Nihon *Part 3

Day 4, 3 Julai

Selepas kepenatan keluar seharian semalam, hari ni aku bukak mata jam 11 pagi. Wah, kalau kat rumah ni, macam rutin je bangun waktu-waktu gini. Tapi, kat sini, dah masuk Zuhur dah. Memang tak berapa patut lah kan, datang jauh-jauh nak habis masa tidur je kan. Haha. Okay, meneruskan penceritaan. Balik je kelas, Ngah suruh aku siap-siap. Sebab dalam pukul 1 tengah hari camtu, nak pegi taki katanya. ‘Tangki?’ tanya aku sorang-sorang. Lepas soalan demi soalan diajukan, baru lah aku tahu ke mana hala hidup aku hari ni. Rupa-rupanya, nak pegi taki (air terjun) kat Akita ni. Wahh, excited gila rasa. Bukan senang nak pergi mandi kat taki ni. Orang yang study kat Akita pun belum tentu lagi dapat merasa mandi kat taki ni ha. Kih kih 😀

Jadi, tepat jam 1 tengah hari tu, kitorang pun memulakan perjalanan ke taki. Dengan rombongan sebanyak 3 bijik kereta, akhirnya kitorang pun sampai lah ke taki. Mula-mula nak cecah air, semua dah macam tak jadi nak mandi. Bukan sebab air terjun tu kotor okay, tapi sebab air tu tahap sejuk gila melampau. Takdelah sejuk sangat pun. Haha. Lepas seinci demi seinci badan masuk dalam air, akhirnya kitorang pun dengan rasmi berendam dalam tu. Tapi tak lama pun, sebab sorang-sorang naik ke darat, tak tahan menggigil. Haha. Masa ni jugak, aku diperkenalkan dengan kawan-kawan abang aku. Alhamdulillah, dorang sume frenly dan sempoi. Bertambah jugak bilangan kawan aku bila sampai sini. Hehe.

Khas untuk pencinta air terjun

Masa on-the-way balik dari taki, aku menikamti pemandangan di luar bandar Akita yang indah permai tu. Scene dia memang lawa sangat-sangat. Memang macam kat Kelantan gitu. Haha. Nampak sawah padi, ladang balak (kot) dan macam-macam lagi site-site untuk pekerjaan luar bandar. Memang tenang lah kalau duduk kat sini. Sebab tu lah jugak, abang aku selalu cakap, duduk kat Akita ni best. Tak macam kat Tokyo, serabut. Hm, tak dinafikan ada betulnya.

Akita Famous Rice

Petang tu pulak, lepas asar, abang aku bagitau, yang kitorang akan pergi main bado (badminton). Wah wah. Lagi la aku excited. Ingatkan kat INTEC je boleh main badminton, rupanya career badminton aku tak tamat macam tu je. Hehe. Dan petang tu, memang aku lepas gian lah main badminton. Bukan selalu dapat pukul-pukul dengan bergaya kan.

Dan waktu malamnya, kitorang pun berehat-rehat lah kat rumah Ngah. Sambil tengok bola, Kelantan vs Negeri Sembilan. Yeah, Klate menang 3-1. Gomo Kelate Gomo!

Trivia-of-the-Day:

Macadamia Nut. Love it!

Kat Jepun, jenama-jenama aiskrim yang mungkin mahal kat Malaysia, macam Haagen-Dazs atau Baskin Robbins, adalah something yang normal. Untuk aiskrim2 macam ni, memang banyak terjual kat pasaraya malah di kombini. Harga pun tak mahal sangat, sebab kat sini, urusniaga bermula dengan 1oo yen (yakni RM 4). Kalau untuk aiskrim di atas, baru 298 yen. Tak mahal sangat lah kan?

Day 5, 4 Julai

Dah hari kelima dah aku berada kat Jepun. Still memikirkan apa lagi mana lagi tempat yang aku belum pergi. Shopping? Hari-hari last nanti lah. Kalau shopping sekarang, kang habis duit, sapa nak sponsor makan ye dok? Haha

Untuk lunch hari ni, abang aku promote aku satu tempat makan yang 24 jam punya, yaitu Marumatsu. Kat sini, yang special, belut rebus kot. Tak silap aku lah. Tapi untuk hari ni, dioderkan untuk aku, fish fillet dengan nasi jepun. Dan untuk pertama-tama kalinya, aku makan nasik yang asalnya dari beras jepun. Wah, betul lah orang cakap. Beras jepun ni cepat muak. Makan tak sampai semangkuk pun, dah macam nak angkat tangan dah, surrender. Muak kot. Patutlah orang yang stay belajar kat Jepun cepat membesar, selari dengan tumbesaran beras Jepun kat sini. Hah

Ada sapa-sapa boleh tolong habiskan? :]

Lepas kekenyangan di sana, kitorang pun pegi lah ke kedai Hard-Off. Menurut sumber-sumber dari senpai (senior) kat sini, kedai ni menawarkan barang-barang terpakai yang berkualiti. Barang seken hand lah mudah kata. Niat aku datang sini, nak beli international adaptor untuk di-adapt-kan dengan plug laptop (nak caj laptop). Tapi takde rezeki, tak jumpa. Yang aku jumpa, hat Adidas dengan baju Mizuno yang cantik. Apa lagi, angkut lah. Haha

Japan-Must-Eat:

Tayaki

Ada satu makanan kat sini berjudul Tayaki. Dari luar, nampak macam kuih bahulu je. Tapi, kat dalamnya, ada macam-macam inti jugak. Macam onigiri, ada daging, kacang, tapi yang paling best, cream + susu kot. Serius sedap. Harga dia, 100 yen lebih satu. Sedap makan waktu panas. Belilah sendiri! 😀

Advertisements

One thought on “Nihon *Part 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s