Perfect Start of the Day!

Perfect Start of the Day.

Ya, apa kata anda bila dengar quote di atas?
Mungkin kalau anda rajin tengok TV,
the perfect start of a day could be with a cup of Nescafe.
Isn’t it?

Kejap. Perfect start ye.
Perfect start.
Permulaan sempurna.

Hm. Cuba pikir sat.
Renung balik, pagi tadi, apa yang kita buat?
And did it made your day perfect, with a perfect start?
Renung kawan, renung.



Lupa?
Hai. Takkan lupa kot. Pikir lagi.
Muslim yang produktif dan progresif, mesti sentiasa berfikir,
Berfikir tentang masa lepas, sekarang, dan hari esok!



Senang cerita, waktu azan subuh tadi, apa yang kita buat?

Hm. Susah nak jawab ni..
Still berselimut? Sejuk?
Dengar alarm, tersedar dan swipe screen balik, tutup alarm?
Tak dengar alarm, henset jatuh bawah katil?
Ke dengar azan, tapi buat-buat tak dengar?
Atau jugak, malas nak pergi masjid sebab duduk rumah tinggi sangat?

Cik adik, cik abang.
Perfect start of the day tu bukannya dengan secawan kopi.
Perfect start tu bukannya sebab kita berjaya buat apa yang kita nak.
Who makes things perfect? What perfect is considered perfect?
Hm. Susah pakai bahasa penjajah ni.

Baiklah.
Permulaan yang baik, adalah permulaan hari di mana kita bersungguh-sungguh mencari keridhaan-Nya!
Bagaimana?
Kan fitrah manusia ni, tidur waktu malam dan bangkit pada waktu pagi.
Jadi, apa kata, kita jalani sunnatullah tersebut dengan senormal mungkin,
untuk bangun awal pagi untuk melakukan solat malam (qiamullail, kata mudahnya),
dan berusaha untuk solat berjemaah di masjid.
Kalau ini kita mampu lakukan,
kita bukan sahaja dah buat perfect start of the day,
malah perfect start of the year!

Tapi susahlah akhi, nak bangun awal-awal pagi.
Sejuk kot. Winter kan dah nak masuk.
Bersaratoga, empuk lagi sedap. Tak gitu?

Hai brader. Takkan nak salahkan saratoga yang lembut bak sutera tu kottt?
Kalau sebab ini lah enta tak pergi masjid,
elok sangat lah tidur tak payah pakai selimut.
Biar nanti senang bangun pagi, senang nak tunaikan solat Subuh berjemaah.
Kalau sebab tidur lambat sangat, kes online sampai ke pagi,
elok uninstall je internet yang pasang kat rumah, henfon tu.

Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada  waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (4) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)
Surah al- Muzzammil : 1-8

Amacam brader? Tersentuh tak?
Kalau bukan kita yang golongan berselimut tu, then sapa lagi?
Takkan la kita lantang perjuangkan nasib saudara di Palestin, sibuk berusrah sana sini, update status-status menarik di laman Facebook dan Twitter, tapi bila sampai solat jemaah Subuh, adakah kita di masjid?
Kawan-kawan, kat sini, ada 5 6 buah masjid yang boleh kita pilih. Banyak alternatif tu.
Kat sini, lepas azan, nak tunggu iqamat, lama jugak pak bilal tunggu jemaah penuhkan masjid.
Jadi, kenapa masih liat dan beralasan untuk ber’jumpa’-Nya?

– –

Allahu.. I need Allahu..
*Alarm, lagu With You – Raef (Cover)

– –

Swipe screen.
Apa lagi, jom dating dengan-Nya pagi esok!
Perfect start, perfect day, perfect year!
InsyaAllah. 🙂

*Kalau dah missed berjemaah pagi tadi, apa kata kita mulakan perfect start dengan solat berjemaah di masjid untuk waktu solat yang terdekat ni pulak. Amacam?

Advertisements

4 thoughts on “Perfect Start of the Day!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s