Sheikh ash-Shaarawy

Bismillah.

Dalam post ni, jom kita sama-sama kenali tokoh cendekiawan Islam iaitu Imam Muhammad Metwally ash-Shaarawy (Syeikh Shaarawy).

***

Kehidupan Awal

El-Shaarawy telah dilahirkan di perkampungan Dakadous, di Mit Ghamr di Ad-Daqahliyah Mesir pada 15 April 1911 dalam keluarga petani. Beliau merupakan keturunan Ali ibn Abi Talib. Beliau juga mempunyai 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Pendidikan

Syeikh Shaarawy telah menghafaz al-Quran sejak berusia sebelas tahun lagi. Sebelum menjejakkan kaki ke Al-Azhar, beliau berazam untuk tinggal bersama-sama adik beradiknya yang lain bagi membantu ayahnya dalam bidang pertanian. Beliau juga telah melakukan pelbagai helah supaya hasratnya untuk terus tinggal di kampung menjadi kenyataan.

Antaranya, beliau telah memasukkan pasir ke dalam matanya supaya beliau gagal melepasi ujian kemasukan ke universiti. Walau bagaimanapun, Universiti al-Azhar tetap menerima pelajar yang buta. Helah keduanya, beliau juga telah berpura-pura bercakap dengan gagap, dengan harapan universiti tidak menerima pelajar yang gagap. Akan tetapi, universiti juga masih menerima pelajar-pelajar yang gagap. Helah ketiganya, beliau telah memberitahu ayahnya bahawa buku-buku pengajian di al-Azhar adalah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh beliau. Walaupun begitu, ayahnya telah membelikan buku untuk beliau melanjutkan pelajaran ke universiti.

Seperti ditakdirkan, maka Syeikh Shaarawy akhirnya bersetuju juga untuk menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Syeikh telah memasuki Kuliah Lughah Bahasa Arab pada 1937 dan telah menamatkan pengajian pada tahun 1941.

Kerja

Selepas tamat pengajian, beliau telah dilantik guru institut agama di Tanta, Zagazig dan Alexandria. Kemudian beliau berangkat ke Arab Saudi dalam misi Azhar sebagai Profesor di Fakulti Undang-undang, di Universiti Umm Al Qura pada tahun 1950. Sheikh Shaarawi mengajar Doktrin Islam dalam tempoh ini walaupun khusus beliau pada asalnya dalam bahasa dan hal ini mungkin menyukarkan beliau tetapi Sheikh terbukti berjaya dalam pengajaran bidang ini. Pada tahun 1960, Institut Tanta Azhary melantik beliau sebagai pengarah Panggilan Islam. Pada tahun 1961, Kementerian Wakaf melantik beliau sebagai pemeriksa Sains. Pada tahun 1963, dia kembali ke Mesir dan berkhidmat sebagai Pengarah Grand Sheikh Al-Azhar.

Pada tahun 1966, beliau mengembara ke Algeria sebagai ketua Misi Al-Azhar dan kekal selama tujuh tahun. Dia kembali ke Mesir untuk berkhidmat sebagai Pengarah Endowmen dalam Al Gharbia dan kemudian ejen bagi Al-Azhar. Pada tahun 1970, beliau dilantik sebagai profesor pelawat di Universiti King Abdulaziz Fakulti Syariah di Mekah, maka Presiden Jabatan Pengajian Siswazah di King Abdul Aziz pada tahun 1972. Pada bulan November 1976, beliau telah dilantik menteri khazanah dan Hal Ehwal Azhar, dan kekal dalam jawatan sehingga dia meninggalkan kementerian pada Oktober 1978. Sebagai menteri khazanah adalah yang pertama untuk mengeluarkan keputusan menteri untuk menubuhkan bank Islam pertama di Mesir, Faisal Islamic Bank. Kemudian dia terbang ke Arab Saudi di mana beliau telah mengajar di Universiti Raja Abdul Aziz hanya satu tahun pada tahun 1981.

Istimewa

El-Shaarawy mempunyai populariti yang sangat meluas sehingga digelar sebagai “pendakwah abad.” El-Shaarawy adalah sangat berbakat dalam menjelaskan makna al-Quran yang suci. Sumbangan terbaik beliau amat jelas apabila beliau memberi makna yang mudah maksud di sebalik ayat-ayat al-Quran yang paling sukar. Beliau juga terkenal apabila menjadi satu-satunya bukan warga Arab Saudi yang memberi khutbah di Arafat semasa peristiwa haji di Arab Saudi berlangsung. Beliau juga antara ulama yang berani memberi nasihat dan teguran secara terbuka kepada presiden Mesir ketika itu iaitu Hosni Mubarak.

Sewaktu beliau nazak, beliau pernah menyebut dengan jelas yang bermaksud “Sayyidina Husin, kau datang sewaktu aku mengingatimu”. Umum mengetahui bahawa Sheikh Shaarawy sentiasa melazimkan diri dengan menziarahi makam Sayyidina Husin di Kaherah sebelum beliau jatuh sakit.

***

Nota:

Makam Sheikh Shaarawy

Alhamdulillah. Berkesempatan jua akhirnya untuk menukil sedikit bicara mengenai tokoh ilmuwan Islam yang masyhur pada era 70-an ini. Terdetik untuk mengenali Sheikh setelah melawat makam beliau pada 11 Januari 2012 yang lepas. Bagi yang berkesempatan, bolehlah berkunjung ke Mugamma9 Sheikh Shaarawy di kampung beliau di Muhafazah ad-Daqahliyah.

Ayuh sedekahkan al-Fatihah kepada beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s