The Pyramids, Giza

Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam penjagaan Allah dan sentiasa dilindungi-Nya daripada tipu daya syaitan yang direjam. InsyaAllah.

Seperti yang tertera dalam tajuk di atas, post kali ni adalah khas bagi pengalaman ana semasa berada di Piramid Giza, Mesir pada 6 Oktober 2012 yang lalu. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, kenapa dan bagaimana ana boleh berada di sana walaupun usia ana di bumi Mesir ini (pada waktu itu) belum pun mencecah seminggu.

Sebenarnya, ana telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh DPMZ (Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig) iaitu Jaulah Sittah (Lawatan Enam = merujuk kepada 6 Oktober). Pada 6 Oktober setiap tahun, seluruh cuti akan meraikan cuti peristiwa sempena kemenangan Mesir menentang Israel bagi merebut Semenanjung Sinai pada 6 Oktober 1973. Pada tarikh yang sama 8 tahun kemudian (6 Oktober 1981), satu lagi peristiwa berlaku di mana presiden Mesir pada masa itu, Anwar Sadat telah ditembak mati semasa perarakan bagi mengingati peristiwa kejayaan menawan Semenanjung Sinai di kompleks 6 Oktober di Qahirah oleh askar Mesir sendiri iaitu, Leftenan Khalid Islambouli. Pada masa tersebut, satu fatwa telah dikeluarkan oleh Omar abdel Rahman iaitu pembunuhan ke atas presiden Mesir ketika itu adalah dibenarkan. Bagi maklumat lanjut, boleh rujuk link ini.

Dalam rangka lawatan tersebut, kami telah pun melawat beberapa tempat yang menarik. Antaranya ialah Piramid di Giza, Masjid Sultan Hassan dan Tugu Peringatan 6 Oktober. Seharusnya, kami juga melawat War Panorama, sebuah kompleks yang menempatkan tinggalan perang dan fakta-fakta yang berkaitan dengannya, akan tetapi, atas alasan dan kerenah pihak berkenaan, kami tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan tersebut. Apa-apa pun, jom layan gambar.

Panorama War

Tugu Peringatan 6 Oktober

Di kompleks inilah, lokasi pembunuhan Anwar Sadat. Dan di bawah tugu peringatan ni, ada terletaknya makam Β presiden Mesir yang telah berjaya dibunuh leftenannya sendiri. Pada makam ini juga, tertera nama Anwar Sadat serta kalimah syahid atas kematiannya. -.-‘

Makam Anwar Sadat

Dalam perjalanan dari kompleks 6 Oktober berkenaan ke Masjid Sultan Hassan, kami telah melalui bekas kubu yang dibina oleh tokoh Islam yang terkenal, Salahuddin al-Ayyubi di bandar Qahirah ini. Kubu ini dibina dalam rancangan beliau untuk menawan Baitulmaqdis.

Kubu Salahaddin al-Ayyubi

Masjid Sultan Hassan (kiri) dan Masjid Rifa’i (kanan)

Kedua-dua masjid ini hanya terletak bersebelahan antara satu sama lain. Dalam Masjid Rifa’i (sempena nama wali Allah), terletaknya juga makam Shah Reza Pahlevi, pemimpin Parsi (Iran) pada era pemerintahan Anwar Sadat.

Makam Shah Reza Pahlevi

Selepas solat Jama’ di Masjid Sultan Hassan, kami segera bertolak ke Giza, sebuah muhafaZah yang bersebelahan dengan Qahirah. Dalam 20 minit selepas bertolak dari masjid tersebut, akhirnya ana tiba di kompleks Piramid Giza.
*Akhirnya, dapat jugak tengok live satu daripada 7 binaan purba yang ajaib. (Piramid ni yang kedua, sebelum ni dah tengok Taj Mahal dah. Lepas ni target nak visit Petra pulak, kat Jordan πŸ™‚ )

Piramid

Panorama di Sphinx

Kami telah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam dalam kompleks Piramid ini. Bagi ana, berada di kompleks ini sedikit sebanyak telah memberi ana pengajaran tentang kekuasaan Allah. Nabi Musa a.s telah diutuskan untuk berdakwah dengan menyeru umatnya untuk mengikat tali aqidah hanya kepada Allah swt. Lihatlah sehebat mana Firaun bongkak dan ingkar untuk tunduk dan sujud kepada Allah, malah mengaku menjadi tuhan kepada rakyatnya, akhirnya binasa ditenggelami laut. Yang tinggal hanyalah mumia yang makin lama reput dimakan masa. Bagi yang berhajat untuk melawat tinggalan purba ini, ana sarankan supaya kita tidak terlalu kagum kepada penciptaan piramid ini semata-mata, tetapi kagum dan gerunlah kepada Maha Pencipta, yang mampu mencipta langit tanpa tiang dan memutarkan malam dan siang.
Kat datang Mesir ni, tak lawat Piramid ni pun tak apa sebenarnya. Kubur orang jahat kan. Kan lagi elok, kalau dititikberatkan untuk lawat makam-makam wali Allah seperti Imam as-Shafie dan sebagainya. Semoga dengan niat yang baik, dan usaha yang baik, Allah mengurniakan kepada kita yang baik-baik sahaja. πŸ™‚

Sekian dahulu. Assalamualaikum. πŸ™‚

Nota nak masuk winter:
1. Minggu ni insyaAllah akan sambut raya haji di Zaqazig pada hari raya pertama dan di Tanta pada hari raya kedua. Harapnya dapat tengok sembelihan unta secara live dan lapah daging-daging berkenaan.
2. InsyaAllah, ana akan ke Port Said bagi lawatan pra musim sejuk. Ingat nak beli barang-barang kemestian macam glove, mafla, socks etc dengan harga yang murah dan berpatutan.
3. Kalau diizinkan Allah, cuti musim sejuk nanti nak visit Semenanjung Sinai dan daki bukit Tursina. Moga diberi kekuatan dan kelapangan masa. Amiin πŸ™‚
4. Exam bulan 11 ni. Doa-doakan ana ye.

Advertisements

6 thoughts on “The Pyramids, Giza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s