Nihon *Part 5

Day 8, 7 Julai
Misi berjalan-jalan di bumi Jepun diteruskan. Memandangkan hari ni hari di hujung minggu, jadi Ngah bersetuju untuk bawak aku pergi jalan Akita Dai (Akita University). Mengambil masa selama hanya beberapa minit dari rumah, kami berjalan kaki menuju ke menara gading tersebut.

Depan gate belakang Akita Dai

Dalam library Akita University

I saw a dead crow. Outside the drain. Near the library

Setelah hampir setengah jam berada dalam kawasan kampus, kami meneruskan perjalanan kaki ke Senshukoen. Kat tempat ni, dikhabarkan ada banyak taman yang cantik, anggun dan indah. Kat sini jugak, khabarnya memang ramai dikunjungi pelancong masa musim bunga sebab keindahan bunga sakuranya yang mekar di sini.

Akita-shi

Kat Senshukoen ni jugak, ada sebuah bangunan bernama Osumiyagura. Bangunan ni sebenarnya dulu old castle, digunakan untuk guard kawasan Akita ni. Jom kita tengok view dari puncak Osumiyagura ni!

Dari rooftop Osumiyagura

Seluruh bandar Akita

Osumiyagura dari bawah

Selepas penat berjalan di bandar Akita ni, kami pun melangkah gagah ke Pablo untuk makan tengah hari. Thanks Ngah, sebab belanja ini punya duit makan. Hehe.

Lepas tu, dalam situasi kekenyangan, kami pun berjalan pulang bagai itik pulang ke sarang. Hah. Kitorang pun berehat-rehat sambil menunggu jam 5 petang berdetik. πŸ˜€
Tepat jam 5 petang, kitorang pun melangkah dengan berani ke court futsal. Setibanya di court futsal, tanpa berlengah dan merenung kasut futsal semata, kitorang terus berentap, main futsal selama 4 jam. Dengan king-of-the-ring basis (pasukan yang score 2 gol atau yang lead dalam masa 10 minit akan stay dalam gelanggang), memang puas hati lah main futsal haritu. Tapi yang menyedihkan, tak dapat score satu pun gol sepanjang 4 jam main tu. Sedih la jugak, dah la tak dapat score, defend pun tak berapa nak jadi. Tapi, , yang lagi sedih, kaki yang sakit bertambah sakit. Kali ni pulak, kecederaan minor di pangkal peha. πŸ˜€

Suka dan duka πŸ˜€

Β Mengubati kekecewaan di gelanggang futsal, kitorang pun balik ke rumah masing-masing pada jam 930 malam. Sampai je rumah, terus aku rushing bukak TV, tengok bola. This time, Kelantan vs Perak. Yeah, memang puas hati lah tengok The Red Warrior bantai Perak. Menang 6-0. Haha. Gomo Kelate Gomo! *No offense eh Perakians! πŸ˜€
Untuk kali keduanya, kitorang pergi Marumatsu untuk dinner. Memang lapar lah, bila main berjam-jam tanpa rehat kan. Lapar gileee. Nasib baik masa ni, aku sangat suka lauk kat sini. Sebelum ni, aku makan nasik Jepun memang cepat muak. Tapi this time, memang abis semangkuk nasik tu sekali dengan dia punya lauk-lauk kecik dan besar. Untuk sapa-sapa yang datang sini nanti, aku suggest korang makan Saba (ikan dengan sos masin), belut salai dengan sotong goring tepung. Serius mantap weh!
Underground Plan. Malam tu jugak, lepas kitorang berhempas pulas main futsal, aktiviti bersukan haritu diteruskan dengan aksi-aksi boling di Round 1. Hah, kali ni, memang tak terduga lah, bakat berboling telah terbentuk. Ni mungkin sebab duduk sebilik dengan best bowler masa Inpro kot. πŸ˜›

Tengok Itcha tuh!

Akhirnya, lepas main boling selama 5 game, dapat lah 2nd place out of 7 players. Untuk record setakat ni, kira kali ni break record sendiri lah. Hehe. Even though 647 points for 5 games is not good enough for professional bowlers, but that’s improvement that counts. Kan? πŸ˜€

Setelah kepenatan berboling sampai pukul 3 pagi, kitorang pun balik ke rumah untuk menunaikan solat Subuh. Kan solat itu tiang agama. πŸ™‚
Day 9, 8 Julai
Usai solat subuh di rumah, kitorang pun bergegas ke Serion untuk tengok matahari terbit. Rugi lah kan kalau duduk kat Jepun tak pernah tengok sunrise. So, untuk peluang yang singkat ni, aku pun menyatakan hasrat untuk tengok sunrise tu kat abang aku. Setibanya di Serion, kitorang tak jumpa site yang lawa untuk tengok sunrise, since Serion tu menghadap Laut Jepun (site yang lawa untuk tengok sunset). Jadi, kitorang dengan spontan bergerak dengan Mitsubishi Galant menuju ke Kanpuzan.
Melalui Akita-shi-Serion-Oga-Kanpuzan route, kitorang memecut sehabis-habisnya untuk berada di puncak Kanpuzan tu sebelum matahari menjelma dengan wajah penuhnya. Hah. Ini antara gambar-gambar sempat dicekup ke dalam i-Phone. Hue

Sunrise

Yen dan penaip tegar

Ngah di puncak Mt Kanpuzan

Yen dan Ngah

Indah kan?

Setelah puas bergambar dan mengambil gambar di Mt Kanpuzan, kitorang pun bergerak pulang ke Akita-shi. Dalam perjalanan pulang tu, kitorang ada berhenti kat beberapa tempat. Tujuannya, menghilangkan rasa mengantuk pemandu dan penumpang. Antaranya ialah di Oga.

Patung hantu yang tangkap budak-budak

Yang ni pulak di satu tempat yang tak dikenali namanya. Somewhere in Oga jugak lah. Kat sini, ada banyak tasik dan padang. Tak ketinggalan jugak patung-patung berhala kesukaan rakyat Jepun. Hm πŸ™‚

Vendor Machine untuk makanan ikan

Ikan dan anak-anak ikannya

Dan jugak dalam perjalanan pulang dari sini, di pesisir pantai yang tidak diketahui namanya. πŸ˜€

Di tepi pantai yang indah..

Dan untuk kesekian baki petang hari ini, kitorang hanya memejamkan mata, memekakkan telinga, terlentang dalam dunia lena masing-masing. Penaatttt….
Waktu malam muncul! Sebelum senja berlabuh, aku, Ngah dan seisi warga rumah (lagi 3 orang) tu bergerak ke Sunoya (restoran sushi). Kat Sunoya ni, memang disukai ramai sebab sushi dia segar-segar, murah-murah dan semestinya, sedap! Terima kasih untuk Ngah sekali lagi, kerana perkenalkan aku sushi ketam, udang, dan yang istimewa, sushi belut. You should try it once in life!
Day 10, 9 Julai
Hari ni hari Isnin. Ngah macam biasa, ada kelas sampai tengah hari. Aku pulak, kesunyian kat rumah. Hah, sehubungan itu, aku pun merancang untuk keluar bersama warga kosen yang sama tempoh hari (Afiqah & Mazni). Hee~
Sebelum tengah hari, kitorang pun jumpa kat depan pintu pagar Akita Dai. Mula-mula, ingat nak jalan kaki je pergi Akita Eki (Akita Station) tapi Ngah takut sesat pulak. So, jalan je lah sampai depan Akita U. Mazni, Afiqah dan Tou (student Laos yang belajar kat Laos) pun datang menemui aku di tempat yang sama. Dari situ, kitorang pun naik bas menuju ke Akita Eki, dan seterusnya ke Aeon di Akita.
Setibanya di Aeon, terus kitorang pergi cari tempat makan. Kali ni, terima kasih pulak kat Afiqah sebab belanja lunch hari tu. *Boleh la belanja lagi lepas ni. Haha. πŸ˜€ Pastu, pergi solat kat belakang kedai kat dalam Aeon tu. Hm, pengalaman solat kat belakang kedai ni, memang best lah. Sebab sebelum ni memang la pernah terfikir dan pernah belajar (i-Prokhas. πŸ˜€ ), tapi peluang untuk betul-betul praktikkan tu jarang-jarang je dapat. So, memang rasa lah betapa indahnya Islam tu. Besnya. πŸ˜€
Lepas solat, sesi shopping2 pun bermula. Bermula di Uniqlo, satu demi satu barang diangkut. Haha. Nasib baik lah ada sale kat sini. (*Kalau takde sale memang takdenya lah nak beli barang bagai kan.) Kira punya kira, duit yen dah kering dah. Tapi kira okay lah, sebab banyak jugak barang-barang yang dapat dibeli untuk insan-insan bertuah.
Day 11, 10 Julai
Penat shopping seharian semalam, hari ni sekali lagi, aku bangun lepas waktu Zuhur. Dikejutkan dengan bergaya oleh abang aku, aku diberitahu untuk lunch kat luar hari ni. Hari ni, Ngah bawak aku pergi kedai makan India, namanya Lakhsmi. Hah, kat sini, boleh mintak macam-macam kari dan level-level kepedasan dia. Kalau tak tahan pedas, boleh la mintak pedas tahp 2. Kalau tak, memang menyesal lah. Haha. Lagi satu, kat sini jugak, boleh order roti nan. Nan kat sini lain dengan nan kat Malaysia. Kat sini, bentuknya macam bujur, seakan-akan bentuk peha ayam gitu. Kalau kat Malaysia kat bulat Β je. Kan? Apa-apa hal pun, makanan kat kedai ni memang best. Memang puas lahhh… Thanks untuk Ngah dan Yen. πŸ˜€
Beredarnya dari Lakhsmi, kitorang pun singgah kejap kat kedai cenderamata, Daiso. Kat sini, memang banyak lah barang-barang murah untuk dibawa balik kepada warga-warga rumah di Malaysia. Seperti trip ke Sarawak sebelum ni, yang mana aku beli beras Iban dan beras Bario, kali ni aku beli beras Akita pulak. Haha. Bukan apa, nak bagi merasa apa rasa nasik kat sini, yang tentunya ada beza dengan beras nasional. Haa
Waktu malamnya, aku dan Ngah pun menaiki bas dari Akita ke Tokyo. Sedar tak sedar, hari ni dah hari last dah aku stay kat Akita. Memang cepat masa berlalu. Apa-apa hal pun, sedih tak sedih, kena look forward kan. Tomorrow is future, yesterday is history. Yeah!

Berlatarbelakangkan Akita-Eki

Transport-of-the-Day:

Naik bas kat Jepun, memang sangat lain dengan di Malaysia. Servis bas kat sini hanya beroperasi pada waktu malam sahaja. Dari segi interiornya pulak, bas kat Jepun ni sangat selesa. Penumpang bas akan disediakan eyepatch (penutup mata), selipar (macam kat hotel tu), headrest dan plastic muntah jika perlu. Kat dalam bas ni jugak, memang fully covered by curtain. Memang tak boleh nampak luar, which means kalau nak tengok jalan jugak, memang kena sneak out. Lagi satu, tak boleh jawab call dalam bas (dan jugak public transport yang lain) sebab takut ganggu penumpang lain. πŸ˜€
Day 12, 11 Julai
Sampai je di Tokyo, terus kitorang bergerak ke Fuchu. Setibanya di Fuchu, kitorang pun berehat-rehat di rumah kawan Ngah. Sampai tengah hari, kitorang pun keluar jalan-jalan dekat Fuchu Eki. Kat Tokyo ni, dah nak masuk summer dah. Kat sini, panas dia macam hampir sama dengan panas kat Malaysia, cuma kat sini sangat berangin. Memang bahaya lah kalau sapa-sapa yang berangan nak pakai kain pelikat kat tengah-tengah bandar Tokyo ni. *Nasib baik tak buat cam tu. πŸ˜€

Bendera FC Tokyo

Β Malam tu, aku pun bergerak ke Haneda International Airport untuk pulang ke tanah air. Diiringi oleh Ngah dan kata-kata perpisahana yang menyentuh jiwa, aku sempat lagi berjalan-jalan ke kompleks bangunan persis kota lama Jepun dalam airport tu..

Dalam airport Haneda

Selepas flight delayed selama hampir 2 jam, akhirnya aku pun masuk ke dalam perut kapal terbang tu. Rasa tak sabar pulak nak balik, sebab nak cerita pengalaman kat Jepun ni kat Ma dan Abah. 7 hours to go. Sayonara Nihon!
*The End of Nihon Epilogue

 

 

 

Advertisements

9 thoughts on “Nihon *Part 5

  1. haaaaaaa…. bestnya…. πŸ™‚ cara ko ckap mesti cuba mesti cuba tu menyebabkan aku rasa membuak2 nak pegi… =.= insyaAllah satu hari nanti… :DDDDD

  2. salam..name itcha masih maintain ea.. haha.. xpe2.. nnti kita sparing lagi boling.. aku dah lah loser time last maen kat ole2 haritu.. haha.. ko x skor futsal sebab aku xde kot.. haha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s