Now or Never!

Bismillah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

***

Untuk berubah, bukan mudah. Untuk berubah, pastinya perlukan satu keazaman yang tinggi. Untuk mengubah dunia, perlulah diubah diri sendiri terlebih dahulu.

“To change the world, starts from the man in the mirror”, dipetik daripada bait lagu Man in the Mirror, dendangan Raef.

***

Perubahan perlukan perubah.
Kitalah agen perubah!

Hulk hd wallpaper

***

Kita pernah terdengar kata-kata;
Hiduplah hari ini lebih baik dari semalam..
Beribadatlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari, dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi..

Namun, pernahkah kita benar-benar memahami dan menghayati kata-kata tersebut? Atau sekadar halwa telinga?

***

Untuk menjadi lebih baik, perlukan keazaman yang tinggi. Niat dan mindset untuk menjadi lebih baik adalah mastermind kepada segala tindak tanduk kita.

Tidak cukup sekadar itu, setiap perancangan (mindset) mestilah disusuli dengan tindakan yang sewajarnya. Tindakan yang disertakan dengan kesungguhan.

***

Misalan, dalam menjadikan hari yang produktif, mestilah bermula dengan pagi yang gemilang. Gemilang dengan kejayaan, contohnya berjaya menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid.

Set untuk bangun!

Dalam hal ini, kita sering menyalahkan keadaan. Bunyi alarm yang tak cukup kuat, badan terasa sangat penat dan sikap suka bertangguh untuk bangun.

‘5 minit lagi nak azan, tidur ah kejap..’

Sebenarnya, masalah ini boleh diselesaikan dengan mindset dan kesungguhan yang mendalam.

Mengambil contoh tadi, solat berjemaah awal di masjid.

Nak bangun awal, kena mindset untuk berada di masjid pada waktu awal solat. Mesti rasa sangat rugi kalau tak ada di masjid pada waktu tu.

Sepertimana waktu solat yang lain, Zuhur, Asar dan sebagainya, perlulah juga kita semai rasa keterikatan hati dengan masjid. Adakah kita pernah bersungguh-sungguh untuk berada dalam jemaah pertama untuk solat-solat tersebut? Jika tidak mampu, adakah kali ini juga disebabkan kita gagal untuk menggagahkan diri turun dari katil?

Oh, mindset kita!

Kalau kita tegar untuk ke masjid pada waktu solat (selain Subuh) pada awal waktu, tidak mustahil jika kita tergolong dalam golongan yang liat bangun pada waktu fajar. Mustahil untuk kita lakukan perubahan total dalam hidup, straight away lepas kita bangun tidur. Mustahil!

***

Barangkali kita sering mengira esok masih ada, tapi yakinlah perancangan kita tidak ada kepastian. Apa salahnya, jika kita mulakan langkah untuk berubah hari ini, pada saat ini.

Jadi, untuk berubah, jangan bertangguh untuk esok, tapi mulakannya hari ini.

‘A journey of thousand miles begins from a single step’

Allah menilai pada usaha, bukan pada hasil. Andai kita sudah mencuba, sekurang-kurangnya kita akan puas dengan hasilnya.

Yakinlah.

Cubalah untuk berubah.

It’s only Now or Never.

***

Wallahu a’lam.
Moga bermanfaat.

Advertisements

3 thoughts on “Now or Never!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s