Belated Post

Written on 4th August 12, 8.15 am.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana? Diri, hati, iman, apa cerita? Moga-moga terus diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang datang khususnya di bulan Ramadhan ni. πŸ™‚


Tiap-tiap kali tengok abah keluar dari rumah, nak pergi stand-by kat ofis JPA3, mesti hati rasa sayup semacam. Tapi kalau ada kat rumah, takde pulak rasa macam nak sembang-sembang. Masing-masing pun takde benda nak borak. Paling-paling pun, ada la jugak sembang sikit-sikit masa dalam kereta. Tu pun sebab dah tak tau nak borak apa. Kalau tak sembang, ngantuk pulak kan time driving tu. Abah dah pencen, tapi still minat nak kerja. Passion. Bukan setakat nak cari duit semata-mata. Ma cerita, dulu, masa awal 90-an, elaun 50 sen sejam pun still abah masuk kerja jugak. Nak kira, 50 sen takde la banyak sangat nilainya. Tapi tulah, memang respek betul. Passion towards duty, love for family, pride for country.

Alhamdulillah, 2 Ogos lepas, dah cukup dah umur 20 tahun. Tak semena-mena, dah tinggalkan umur belasan tahun. Dah tak boleh panggil teenage dah. Dah boleh kahwin dah umur 20 ni. Hee πŸ˜€ Renung balik apa yang dah dibuat sepanjang 20 tahun hidup ni. Baik ke buruk amalan tu? Kalau ditakdirkan kejap lagi Izrail datang jemput, cukup ke tak bekal nak jumpa Allah? Ustazah pernah cakap, kalau tiap-tiap hari, ada buat satu je dosa, bayangkan berapa banyak dosa yang kita pikul? Tu pun kalau satu je dosa yang dicatat. Kalau banyak maksiat, ma’ruf tak buat langsung, memang muflis lah nanti bila menghadap Allah. Nauzubillah. Takutnyaaa. Moga dengan meningkatnya umur, meningkatlah jugak ketaatan dan keyakinan terhadap Allah swt. πŸ™‚
Tak sangka dapat jugak sebijik kek untuk hari jadi ni. Even though tak disambut macam sebelum-sebelum ni, tapi ni dah kira sangat bermakna sebab dah lama tak diraikan tepat pada harinya kat rumah, bersama Ma dan Abah. Teringat lagi birthday masa kat Cemara, prank dan sebagainya, tu kenangan yang takkan aku lupa. Untuk mereka-mereka yang berada di Jakarta sekarang, have fun and experience la eh. Nasib baik aku tak join. Kalau tak entah apa aku kena prank kat bumi Garuda tu. Seram.
Ok lah. Jumpa kemudian okay. Nak pi cat rumah sat!
Nota birthday boy :
1. Kat rumah ni, takde apa keje sangat nak buat. Except cat rumah, baca The Kite Runner, nak khatamkan Campbell, revise Hanyu dan of course, khatamkan Quran (tadabbur sekali).
2. Terima kasih banyak-banyak bagi wisher-wisher hari kelahiran saya, dari yang paling awal sampai paling lewat, dari dalam dan luar Negara, melalui text, FB, dan call (Call Me Maybe). Love yaa. πŸ˜€
3. Cuti kat rumah, jangan nak menggemukkan badan je. Buat exercise banyak-banyak. Kasi badan macho dan mantap. No offense, pesanan untuk diri sendiri jua.
4. Akan bertemu sahabat-sahabat aliran kiri di bumi Jang. Rindu Fectleft.
5. May Allah grant us 15. Then, it’ll decide either here or there.

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Belated Post

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s