New Chapter: Zaqaziq

Assalamualaikum semua!
Semoga kita sentiasa berada di bawah kasih sayang dan perlindungan daripada Allah swt. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, rasul terakhir utusan untuk umat akhir zaman.

Mungkin dah lama bersawang, berhabuk dan berkrik-krik dah blog ni. Memang lama sangat dah tak di update. Bukan kerana kesuntukan masa, cuma kesempatan untuk menaip dalam kadar yang selesa, menghadap laptop dengan adanya internet berkelajuan mantap, amatlah terhad. Jadi, kali ini, insyaAllah, penaip akan mengemaskini berita-berita mutaakhir untuk tatapan orang jauh. 🙂

Ketibaan
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo (jam 6.30 pagi waktu tempatan, 2 Okt 12), ana (*sampai-sampai Mesir je, terus terbiasa sebut ana enta. Hihi) dan rakan-rakan kursus Farmasi disambut dengan meriah oleh senior-senior dari Universiti Zaqaziq. Dari lapangan terbang, kami meneruskan perjalanan ke bumi Zaqaziq menaiki van selama hampir 1 jam. Dalam perjalanan tersebut, memang banyak yang kami tengok dan perhati, perbezaan geografi Mesir dan Malaysia, sikap dan kerenah masyarakat Mesir di jalan raya khususnya dan pelbagai lagi perihal unik masyarakat tempatan. Masuk sahaja pekan Zaqaziq ni (Zaqaziq ni kecik je, nak panggil bandar pun macam belum masanya lagi. 😀 ), terus bertebaran merata-rata tempat poster Presiden Mesir yang terbaru, Dr. Morsi. Rupa-rupanya, barulah kami tahu bahawa Dr. Morsi merupakan tokoh politik tempatan, yang berasal dari bumi Zaqaziq ini sendiri dan juga seorang pensyarah di Universiti Zaqaziq.

Pekan Salaam

Setibanya kami di Salaam (kawasan kampung kecil yang berhampiran dengan gamaah (gamaah = universiti) ), kami terus melabuhkan kaki dan bagasi ke rumah Dr Naim (bersama 2 orang lagi housematenya) sementara menunggu rumah yang disewa siap untuk diduduki. Sementara masih dalam proses mengenali tempat baru ni, kami (ana, Taha dan Aiman) diletakkan dalam jagaan seorang musyrif iaitu Ust. Anas (aka Ust Mat Dan).

Rumah
Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu berkelana di ‘rumah transit’, akhirnya kami telah menjejakkan kaki ke rumah kami sendiri yang terletak di hujung kawasan Salaam. Memang tak sabar sebenarnya untuk mempunyai rumah sendiri, apatah lagi rasanya bila berjauhan dengan keluarga di kampung. 😀

*Macam skema sikit ayat-ayat tu. Maaf-maaf. 🙂

Rumah yang kami duduk ni, sebenarnya disediakan oleh MedicMesir (ejen) dan bayaran untuk rumah ni dah dijelaskan sebelum berangkat ke Mesir lagi. Jadinya, kat rumah ni, dah banyak dah peralatan rumah yang disediakan, misalnya peti sejuk, mesin basuh, sakhonah (heater untuk bilik mandi), saratoga (jenama toto, tapi dah jadi branding untuk apa-apa toto sekalipun), kerusi dengan meja study, katil dan tilam, rak kasut, rak dapur dan almari baju. Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat rumah macam ni, sebab mengikut kawan-kawan sekelas, ada rumah yang dorang dapat, nazak sangat keadaannya (cat kat dinding dah berkeping-keping, rumah tak ada line telefon, ruang tamu kecik, baba (tuan rumah) yang tak berakhlak baik dan sebagainya.

Sunrise dari rooftop

Bendang dan pengairannya

Gambar di atas ni, view rumah ana dari tingkat 7 (tujuh), kat rooftop gitu. Tau kan macam mana rumah kat rooftop ni kan? Ala, macam dalam cerita Hong Kong gitu, biasa yang ada lompat dari bangunan ke bangunan camtu lah. Dekat suttuh (suttuH = rooftop) ni, boleh nampak Istad (stadium) Gamaah Zaqaziq. Dari sini jugak, boleh nampak sunset. Menghadap belakang rumah ni, yakni menghadap ke timur laut (arah kompas), boleh nampak padi menghijau dan gandum yang menguning (padi orang tanam untuk musim panas dan gandum untuk musim sejuk). Dari sini pulak, boleh nampak sunrise yang menyinari bumi Zaqaziq yang permai ni.

Kawasan hujung Salaam

Kat Zaqaziq ni, especially kat Salaam ni, rasa macam tak duduk kat dunia asing pun dari Malaysia, dari kampung halaman di Lepan Kandis khasnya, sebab rasa Mesir ni dekat sangat dengan suasana dan kondisi di Kelantan sana, dari side view nya, penerimaan penduduk setempatnya, makanan dan sebagainya. 🙂

Makanan
Sebut pasal makanan ni, mungkin ramai jugak yang tertanya-tanya, kat Mesir makan apa? Duk Arab tak makan nasik lah kan? Makan roti je. Hah. Ini jawapan bagi soalan tersebut. 🙂 Untuk pengetahuan, Mesir juga mengeluarkan beras yang ditanam dan dituai di Perlembahan Nil ini sendiri. Cumanya, beras Mesir ni, tak sesedap beras Siam atau beras gred AAA di Malaysia. Beras Mesir ni cepat muak kalau dimakan (dan cepat habis kalau dibuang). Jadinya, untuk kasi rasa makan beras dari Asia (well, dah duduk benua lain kan), ana makanlah beras yang diimport dari Filipina. Beras Filipina ni lebih kurang je teksturnya dari beras Malaysia atau Siam, cuma saiz beras Filipina ni kecik-kecik dan comel-comel. Sedap.
*Promote beras kejap.

9asyh, sup, nasi Arab, 1/4 Ayam


Sebut pasal makanan tempatan pulak, ada beberapa makanan yang unik dan sedap. Pertama, ta9miyyah (no 9 digunakan sebagai ganti huruf ‘ain’) yang juga dikenali sebagai falafel di beberapa tempat yang lain di Mesir. Ta9miyyah ni made up of roti pita gitu, ada inti sayur campur (timun, tomato etc), telur, kentang dan sebagainya. Seken, krib. Krib ni, macam bandito yang KFC buat dulu tu, ada ayam, ada daging campur etc jugak. Cuma krib ni 10x ganda mahal dari ta9miyyah (ta9miyyah ni 1 gneh je = 50 sen). Lagi, ada koshary dan beberapa lagi makanan yang spesyel.

Antaranya ialah roti (9asyh) also known as roti lantai (bagi pelajar-pelajar Malaysia kat sini). Ni disebabkan roti ni dibuat dan diletakkan di atas lantai semata-mata bagi proses menyejukkan roti tersebut. Roti ni sangat lah murah, dengan harga pasaran 1 gneh untuk 4 keping. Khasiatnya masih lagi diragui, cuma untuk perut yang perlukan makanan, orait je makan 9asyh ni. Untuk pengetahuan umum, Presiden Mesir telah membuat manifesto untuk meningkatkan kualiti penghasilan roti tersebut sejak 100 hari pemerintahan beliau. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk www.morsimeter.com.

Lagi satu, kat sini jugak, jus buah (9asiir) sangatlah mantap. Dibuat fresh tanpa sebarang pengawet, diperah di depan mata pelanggan yang dahagakan jus buah asli. Paling femes kat sini, kedai asob (air tebu) yang sangat lah sedap. Dibuat dengan segar, ditambah dengan ekstrak lemon, tambah pulak dengan ais, wah wah wah, masyukk. Nanti cuba buat eh. Kalau tak jadi, jemput-jemput lah datang Mesir ye.

Zaqaziq dan masyarakat
Untuk pengetahuan umum, bumi Zaqaziq sebenarnya masih baru dalam menerima pelajar asing, yakni pelajar yang datang dari luar Mesir. Justeru, masyarakat di sini masih dalam proses untuk menerima hakikat bahawa terdapat pelajar Malaysia, Indonesia dan negara dari Arab yang lain yang belajar di Zaqaziq ini. Bagi masyarakat di sini, seseorang yang tak ada iras-iras orang Arab, memang akan digelar dan dicop sebagai Sinn (S besar untuk huruf Sod) yang bermaksud Cina. Pernah sekali, ana ditegur dalam kampus oleh student di sini, “Hey Sinn, welcome to Egypt!”. Err. Entahlah apa yang sama ana dengan orang Cina, tapi tulah hakikatnya, pada mata Pak Arab kat sini, yang bukan Arab semua Cina. Apa nak jadi -.-‘

Lagi satu yang menarik, bumi Zaqaziq ni pernah dijejakkan kaki oleh salah seorang Rasul yang diutus Allah, yaitu Nabi Yusuf a.s. Jadi, tak hairanlah, bila sampai kat sini, pemuda-pemuda kat sini semua hensem-hensem, tough gitu, dan pemudi pulak lawa-lawa dan sangat lawa. Memang ana pun agak teruja lah kan. Haha. Tapi tulah, mungkin ada gene-gene dari Nabi Yusuf kot. On the other side, yang berakhlak sangat baik macam Nabi tu, sangatlah susah nak jumpa. Yang sikap tak berapa nak baik tu pulak senang nak jumpa. Ada persis musuh-musuh Allah pun ada jugak. Hm, musuh-musuh Allah di Mesir ni, tau kan? The-men-you-know-who.

Farmasi dan kelas farmasi
Farmasi? Kenapa farmasi? Sebenarnya, ana pun tak ada sebab kenapa nak amik farmasi. Mungkin disebabkan tekanan dari luar dan dalam, serta niat untuk jadi doktor dah hampir luput, sedikit demi sedikit, minat yang mendalam dahulunya untuk jadi specialist dalam forensic kian pupus. Mendengarkan cerita yang jadi doktor ni kerja berat, tak semua orang ditakdirkan untuk jadi doktor, ada yang excel masa belajar tapi fail masa jadi houseman, ana mula terfikir bahawa mungkin ada jalan yang lebih baik untuk ana teruskan. Jadi, ana bit by bit tertarik untuk mendalami bidang farmasi ni. As the job demand for pharmacists is increasing, my passion towards pharmacy became deeper. Plus, to divert medicine to another health science which is pharmacy (which was not that easy) actually was proposed by my sister and a few close friends, who I guessed were someone who were destined to give me some vital advice. People don’t really call a pharmacist a doctor, but in here, anyone who saves people are doctors. 

“If you save a man, it’s like you save the whole mankind. If you kill one man, it’s like you kill the whole mankind”
Dipetik dari sebuah hadis, diucapkan oleh sahabat dari Nigeria, Mr Kabiru Ismaila (satu flight naik Egypt Air dari KL-Cairo; borak-borak masa transit di Bangkok)

Hm. Pasal kelas farmasi ni, so far, rasa macam boleh cope lagi dengan syllabus yang tengah belajar sekarang since banyak benda yang belajar kat sini, dah belajar masa A-Level dulu. Orang kata, farmasi ni banyak test, banyak exam compared to budak Perubatan. Apa-apa hal pun, carry on dulu okay. Wish everything goes well for me, us and you. 🙂

Envi Islami
Tak tipu, aura Islami kat sini lebih jelas berbanding mana-mana tempat yang pernah ana lawati. Tak pasti lah kat sini mengamalkan mazhab apa (perbezaan mazhab adalah rahmat; mungkin tak perlu dijadikan isu), tapi kat sini pengamalan Islamnya amatlah hebat. Dalam kawasan Salaam ni, dah ada 6 buah masjid yang sememangnya berfungsi sebagai rumah ibadat orang Islam. Sangat bersyukurlah ana ditempatkan kat sini. Sangat terasa sebenarnya. Lebih-lebih lagi, bila terdengar panggilan azan waktu Subuh tu, memang sangat-sangat rasa terpanggil untuk solat berjemaah di masjid bersama warga tempatan. Dulu, sangatlah susah untuk berjemaah untuk solat Subuh, apatah lagi mendengar azan live dari masjid-masjid. :,)

Visi dan pesanan
Kat Mesir ni, bahasa rasmi yang digunakan ialah bahasa Arab Fushah, tapi masyarakat setempat sangatlah banyak menggunakan bahasa Arab Amiyyah dalam kehidupan seharian. Jadi, adalah pentingnya untuk ana belajar Arab Amiyyah khususnya dan Arab Fushah amnya bagi memudahkan urusan seharian di bumi Mesir ni. Doa-doakan ana diberi kekuatan untuk belajar adapt dengan keadaan di sini yang sudah pasti lain bahasa dan lain gayanya.

Pesanan ana, sambil-sambil belajar ilmu perubatan, elok sangatlah kita belajar jugak ilmu-ilmu agama ni. Ana sarankan, untuk diri ana sendiri, dan juga sahabat-sahabat di luar sana, marilah kita perbetulkan aqidah dan ibadah dengan mendalami ilmu agama (esp al-Quran, Hadith dan hal-hal berkaitan aqidah dan fiqh). Kembalilah kepada 2 perkara utama ini, untuk kita bina tiang aqidah yang pastinya tunjang agama kita sebagai Muslim. Tidak salah untuk kita kejar ilmu dunia (perubatan, engineering, accountancy etc), tapi juga mustahak untuk kita berpegang teguh dengan tali agama. Memetik kata-kata Yusof al-Qardhawi, pengajian adalah satu kewajipan, kecemerlangan adalah satu keperluan.

Mungkin setakat ini sahaja dulu yang perlu ana nukilkan.
Sehingga berjumpa lagi, Wassalam. 🙂

Advertisements

4 thoughts on “New Chapter: Zaqaziq

  1. salam aisar. good morning! alhamdulillah. glad to hear that you’re well there. 😀
    keep up the pace! nanti sem depan ke bulan depan boleh buat umrah. dah dekat dah tu. then next year nye lagi naik haji terus. perghh~ in shaa Allah. kalo kat sana guna ana enta. sini guna brother, sister. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s