Toilet kat sini, absolutely bersih dan kering compared dengan kat Malaysia. Mungkin disebabkan kepenggunaan washlet (toilet yang ada manual untuk bilas itu dan ini), jadi kebersihan dalam toilet tu memang diakui bersih. Kalau nak tidur dalam toilet pun, boleh masuk akal lah, sebab bersih sangat. Bukan satu toilet je yang bersih, tapi kat mana-mana pun kat Jepun, toilet memang bersih. Hebat kan pengguna-pengguna jamban kat Jepun ni. Wah, respek!

Advertisements

4 thoughts on “Nihon *Part 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s