Usrah Sampai Syurga

Teringat satu kenangan dulu..

Masing-masing berjanji setia untuk sentiasa bersahabat hingga ke syurga. Usrah sampai syurga, kata mereka.

Dulu kami bersepuluh, sehinggalah tarikh itu…

***

Masing-masing dengan slip di tangan. Semua terkedu, dengan gred dan markah di atas sehelai kertas itu. Terkedu dengan keputusan sendiri, terpaku dengan reaksi sahabat yang lain. Saat ini sudah lama aku sangka. Aku bukanlah sehebat mereka, aku tahu. Dan aku tahu apa yang bakal aku tuai hari itu.Β Lebih sayu, aku melihat sahabat baikku menitiskan air mata kekecewaan kerna harapan yang dipikul. Ada juga yang mengukir senyuman palsu untuk menyenangkan hati yang lain. Saat itu, aku juga terima kata-kata simpati, mungkin ikhlas dari mereka.

Dulu kami bersepuluh. Tiga mengikut haluan, enam berubah haluan, dan satu tiada haluan. Aku. Aku…

Saat itu aku yakin itu adalah ujian dari-Nya. Kafarah atas dosa-dosa di bahuku selama ini. Juga tanda masih ada sayang dan cinta dari-Nya. Namun, tatkala aku terima kata-kata supaya jangan bersedih, itu yang lebih membuatkan aku juga berasa ingin menitiskan air mata. Aku kuatkan jiwa, aku tabahkan hati.

***

‘Good luck kat India nanti.’
‘Nanti dah jadi orang Ireland, jangan lupa balik Malaysia pulak.’
‘Tak sangka lah kita masuk U ni. Haritu masa ke Jakarta lalu depan U ni.’

Pelbagai kata dan ucapan melintas lalu di hadapan aku tanpa singgah. Selamat berjaya untuk kamu dan untuk kamu. Saat itu, aku tiada arah tuju. Buntu keseorangan. Berminggu-minggu aku murung. Melihatkan satu persatu sahabat handai aku akan meninggalkan aku, keseorangan. Ku cekalkan hati jua untuk ku lakarkan wajah senyuman. Andai dulu aku pohon pendapat mereka untuk setiap tindakanku, kini aku hanya mampu memberi pelukan selamat jalan untuk mereka. Untuk kali yang terakhir, mungkin.

***

Mereka selamat tiba di destinasi masing-masing. Tapi, aku hairan, masih mereka sedih, menyampaikan kata-kata perpisahan sedangkan mereka berada di medan baru, perlu mereka jadi lebih kuat. Ini membuatkan aku rasa sayu, terpinggir. Kerna masa itu, aku masih lagi tiada arah. Aku buntu. Aku sedih. Tatkala urusan dengan penaja yang semakin mendesak, ekspresi wajah keluarga terdekat yang seolah-olah masih lagi kecewa dan jawapan daripada universiti tempatan, membuatkan aku makin dilema. Aku jadi makin buntu. Tapi ku yakin, ini bukan penghujung dunia. Dia tetap dekat dengan aku.

Urusan kemasukan ke universiti dan penaja semakin hari semakin menjengkelkan. Ku kira, ada baiknya juga jika aku terima tawaran ke Jerman dua tahun lepas untuk bidang Kejuruteraan Elektrikal. Ku kira juga, alangkah baik andai aku terima tawaran Universiti al Azhar dalam program berkembar Perubatan dan Tahfiz, waktu yang sama. Namun ku hitung dan ku hisab, tempoh dua tahun ini banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. Di sini, banyak kali juga aku diuji dengan kalimah sahabat, perjuangan, chenta dan hati.Β Pengalaman yang mungkin aku takkan dapat andai aku memilih jalan lain. Aku redha dengan takdir-Nya.

***

Aku terima nasihat dari kakakku untuk bertukar kursus, dari perubatan ke farmasi. Aku luangkan dada, menerima pendapat beliau seadanya. Abang aku pula memberi berita gembira. Katanya, mereka empat beradik mampu memberi pinjaman pembiayaan tahun pertama aku ke Mesir. Ma dan Abahku pula, walaupun pada awalnya berat hati untuk membenarkan aku meninggalkan mereka, kini merestui perjuangan ini. Moral aku semakin baik. Cahaya sinar di hujung jalan itu semakin mendekati. Dengan perlahan, aku mula melangkah keluar dari daerah kebingungan. Aku semakin bermotivasi.

Akhirnya, aku nekad untuk menamatkan tajaan. Cukuplah dengan waktu aku yang persiakan dengan urusan tajaan. Seperti yang sudah ditakdirkan, aku menerima tawaran dalam bidang Farmasi di bumi Zaqaziq, Mesir. Ya, aku sedar, andai dulu kami bersepuluh, kini aku keseorangan, tapi aku gagahkan juga langkah. Biar langkahku tercipta di bumi Nabi Yusuf itu.

***

Pejam celik pejam celik. Kini, aku sudah masuk genap lima bulan di bumi Zaqaziq. Bukan niat aku untuk memencilkan diri, tapi aku mula sedar, persahabatan yang kekal hingga ke syurga bukanlah ungkapan yang bertatih di bibir, tapi sahabat yang sebenar adalah mereka yang terkenang namanya dalam doa dan sentiasa mengharapkan kesejahteraan baik jauh mahu pun dekat. Bukan niatku juga untuk mengasingkan diri bila dijemput bersama, tapi biarlah aku di dunia baru membina langkah yang masih muda. Biarpun aku tidak kelihatan, yakinlah aku sentiasa mengasihi kalian dalam hatiku.

Maafkan aku andai aku bukan yang terbaik dalam kalangan kamu, tapi berikanlah aku peluang untuk menjadi yang terbaik bila kita bertemu nanti.

Maafkan aku, kalian.
Maafkan aku, sahabat.

Moga perpisahan sementara ini berada di bawah naungan rahmatNya.

***

Ingat, Kita ‘Usrah sampai Syurga’.

___

*adaptasi dari kisah sebenar*

Advertisements

15 thoughts on “Usrah Sampai Syurga

  1. Assalamualaikum..aisar..u make me cry bro..wlaupun kte jauh, jrg sgguh brkomunikasi skrg tp prsahabatan yg kita da bina ni mnjdikan ia trlalu significant dlm hdup aku..no words that i could utter to clarify how meaningful u and the other 8 to my life,..insyaAllah usrah sampai syurga.. ;)let strive together for a better future.. #emosisikit..heee…

  2. Aisar, aku bce bnda ni dalam toilet tau, tup2 brair je. Hehe. Mata ye, bkn tmpt laen. Be, jauh di mata, namun dkat di hati. Biar apa org nk kata, tp aku akn slalu di sisi. Jarak memisahkn, tp ukhwah mendkatkn. Wlu kau sorg kat sana, ingat Allah ada, n aku pun ada. K be? :’-)

  3. Salam bro…lu make me wanna hug u…aku taw aku xbanyak bersama kau time kau susah….sorry bro..tp masa dan jarak banyak membataskan kita…ape2pun..doa aku sentiasa ngan kau….i love u aisar

  4. abe2.. hee, yg paling tertarik, “chenta” tuu.. haha,, aku masuk bilik kita dulu, 8412, ada lagi sticker ko, warne biru tu kat board ko.. hehe.. gud luck bro.. yang paling penting, moto rempit lu gua dah taram dulu.. hehehe..

  5. Assalamualaikum Aisar,
    Semoga terus tabah dalam menjalani hari-hari yang mendatang.
    Cerita dan kisah ni menjadikan orang lain juga kuat dan tabah.
    Apa2pun good luck and keep in touch πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s