Cari Kebenaran : Ini Kalilah!

Makin lama, makin naik benci. Makin naik menyampah. Bukan apa, media yang ada, 200% diguna untuk bias, berat sebelah pihak kerajaan. Yang sedia ada sokong kerajaan tu, dah tengok media bias macam ni, tak terfikir ke yang kerajaan sedia ada ni memang dah lama gunakan media untuk jatuhkan pihak lawan semata-mata? Padan lah, kalau buat analisa berita kat TV 3 tu, confirm mesti ada berita yang hentam negeri-negeri di bawah pembangkang. Apa semua benda kat negeri bawah pimpinan BN sudah perfect kah?

***
Astaghfirullah.
Bukan nak memburukkan keadaan. Cuma nak bagitahu, inilah masanya kita (Muslim) nak cari kebenaran.

image

Bukanlah kebenaran itu milik mana-mana parti atau hanya dari nama-nama individu yang gah, tetapi kebenaran yang hakiki pasti milik Allah. Adalah menjadi kewajipan semua Muslim untuk cari siapakah dan parti manakah yang lebih layak diundi dan disokong.

***
Okay. Bila sebut pasal cari kebenaran, tak diragui, memang susah untuk cari kebenaran yang sebenar. Apatah lagi bila kita berada di hujung usia dunia ini, di mana kebenaran dan kepalsuan ditonjolkan dengan warna yang hampir sama. Tidak nampak putihnya dan tidak jelas pula hitamnya, tetapi warna kelabu yang samar-samar yang banyak kelihatan.

Namun, andai benar kita mengkaji dari sudut Islami, kebenaran dan kebatilan pasti tidak dapat dicampur aduk. Mana mungkin makanan yang haram boleh dihidangkan sebagai santapan bersama makanan yang sudah sah halalnya.

Sebagai syabab (belia), untuk kita melihat kebenaran yang sebenar, sudah pasti kita akan merasa keliru. Kerana, dengan adanya kemudahan teknologi dan internet seumpamanya, kesahihan sesuatu berita itu semakin sukar untuk dipercayai. Orang sudah langsung tidak mempercayai berita yang dibawa dari internet hatta mahu mendengar atau melihat sendiri perkara yang diketahui dengan telinga dan matanya sendiri! Yang lebih menghairankan, pabila setiap berita yang menyebelahi puak atau parti sendiri, tanpa usul periksa, semuanya disokong! Lincah di lidah, yang aku betul yang engkau salah!

Adakah ini jenis Muslim yang benar-benar mencari kebenaran?

Adakah jenis inilah yang mendakwa sudah menjalankan amanah Allah, dengan menjalankan amar ma’ruf nahi munkar?

Fikirkan.

***
Baik.

Kita ketepikan dahulu berita-berita penyelewengan duit kerajaaan, isu-isu kroni dan taikun besar, harga minyak dan sebagainya; kerana hal ini lebih memerlukan fakta yang sah, bertulis dan boleh dirujuk oleh kedua-dua pihak. Jika kita masih lagi bertekak mengenai fakta-fakta ini, ana rasa tidak akan ada hujung kerana masing-masing pasti tidak berpuas hati dengan bukti yang dibawa oleh pihak lawan.

***
Dalam Muwasafat Tarbiyah ada menyebut mengenai Salimul Aqidah dan Sahihul ‘Ibadah dan juga mengenai akhlak yang baik. Ironinya kepada Muslim, 3 perkara asas ini saling bersangkutan dan tidak boleh diasing-asingkan.

Analoginya, ibarat sebuah pokok, aqidah itu umpama akarnya. Jika sejahtera dan sihat aqidahnya, lazimnya pasti akan menumbuhkan tunas yang lama-kelamaan menjadi batang yang kuat dan kukuh, yang diumpamakan seperti ibadah. Hasil dari ibadah yang sahih, maka timbullah cabang-cabang, dahan-dahan dan pucuk-pucuk yang akhir sekali akan menghasilkan buah akhlak yang sangat ranum. Buah yang baik dan membaikkan.

Apa ironinya kepada Muslim akan analogi ini?

Baik, mari kita perhatikan. Aqidah yang sejahtera akan membuatkan seorang Muslim itu untuk melakukan ibadah. Kerna, dalam hatinya itu, sudah ada rasa kehambaan kepada Tuannya, lantas dia sanggup melakukan apa jua perintah dan meninggalkan apa jua larangan yang disyariatkan. Kesan daripada itu, disebabkan rasa kehambaan itu jua, dia sedar bahawa akhlak yang baik mesti dilakukan kepada semua makhluk termasuk kepada diri sendiri.

***
Aqidah. Ibadah. Akhlak.

Orang yang tidak mempunyai aqidah pasti tidak menjalankan ibadah dengan baik. Dan orang yang tidak menjalankan ibadah dengan baik dan sahih, pastinya akan menguntumkan akhlak yang tidak elok.

Jadinya, dalam mencari kebenaran, pastikan 3 elemen ini dipegang teguh oleh calon atau parti yang diwakilinya!

Maka, kita amati sekali lagi. Andai aqidah seseorang itu tidak sejahtera, hanya Dia dan hatinya yang tahu, karena itu adalah urusan mereka. Andai ibadah mereka tidak sahih, dilakukan dengan lewa, bermuka-muka, itu pun hanya Dia, dirinya dan orang-orang yang terdekat (keluarga dan kawan) sahaja yang tahu. Namun, apabila berbicara mengenai akhlak, semua orang akan tahu, kerana akhlak ini adalah perkara yang tidak boleh dilakonkan!

***
Para pengundi dan penyokong!

Bukankah kita sudah boleh membuka mata? Cukuplah dengan 55 tahun yang terpejam.

Kita tahu, pihak sana menggunakan media sehabis-habisnya untuk menghina dan membantai pihak lawan yang langsung tidak diberikan peluang untuk membalas hujah.
Kita tahu, pihak sana sudah mula mengumpul si kaki pukul, untuk menakut-nakutkan rakyat, andai ada yang menyokong pembangkang, merekalah yang mendakwa diri mereka sebagai Tuhan pemberi bala.
Kita tahu, mereka jugalah yang bila sudah dihimpit, mulalah menawarkan politik sempit. Politik adalah untuk ahli politik, harta negara dirembat, rakyat negara merempat.
Kita tahu, bila mereka sudah kehabisan hujah, mulalah mereka melancarkan politik lucah. Tanpa malu, video di ranjang direka dan disebarkan kepada umum, hanya untuk menjatuhkan maruah.
Kita tahu, semasa di negeri kita melaungkan kebesaran memuji Allah, merekalah yang menabur fitnah negeri itulah yang termiskin, tinggi kadar HIVnya dan bermacam-macam.
Kita tahu, sewaktu kita mengajak orang untuk kembali kepada Allah, merekalah yang menjemput penari-penari neraka untuk menghiburkan mata dan nafsu manusia dengan hiburan yang melalaikan.
Kita tahu, sewaktu merekalah yang mengatakan daulat untuk Melayu, Islam eksklusif untuk mereka, mereka jugalah yang riuh mengadakan sambutan raya berganda seperti DeepaRaya dan Gong Xi Raya.
Kita juga tahu, itu dan itu..
Kita juga tahu, ..
Ah, banyakk!!

Wahai pengundi dan penyokong, adakah jenis ini pemimpin yang anda sanggup beri amanah untuk 5 tahun yang akan datang?
Kalau benarlah anda penyokong BN tegar, dipotong salur darah mengalir darah biru sekalipun, tolonglah pertimbangkan undi anda, sekurang-kurangnya untuk anak, isteri, keluarga, sahabat dan semua Muslimin yang mengasihi anda.

***
Kalaulah masih ada yang bertanya, wajarkah diundi calon yang bukan Muslim berbanding calon Muslim? Wujudkan kerjasama antara orang Islam dengan orang bukan Islam?

Mari kita review balik sirah Rasulullah.

Baik, kita ambil satu contoh ini. Rasulullah telah menggunakan seorang jurupandu bukan Islam semasa penghijrahan baginda dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Bukankah penghijrahan itu besar maknanya kepada umat Islam pada waktu itu? Hijrah itu menentukan masa depan Islam bukan? Namun, ada hikmah besar di sebalik kejadian ini. Ketahuilah, bahawa jurupandu bukan Muslim itu, ada akhlak yang baik, amanah dirinya dan arif lagi pengetahuannya.

Ironinya di Malaysia, calon bukan Muslim yang amanah lebih layak dipilih berbanding calon Muslim yang khianat. Andai ada lagi yang bersuara, apa kaitan mengundi pemimpin dengan dosa dan pahala? Maka sedarlah, sedangkan mencuci najis dengan tangan kiri pun sudah mendapat pahala, inikan pula dengan memilih pemimpin.

***
Oleh itu, sedarkah kita, anda lah yang mampu mengubah nasib dan imej Islam! Jika masih tidak layak mengundi, pastikan anda menyokong pergerakan Islam yang sah.

Menjadi Muslim bukan hanya pada nama untuk dipanggil atau ditulis di dalam kad pengenalan, tetapi biarlah hidup sebagai Muslim, benar-benar dipandu oleh syariat Islamiah.

Biar kita hidup sebagai ulama’, mati kita sebagai syuhada, dan bangkitnya kita kelak bersama para anbiya’.

Jom, beri sokongan kepada yang benar!
Kita tawan Putrajaya!
Kita tawan Putrajaya!
Kita tawan Putrajaya!

Takbir, Allahu Akbar!

***
Khas untuk sahabat-sahabat yang tidak sehaluan dalam politik kepartian, usah kita bertelagah.
Mari kita semua mencari yang benar, jauh sekali mencaci yang salah, menyerah kepada-Nya dengan hina dan lemah; agar dapat kita bersatu di Jannah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s