Oh, My Hadith!

Bismillah.

Haa, apa khabar iman dan jasad? Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka. Yang sihat, ucapkanlah syukur Alhamdulillah dan yang tak sihat, jangan lupa untuk beristighfar okay. Moga-moga sakit anda jadi kafarah dosa anda selama ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa tajuk post ni macam pernah dengar je kan? Bukan oh My English ke?

Haha. Okay, kita review balik. Sebelum ni, kita sering dihidangkan dengan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris, sampaikan ada antara kita yang sanggup melabelkan sebahagian yang lain yang tidak menguasai bahasa Inggeris sebagai satu kumpulan yang kolot dan terkebelakang. Golongan yang boleh menguasai bahasa Inggeris pula dianggap moden dan maju seiring pembangunan globalisasi. Golongan yang tidak mampu bertutur dalam bahasa penjajah ini pasti akan terperuk di dunia sendiri manakala golongan yang terpelajar (mempelajari bahasa Inggeris) akan bebas untuk meneroka dunia! Pada hemat kita, semua ini benar, bukan?

Kejap. Jom kita selongkar hadith ni.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).

 ‘Kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya.’
Masha Allah. Tidak akan sesat! Hebat sungguh kan?

Alhamdulillah, ramai antara kita yang boleh mengaji. Yang boleh baca al-Fatihah dengan sempurna, yang mampu menghafal kandungan al-Quran dan yang boleh bertarannum dengan baik, ramai. Hebat, Alhamdulillah.

Tapi, apa pula dengan oh My Hadith? Sering kali kita terlupa bahawa sunnah Rasulullah adalah rujukan utama yang kedua (selepas al-Quran) dan kita juga terleka untuk mengamalkannya!

Dalam kalangan kita, berapa ramaikah yang mampu menghafaz hadith seperti mana yang dilakukan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim? Kita mampu menghafal lagu-lagu Inggeris, petah menyanyikan lagu Korea (walaupun tak faham) bait demi bait tanpa cela sedikit pun, tapi apakah kita juga menghafal hadith-hadith Rasulullah dengan baik sekali? Kita mengenali akan kesilapan grammar dalam bahasa Inggeris dan perbezaan antara present tense dan past tense, namun adakah kita juga kenal apakah itu hadis Shahih, hadis Hasan, hadis Dhaif dan hadis Maudu’? Apakah itu Sunan Sittah? Tanya diri masing-masing.

Ana tidak bermakna bahawa mempelajari bahasa Inggeris atau apa jua bahasa dan ilmu-ilmu yang lain tidak penting. Tetapi, dalam kitab Fiqh al-Aulawiyat karangan ulamak muktabar, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, perkara yang lebih penting lebih penting daripada perkara yang penting!

Imam Bukhari telah mengembara menuntut ilmu sejak usia sepuluh tahun. Imam Muslim juga tak kurang hebatnya. Ramai lagi tokoh-tokoh besar yang telah banyak memberi sumbangan kepada ilmu Hadith ini. Rata-ratanya, bermula dari usia yang muda lagi.

Di sini, ana bukanlah berniat untuk mengajar mengenai ilmu Hadith ini. Cuma, sekadar memberi peringatan kepada semua dan diri sendiri khususnya, akan peri pentingnya kepada kita untuk mencari dan mempelajari Hadith supaya  satu hari nanti, kita mampu untuk memberi penjelasan kepada mereka yang masih lagi kabur mengenai ilmu Hadith ini.

Justeru, ayuh syabab, bro dan rakan-rakan, kita mulakan langkah baru, tanamkan azam baru untuk mempelajari Hadith. Sempena bulan kelahiran Rasulullah ini, kita kuatkan tekad untuk mengamalkan sunnahnya sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda Muhammad saw. Semoga ulang tahun kelahiran dan kewafatan Rasulullah ini menjadi saksi kudrat suci kita kepada Baginda saw.

In shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut mengenai hadith:
1. The Science of Hadith

Nota:
1. Adalah penting untuk memastikan kesahihan dan taraf sesuatu hadis tersebut sebelum kita beramal, berhujah dan menyebarkan sesuatu Hadith itu. Boleh jadi kita tersilap dalam menyampaikan hadith tersebut. Lebih malang lagi, andai kita disabitkan dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah. Nauzubillah. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s