Bahnasa

Bismillah.

***

Bahnasa, apakah?

Bahnasa ialah nama sebuah perkampungan dalam daerah Bani Mazzar yang terletak di dalam muhafazah El-Menia, sebuah muhafazah dari 27 buah muhafazah di Mesir, yang terletak 290 km dari Zaqaziq. Perjalanan dari Kaherah akan menempuhi muhafazah Giza, Fayyum dan Bani Suwef sebelum tiba di El-Mania. Muhafazah berikutnya adalah Asyut dan Suhaj.

Dari Google Map

Apa istimewanya Bahnasa?

Saidina Amru Al-Asr RA, sahabat baginda yang membuka Mesir pernah mengatakan, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,

Tidak ada selepas Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis suatu tempat yang berkat melainkan di bumi Mesir serta lebih banyak keberkatan di bahagian Barat.} Kata Saidina Amru lagi : “Mudah-mudahan ia (tempat yang banyak keberkatan itu) ialah Bahnasa”.

Keberkatan ini  disebabkan betapa ramainya sahabat baginda yang gugur syahid di medan perang di Bahnasa kerana perbezaan bilangan tentera Islam menentang tentera Rom.

Sejarah Ringkas Bahnasa

Menurut pakar sejarah Arab, ketika pembukaan Mesir, Bahnasa adalah sebuah kota yang kukuh yang dirantai, mempunyai empat buah pintu dan setiap pintu dibina tiga benteng. Di dalamnya terdapat beberapa buah gereja dan istana. Ketika zaman kgemilangan Islam, Bahnasa dijadikan tempat menenun kain tenun yang disulam dengan emas.

Ketika pemerintahan Rom, terdapat seorang raja bernama El-Batlimus yang memiliki seorang puteri yang cantik. Kerana kecantikannya itu beliau digelar dalam bahasa Arab sebagai Baha’ An-Nisa’ iaitu yang bermaksud Wanita Yang Amat Cantik.

Ketika pembukaan Mesir sekitar tahun 22 Hijrah, gabenor Mesir Amru bin Al-‘As telah mengutuskan tentera Islam ke kawasan Sa’id Mesir dengan diketuai Panglima Qais bin Al-Harith. Ketika tiba di kota tersebut, tentera Islam berhadapan dengan kotanya dengan halangan rantai besi serta pintu-pintu kota yang kukuh selain serangan dari tentera musuh. Ketika itu, ramai dari kalangan sahabat yang gugur syahid termasuk dari kalangan mereka yang menyertai Perang Badar bersama Rasulullah s.a.w. dengan itu, sebahagian besar sahabat disemadikan dan kawasan berkenaan dikenali sebagai Madinah Syuhada’.

Kelebihan Bumi Bahnasa

1. Terdapat hampir 400 orang pemimpin /tokoh Islam di kalangan para sahabat RA yang dikebumikan di bumi Bahnasa. Antaranya ialah:

I.            Saidina Ali bin ‘Akhil bin Abi Thalib RA

II.          Saidina Ja’afar bin ‘Akhil bin Abi Thalib RA

2. Di Bahnasa juga terdapat tempat-tempat yang mustajab doa seperti tempat bernama Majra Hasha dan di Majra as-Sail dan juga di tempat beribadat Nabi Isa bin Maryam AS yang terletak berdekatan perkuburan para syuhada’.

3. Bumi Bahnasa juga telah diziarahi oleh golongan solihin dari Iraq dan antaranya ialah Abu Ali an-Nawawi. Disebutkan bahawa beliau apabila sampai di bumi berkat ini, beliau menanggalkan bajunya dan berguling di tanahnya seraya berkata, “Wahai (bumi Bahnasa), betapa tingginya kedudukanmu kerana debu-debumu yang berterbangan fi sabilillah”.

4. Sungai Bahru Yusufi yang melingkungi bandar ini melahirkan banyak keajaiban. Antaranya:

I.            Apabila terputus darinya air tambahan sungai Nil, maka akan terpancut dari sumbernya mata-mata air yang banyak hingga menjadi sungai yang sentiasa mengalir.

II.            Di situ juga disemadikan Nabi Yusuf AS.

III.            Sungai ini juga telah dikorek oleh malaikat Jibril dengan sayapnya setelah diarahkan oleh Allah Taala untuk Nabi Yusuf AS.

IV.            Dengan keberkatan sungai itu juga, ia berpecah ke bumi Fayyun dan menumbuhkan kebun-kebun dan tanaman pertanian yang banyak sama ada di musim sejuk atau panas. Dikisahkan pada zaman Nabi Yusuf, apabila seorang wanita keluar membawa raga di kepalanya dan melalui kebun-kebun di tepi sungai tersebut, dia akan pulang dengan bakulnya penuh dengan buah-buahan tanpa perlu memetiknya. Namun disebabkan perbuatan Bani Israel yang melakukan maksiat, nikmat tersebut telah ditarik balik oleh Allah Taala.

Foto

Makam Saidina Abban bin Uthman bin Affan

Makam Saidina Abban bin Uthman bin Affan

Makam Abd Ghani b Samarah

Makam Abd Ghani b Samarah

Makam Samarah b Zainal Abidin

Makam Samarah b Zainal Abidin

Makam cicit Saidina Husin (nama tak ingat *maaf)

Makam cicit Saidina Husin (nama tak ingat *maaf)

Makam Samarah b Zainal Abidin

Makam Samarah b Zainal Abidin

Makam Muhammad b Abd Rahman b Abu Bakr

Makam Muhammad b Abd Rahman b Abu Bakr

Makam Muhammad al Ansari

Makam Muhammad al Ansari

Makam cucu Saidina Hasan al Basri

Makam cucu Saidina Hasan al Basri

Depan makam syuhada' yang membuka kota Bahnasa

Depan makam syuhada’ yang membuka kota Bahnasa

***

Alhamdulillah. 4 Feb yang lepas, ana telah mengikuti ziarah tarbawi ke Bahnasa. Seperti yang tertulis di atas, sememangnya bumi Bahnasa ni punyai banyak kelebihannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s