Jumaat!

Bangun! Bangun!

Kenapa bro? Nak tidur sikit lagi je, boleh eh?
5 minit, 5 minit. Semalam tak cukup tidur..
*Senyum

Cukup lah tu tidurnya. Dah lama dah tuu.
Semalam kan dah tidur awal. Banyak lagi kerja hari ni nak buat kan?
English, Organic Chem, Botany. Exam kan dah nak dekat.

*Selimut tutup muka.

— — — —

Senyum.

Kawan-kawan. Orang kata, tidur semalam untuk rehat sementara.
Betul ke ada istilah tak cukup tidur? Hm.
Bukan tidur tu memang takkan pernah cukup ke?
Sebab kita tidur adalah untuk bangun balik (nanti), bukan untuk tidur selama-lamanya.
Rasanya tak ada orang pun nak tidur, dan terus tidur selamanya.

Rasanyalah.

Jadi,
pada kesempatan hari ni, hari Jumaat yang mulia ni,
ayuh kawan-kawan, kita mulakan hari kita dengan amalan-amalan yang diamalkan oleh Rasulullah.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Ada sesetengah negara yang bagi cuti pada hari Jumaat.
Dan ada jugak negara yang bekerja pada hari Jumaat.
Tapi tak kisahlah kan. Mana-mana je.
Cuti atau tak, tak bermaksud ia boleh menghalang secara total untuk buat perkara-perkara sunat pada hari ni.

Bagi yang merasai cuti pada hari Jumaat, hari ni bukannya hari untuk berehat lebih.
Rehat tambahan katanya. Tu salah okay.

Hari Jumaat ni sebenarnya hari OT kita nak beramal.
Contoh: Baca surah al-Kahfi, banyakkan doa.
Lagi? Boleh rujuk sini

Bagi yang tak ada cuti pada hari Jumaat,
ikhlaskan niat anda untuk segala yang anda buat pada hari ini.
Special, khas dan hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Mudah-mudahan,
kerja, pelajaran, perbuatan, percakapan anda,
insyaAllah dicatit sebagai ibadah.

Jom layan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s