Kaherah 3.0

Bismillah.

Okay. Meh nak cerita pasal trip ke Kaherah haritu, khusus buat keluarga/sahabat yang bakal berkunjung ke bumi Anbiya’ ni. 🙂

***

31 Jan 13, Khamis

Pagi-pagi lagi, lepas satu malam yang tenang dan damai di rumah BKAN KL di Hayyu Sab9i kami terus bersiap-siap untuk mengembara di bumi Kaherah sepanjang hari ni. Beralas-perutkan nasik goreng dan bertemankan angin kuat  dan titisan hujan, kami melangkah dengan gagah, meredah badai dan gelora menuju ke destinasi pertama.

Destinasi #1 – Maarad Kitab / Cairo International Book Fair

Cairo International Book Fair

Cairo International Book Fair

Sebelum sampai ke pesta buku ni, adalah baca sikit-sikit pasal maarad ni. Betul lah orang kata, pesta buku ni memang besar dan sangat-sangat besar. Boleh kata mustahil lah kalau ada sapa-sapa yang berjaya singgah di setiap kedai ni dalam masa 2 jam! Menurut cerita orang, pesta buku ni adalah yang terbesar di benua Afrika. Almaklumlah, publisher-publisher dari seluruh pelosok Mesir datang bertandang, tak kurang jugak tauke-tauke buku  dari seluruh dunia Arab ni!

Mujur la ada kawan yang dah pusing maarad kitab ni sebelum kami sampai. Atas cadangan dan panduan mereka, berjaya jugak kami takluk beberapa buah kedai buku yang memasarkan pelbagai buku-buku agama, novel dan bahan ilmiah berbahasa Inggeris, tak kurang dari masa 2 jam. Antara buku yang berjaya ditawan: ar-Raheeq al-Makhtoum by Sheikh Safeyy ar-Rahman al-Mubarakpury dan A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.

Cadangan untuk sapa-sapa yang berminat nak datang sini lagi (memandangkan pesta buku ni diadakan setiap tahun), anda bolehlah rancang terlebih dahulu buku apa yang ingin dibeli dan pastikan anda sertakan duit yang secukupnya. Kalau betul-betul nak borong buku, tak salah jugak untuk anda bawak beg bagasi beroda untuk angkut buku-buku yang anda beli. Tak percaya? Datang lah sini jom!

Destinasi #2 – CItadel / Fort of Saladin

Lepas lunch yang gumbira di BKAN KL (sekali lagi), kami bergegas mencari teksi untuk ke Citadel (atau disebut sebagai Qal9ah yang bermaksud kubu). Setibanya di Citadel, kami berasa sangat teruja, melihat hebatnya kubu yang dibina oleh mujahid Islam, Salahuddin al Ayyubi dalam perancangannya menakluk bumi Palestin.

Sekali lagi, kami ditemani oleh sahabat-sahabat yang pernah berkunjung ke sini. Terdapat 3 muzium utama yang dipamerkan di dalam pekarangan kubu ini; antaranya ialah Musium Perang dan Musium Polis. Di samping itu terdapat juga 2 buah masjid di dalam kawasan ini iaitu Masjid Talwun dan Masjid Muhammad Ali. Untuk keterangan lebih lanjut pasal Citadel ni, boleh refer ni.

Masjid Muhammad Ali

Masjid Muhammad Ali

Memang sukar nak digambarkan macam mana perasaan bila berada kat Citadel ni. Melihatkan kedudukan kubu yang terletak di atas tanah tinggi, struktur dinding batu yang gagah berdiri dan kedudukan geografinya yang betul-betul terletak di tengah-tengah kota Kaherah, nyata membuktikan Salahuddin telah membuat satu perancangan yang teliti dalam usaha beliau untuk menawan Palestin.

Dari Masjid Muhammad Ali ni, anda jugak boleh menikmati pemandangan dari atas seluruh kota raya Kaherah ni, termasuklah Masjid 4 Mazhab, Masjid Azhar dan samar-samar bentuk Piramid di Giza.

Singa-singa dan gula kapas

Singa-singa dan gula kapas

Destinasi #3 – Azhar Park

Azhar Park, tempat riadah terbesar kat tengah-tengah bandar Kaherah ni. Tak banyak beza dengan taman-taman kat Putrajaya, tapi still rasa something special kat sini. Mungkin disebabkan pemandangan yang permai ditemani sang matahari yang sedang membenamkan dirinya.

View Citadel dari Azhar Park

View Citadel dari Azhar Park

Sunset kat Azhar Park

Sunset kat Azhar Park

Awesome!

Awesome!

Super awesome kan?

Super awesome kan?

Destinasi #4 – Makam Imam Syafi9i

Bertemankan kawan lama yang baru kenal, kami dibawa ke makam Imam Shafie yang letaknya kira-kira 5 km dari Citadel. Kali ini, kami sekali lagi berasa sangat teruja kerana bakal bertemu dengan makam salah seorang Imam Mazhab. Walaupun tidak bersua wajah, namun ruh Imam Shafie terasa amat dekat di hati.

Depan makam Imam Shafie

Depan makam Imam Shafie

Di dalam kawasan masjid ini juga, terdapat makam anak-anak murid Imam Shafie, antaranya ialah Syeikh Zakaria al-Ansari. Berdekatan dengan makam Imam Shafie juga, dikatakan terdapat bekas tapak kaki Nabi Muhammad saw. Diceritakan bahawa Imam Shafie didatangi Rasulullah saw ketika beliau sedang tidur, dan apabila beliau bangun, beliau mendapati bahawa terdapat kesan tapak kaki Rasulullah berhampiran beliau. Apa pun, kesahihan kisah ini tidak dapat dipastikan, Wallahu A9lam.

Destinasi #5 – Masjid 9Amru bin al-9as

Dari makam Imam Shafie, kami (8 orang) menyewa sebuah teksi untuk ke Masjid 9Amru bin al-9as di Margirgis. Alhamdulillah, berjaya jugak kami jejakkan kaki di masjid ini (terletak di sebelah gereja terbesar di Mesir). Mungkin ramai yang tidak mengenali Saidina 9Amru bin al-9as pada namanya, namun beliaulah yang berjasa membuka kota Mesir yang sebelum itu berada di bawah kuasa Rom Byzantine. Masjid ini jugalah masjid pertama yang didirikan di Mesir.

Masjid Amr ibn al-As

Masjid Amr ibn al-As

Di masjid ini, terdapat sebuah perigi yang dikatakan punca air yang digunakan untuk berwudhu. Terdapat juga bekas catatan yang ditulis pada sebatang tiang di dalam masjid ini. Diceritakan juga, bahawa catatan tersebut adalah milik Imam Syafie semasa beliau menuntut ilmu di masjid ini. Boleh dilihat juga, masjid ini mengekalkan gaya tradisional dengan menggunakan balang lampu minyak tanah. Jelas, masjid ini menyimpan seribu satu makna penyebaran Islam di bumi Mesir ini.

***

Banyak lagi yang ingin diceritakan, tapi tak semua mampu ditulis dengan bait-bait perkataan. Pastinya, pengalaman yang dirasa dan cerita yang dikata adalah dua perkara yang berbeza. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan isu muamalah dengan penduduk setempat. Tak kenal maka tak tahu. Jadi, jom, kalian-kalian yang berada di luar Mesir, jemput datang ke bumi anbiya ni. Jom kita sama-sama mentadabbur alam. Manalah tahu, setiap inci langkah yang anda pijak di sini, ialah bekas tapak kaki nabi-nabi kita yang terdahulu. Mungkin? 🙂

Nota:

1. Ni trip Kaherah 3.0, sebab masa second time datang haritu, dah pergi lawat beberapa tempat kat Kaherah ni. Antaranya, Masjid Husin, Pasar Khan el-Khalili, Panorama War dan banyak lagi.

2. In shaa Allah, kalau diizinkan kelapangan, mungkin akan bertandang ke Kaherah untuk trip Kaherah 4.0 pulak. Banyak lagi khazanah yang belum diteroka dengan mata kat Mesir ni.

3. In shaa Allah, malam esok, akan ke Bahnasa – Makam Pahlawan Badar! Doakan keselamatan ye!

Advertisements

2 thoughts on “Kaherah 3.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s