Erti Hidup pada Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para sahabat dan seluruh kaum kerabat baginda.

Apa erti hidup pada diri? Soalan yang sangat sesuai diajukan kepada diri sendiri setiap kali kita bangkit dari tidur setiap hari. Sebelum ini mungkin kita pernah dengar, tagline Erti Hidup pada Memberi di sini, tetapi bagi ana, erti hidup itu sendiri jauh lebih besar pentingnya dan perlu benar-benar difahami oleh semua Muslim sebelum bertindak sebagai khalifah yang memberi.

Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaku.
Az-Zariyat : 56

Di dalam ayat di atas, Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa penciptaan manusia hanyalah semata-mata untuk beribadah semata-mata kerana Allah. Penting untuk di sini ana nyatakan, bahawa beribadah itu bukanlah hanya tertumpu kepada ibadah-ibadah khusus sahaja, tetapi termasuklah amalan-amalan seharian kita yang baik, bermanfaat, mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah dan niat hanya kerana Allah. Dalam pengertian ibadat itu sendiri, ibadat bermaksud tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

Rasulullah saw pernah menyebut, dalam terjemahan bermaksud, seluruh bumi itu adalah masjid untukku, suci dan bersih. Selari dengan hadis tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa di mana-mana sahaja kita berada, tak kira waktu dan masa, asalkan kita buat perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya, maka secara langsung kita telah melaksanakan tuntutan beribadah kepada Allah.

Setiap hari kita bangkit dari tidur yang panjang, perkara pertama yang mesti dan mesti hadir dalam fikiran kita ialah rasa syukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk menebus dosa-dosa semalam dengan amalan hari ini. Selalu terngiang-ngiang dalam kepala ana frasa ini, kita tidur adalah untuk bangun. Bangun, bangkit dan meneruskan perjuangan semalam. Tidur adalah rehat sementara untuk bekerja keras di dunia manakala tidur selama-lamanya (mati) hanyalah untuk menebus rehat selama-lamanya di syurga sana. InsyaAllah.

Akhir kalam, ana bukanlah seorang ahli agama yang warak mahupun ahli motivasi yang petah berbicara. Jika ada kesilapan, mohon diperbetul. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dan hina itu datang dari diri ana sendiri. Wallahu a9lam.

Advertisements

One thought on “Erti Hidup pada Diri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s