Cakna!

Artikel kali ini ditulis, khas untuk komuniti Malaysia di bumi Zaqaziq dan seluruh pelajar di bumi Mesir amnya.

***

Bismillah.

Sejak kebelakangan ni, banyak kes jenayah yang berlaku kat bumi Zaqaziq ni. Kes ragut, samun, pecah rumah, ugutan menggunakan senjata tajam dan sebagainya, seolah-olah tidak asing lagi pada telinga kita. Tidak dinafikan, banyak kes-kes tersebut melibatkan akhawat, namun tak kurang juga kes-kes yang melibatkan ikhwah. 3Ala kulli hal, seluruh komuniti Malaysia di bumi Zaqaziq ni perlu ambil cakna dan kisah terhadap kes-kes yang berlaku ni.

Prevention is better than cure.

I WANT YOU CAKNA!

Ana tertarik untuk memberi peringatan bersama, kepada diri ana sendiri khususnya, dan seluruh warga Zaqaziq mengenai tips-tips keselamatan yang ana kira perlu dititikberatkan oleh semua. Memandangkan banyak kes jenayah telah berlaku bertempat di jalan-jalan/lorong-lorong, jadi ana kira panduan keselamatan di jalan raya sangatlah penting.

Antara panduan keselamatan yang boleh diambil:

1. Jalan secara berkumpulan. Tak kisahlah akhawat atau ikhwah, kalau boleh sekurang-kurangnya 2 orang bersama anda setiap kali anda berjalan keluar. Setidak-tidaknya, anda mungkin akan kurang panik sekiranya ditahan oleh mana-mana Arab/ stranger semasa berada di jalanan. Dalam kebanyakan kes (samun) yang berlaku, sememangnya mangsa adalah sedang berseorangan. Jadi, tak mustahil lah kalau individu yang berseorangan tu boleh disamun, kerana jumlah penyamun tu biasanya lebih ramai daripada mangsa (mungkin beregu atau berkumpulan).

2. Elakkan keluar pada waktu malam/ sunyi/ kurang orang lalulintas. Kita boleh rumuskan, banyak kes yang berlaku terjadi semasa waktu malam, sunyi dan kurang orang lalulintas. Jadi, cuba kita semampu boleh selesaikan perkara-perkara yang perlu/ mesti pada waktu siang dan jangan sesekali menangguh hingga ke waktu malam. Ya, tak salah untuk anda settlekan hal tersebut pada waktu malam, cumanya kan lebih baik kalau kita tak menyusahkan diri sendiri (put oneself in risk) dan menyusahkan orang lain (musyrif; if appropriate).

3. Perhatikan sekeliling. Sewaktu berjalan, pastikan anda menyedari setiap individu yang berjalan di sekeliling anda. Bukan nak suruh tenung muka pak/minah Arab sorang-sorang, cuma perhatikan gerak-geri mereka.  Jangan tunduk je masa jalan tu. Buat lah muka yakin, pandang depan, tengok orang sekeliling. Takut-takut, secara tiba-tiba, ada je orang tempatan yang menghampiri anda dan letakkan pisau etc pada badan anda (nauzubillah). Lagi satu, jalan tu jangan la lenggang sangat. Percepatkan langkah. Walk fast, it’s a sunnah, isn’t it?

4. Jangan tunjuk barang-barang mahal. Ana akui, semua orang ada henset mahal-mahal, tablet canggih, MP3/MP4. Tak salah untuk anda ada barang-barang tu. Cumanya, jagalah gajet canggih anda tu baik-baik. Sedarlah, kita sekarang ni berada kat Mesir, bukan kat Malaysia. Darjat kekayaan tu lain okay. Mungkin bagi anda, henset touchscreen tu biasa-biasa je, tapi bagi orang kat sini, tidak.
Tak ke terliur depa tengok korang main Temple Run *sambil slide-slide screen henset tuhh* ?

Ana pernah tengok, ada je orang Malaysia kita ni, duk tengah khusyuk je main game masa tengah jalan kat lorong Salam ni. Memang lah waktu tu siang, kemungkinan nak kena apa-apa tu kurang, tapi kalau boleh (baca: tolonggggglah) elakkan messaging, main game, Twitt/Fb masa tengah jalan tu. Sekiranya tak perlu, simpanlah henset tu baik-baik dalam poket/beg semasa jalan hokayy.

Yang ada earplug/earphone pulak, nak dengar lagu tu, janganlah kuat sangat sampai tak dengar langsung apa-apa kat jalanan tu. Tak nak lah dengar kes, ada pelajar kena langgar dengan kereta/ ragut masa kat jalanan, sebab terlalu-terlampau khusyuk dengar lagu kat henfon/MP3 etc. Senang cerita, kalau tak perlu nak dengar lagu tu, simpan jelah baik-baik. Sampai rumah, dengar lah lagu tu puas-puas okayy. 🙂

5. Pemakaian beg. Mungkin ni hal kecik je, tapi bagi ana hal ni penting. Kalau anda pakai beg silang/sling bag/handbag (akhawat), pastikan anda pakaikan beg tu pada bahu anda yang dekat dengan bahu jalan, supaya tak terdedah dengan orang ramai. Adalah lebih bahaya, sekiranya anda sangkut beg tu pada bahu anda yang orang ramai lalu-lalang. Boleh jadi, ada orang yang naik motosikal nak ragut beg anda (ikhwah/akhawat) semasa anda tengah jalan-jalan. Ikut statistik kat Malaysia sendiri pun, memang terbukti ramai mangsa ragut yang sangkut beg tu pada arah orang lalu-lintas. Paham tak ni?

Lagi satu, yang pakai beg galas pulak, pastikan betul-betul anda bawak beg tu macam beg galas. Jangan ngada-ngada nak pakai sebelah bahu je. Kang kena ragut, tak ke naya (nauzubillah). Tambahan, yang bawak beg ni, kalau boleh, pastikan beg anda sentiasa tertutup/ terzip. Check lah setiap kali anda sampai mana-mana pit stop, okay. Just making sure anda bukan mangsa pickpocket/ seluk saku.

6. Guna musyrif. Mungkin section ni lebih tertumpu kepada akhawat. Tapi, ana kira berdasarkan keadaan semasa kat Zaqaziq ni, seolah-olah ikhwah pun perlukan musyrif. Maksudnya, penting untuk ikhwah/ akhawat berjalan dengan teman dan tidak berseorangan. Ana tak nafikan, memang ada kes pelajar diganggu walaupun menggunakan khidmat musyrif, tapi sekurang-kurangnya keadaan tidaklah lebih teruk/buruk seandainya anda (akhawat) berjalan berseorangan.

Bagi ikhwah, cubalah untuk berasa ringan hati dan ringan tulang untuk berkhidmat bagi yang memerlukan. Ana yakin, mereka (akhawat) bukannya berniat nak menyusahkan anda. Berkhidmatlah seperti mana anda mahukan keselamatan bagi kakak-kakak dan adik-adik perempuan anda. Ana yakin, andai tidak ada perkara penting, mereka pun tak nak mintak tolong anda tuu.

Bagi akhawat yang sedang menggunakan musyrif, tahniah untuk anda. Jangan takut untuk menghubungi musyrif. Sekurang-kurangnya, anda sudah cuba untuk mengurangkan risiko diganggu. Bagi yang enggan untuk dimusyrifkan, nilailah dengan rasional sebab apa anda memerlukan musyrif.

7. Gunakan jalan alternatif. Sekiranya jalan yang biasa kita lalu/ gunakan pada waktu siang tu sunyi pada waktu malam, lebih elok sekiranya kita guna jalan yang lebih ramai dilalui orang awam. Mungkin jalan alternatif tu jauh sikit/ jauh banyak dari jalan yang biasa anda gunakan, tapi apalah kiranya sangat nilai penat jalan tu dengan harga keselamatan diri anda.

Misalnya, laluan belakang Istad dari MTA <-> Salam agak berbahaya pada waktu malam. Jadi ana cadangkan untuk anda gunakan jalan utama, melintasi pintu masuk utama Mustasyfa Saidnawi dan Istad Gamaah.

8. Akhwat jangan terpisah jauh semasa dimusyrifkan. Hal ni mungkin nampak remeh je, tapi boleh dikira penting jugak. Sebabnya, andai anda (akhawat) terpisah jauh dari kelompok, ni menyusahkan musyrif memerhatikan anda. Selama ni mungkin ada yang pandang remeh je, tapi sekiranya ada beg akhawat yang diragut, dan masa tu jarak mangsa dengan musyrif dalam 15 meter, tak ke kalut + penat musyrif tu nak kejar. Jadi, jaga jarak anda okayy.

Lagi satu, masa nak hantar akhawat dari rumah ke rumah tu, pastikan akhawat tersebut masuk ke dalam imarah berkenaan dulu. Boleh jadi dah ada orang yang tunggu untuk sambar anda (nauzubillah), sejurus anda hilang dari pandangan musyrif.

9. Bawa alat perlindungan/ senjata. Tertarik dengan kata-kata pengerusi JAKSI semalam (11/3/13), bawalah apa-apa barang yang boleh dibuat senjata, misalnya batu, pemacu skru (screwdriver), spanar etc. Sekiranya mampu, elakkan bawa pisau atau alatan tajam. Sebabnya, takut-takut kita pulak yang didakwa sebagai pihak yang menyerang, sedangkan niat tulus kita adalah untuk mempertahankan diri dan maruah.

***

Khulasahnya, jom kita semampu boleh, elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendorong (induce) orang lain untuk mencabul hak/ barang/ diri kita. Ramai antara kita yang hanya tahu merungut/ bising-bising/ mengeluh etc selepas berlakunya kes-kes jenayah ni.

Apa yang ana nampak, kebanyakan dari kita tak sedar pun apa yang bahayanya berjalan berseorangan, keluar tanpa musyrif, tunjuk gajet mahal-mahal dan sebagainya. Mungkin bagi mereka, mereka hanya sahkan keadaan di bumi Zaqaziq ni bahaya sekiranya mereka sendiri yang jadi mangsa.

Takkan nak terhantuk baru nak terngadah, kan?

***

Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yang bermaksud:

“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.”

Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa dalam perancangan-Nya yang baik sahaja. Semoga kita sentiasa dalam jagaan-Nya, baik ancaman dari luar ataupun dari dalam diri kita sendiri.

***

Jom, cakna!

___

Nota kaki:
Ana tahu dan sedar, ana baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Zaqaziq ni tak lebih dari tempoh 6 bulan. Cumanya, ana kira, tulisan ana di sini adalah sebagai tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain. Jadi yang demikian, ana dengan rendah diri dan rendah hati, memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris dengan penulisan ini. Sebarang komen dan ulasan dari anda amat dialu-alukan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s