Nihon *Part 4

Day 6, 5 Julai

Sekali lagi, mata pejam lebih lama untuk hari ni. Setelah melalui hari yang aktif semalam, hari ni, banyak masa hanya diluangkan di bilik. Golek-golek, main PS3, Skype, Facebook, dengar ceramah, dan juga baca ini. Dan Brown masterpiece.

The Lost Symbol

Dan untuk hari ni jugak, seperti yang dijanjikan dengan geng-geng kosen( 😀 ) , aku pun gerak lah ke kosen dan stay dengan Hanep. Dan untuk malam tu, aku masak untuk kali yang kedua kat bumi Jepun. Kalau lunch tadi, dimasaknya ayam masak kicap. Dan untuk dinner pulak, masak daging black pepper (*kot). Haha

Sebelum tidur, kat kosen ni, ada sensei yang akan round bilik untuk pastikan setiap ahli kamar ada kat bilik masing-masing. So, bagi penyelinap (orang yang menyelinap) macam aku ni, memang kena menyorok lah dari pandangan sensei untuk waktu ni. Kalau kantoi, hos akan dikenakan hukuman tatatertib, yakni dibuang dari asrama. Hm, berdisiplin kan?

Day 7, 6 Julai

Hari ni, hari Jumaat. 🙂 Seperti yang dirancang oleh krew kosen yaitu Cik Afiqah dan Cik Mazni (*geli pulak panggil cik2 neh. haha), aku pun mengekori mereka bersiar-siar dalam kawasan kosen seawal pukul 6.30 pagi. Jadi, kat sini, ada lah beberapa foto yang ditangkap semasa perjalanan di Akita Kosen.

Tiga dari kanan – Afiqah
Tiga dari kiri – Mazni
Tengah-tengah – Pelancong dari Malaysia

Pelancong dari Malaysia berkenaan

Lepas tu, kami pun berjalan-jalan dari Akita Kosen dan bergerak ke Selion (pronounced as Serion, sebab orang Jepun takleh sebut L kot). Dan di Serion, kami melihat ini.

Pemandangan ke bandar Akita dari Serion

Japan Coast Guard

Mengikut Hanep, ada kawan dia budak Finland, pernah naik kapal nelayan dan pergi ke tengah laut, untuk beberapa ketika. Tiada bayaran dikenakan. Berpaksikan cerita tersebut, awalnya, aku dengan Hanep pun berharap jugak, kot-kot ada nelayan yang berminat nak ajak kitorang folo dorang naik kapal. Tapi, tak ada yang berminat. Down. Haha. Ha, lagi satu! Ada jumpa mamat ni jugak kat port ni.

Pelancong Malaysia juga ditemui di Serion!

Kata pelancong dari Malaysia ni, dulu orang Jepun masuk Tanah Melayu naik basikal, so sekarang, dia pulak naik basikal dari Malaysia sampai ke Jepun. Hm? Apa-apa je lah.

Menjelang tengah haritu, kitorang pun balik ke kosen untuk berehat-rehat. Dan hari ni, kali kedua makan Haagen Dazs sepanjang hayat. Wahh, bermaknanya hidup ni. Pada waktu petangnya pulak, kitorang berbasikal menuju ke Shimamura (kedai jual baju-baju). Dan untuk sesi petang tu, banyak la jugak baju-baju yang diangkat dan diangkut dari kedai. Memandangkan ramai insan-insan tersayang kat Malaysia sana, jadi memang banyak la baju yang dibeli untuk anda semua. 🙂 Selepas seharian bersama warga kosen, akhirnya aku melambaikan tangan meninggalkan kawasan kosen dan menuju pulang ke Akita-shi (Bandar Akita).

Advertisements

One thought on “Nihon *Part 4

  1. entah macam mane, ni first time aku baca kronologi Nihon jepun kau. Aisar,cute la atas basikal tu. Bab basikal tu pon menarik jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s