Post GE 13 Words

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.

***
image

Dengan berakhirnya sudah Pilihan Raya Umum 13 hari ini, maka tamatlah sudah debaran rakyat Malaysia yang sudah pasti tertanya-tanya siapakah gerangan yang akan mentadbir negara Malaysia yang kita sayangi ini. Bermacam-macam senario menarik dapat kita lihat dari seluruh pelosok tanah air; melihatkan penyokong parti yang galak mengibarkan panji parti mereka, berkempen, baik sebelum pilihanraya mahupun selepas keputusan diumumkan pihak berkenaan.

9Ala kulli hal, sekalung tahniah; mabruk alaikum kepada semua pejuang yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Islam, yang mampu membawa rakyat di bawah lebih dekat dengan Maha Pencipta.

Memetik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Ust Fadhil Noor, ‘Setiap kali kita masuk pilihanraya, kita sudah menang. Sekiranya kita tidak menang dalam pilihanraya sekalipun, kita sudah menang dalam perjuangan.’

Ya, memang benar. Kemenangan dalam perjuangan bukanlah semata-mata mencari kemenangan di mata manusia, tetapi kemenangan dan redha Allah itu sendiri jauh lebih berharga. Ingatlah, kita tidak menang dalam PRU kali ini, bukanlah disebabkan pihak lawan berhak untuk menang, tetapi Allah masih belum meniupkan kemenangan kepada kita. In shaa Allah, andai usaha yang gigih masih diteruskan, yakin dan pasti, pucuk pimpinan Malaysia akan berubah suatu hari nanti.

Penat lelah kita sebagai pemuda yang berjuang untuk agama hari ini, tidaklah setanding dengan mereka yang telah berjuang untuk agama dan negara sejak puluhan tahun dahulu. Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang misalnya, sudah lama berkecimpung dalam bidang politik ini, sudah masak dengan permainan pilihanraya oleh pihak lawan. Andai kita sebagai pemuda hari ini sudah tidak mampu bersabar dengan karenah dan mehnah sebegini, apakah kita yakin Allah akan menurunkan kemenangan hakiki kepada kita kelak? Pasti, setiap dugaan yang menimpa, ada hikmah di sebaliknya.

Untuk pemuda dan pemudi yang berjuang di jalan Allah, kita berjuang bukan atas dasar parti. Tetapi kita berjuang atas paksi kebenaran; yakni menghapus kezaliman dan mendirikan keadilan. Jauh sekali dari berpaksikan kronisme dan membudayakan hedonisme. Justeru ingatlah, walaupun keputusan PRU sudah diumumkan, tidak bermakna kita boleh menutup mata bersilang kaki, dengan rehat daripada medan dakwah. Politik kepartian ini adalah hanya satu cabang dakwah, sedangkan dakwah itu sendiri merangkumi pelbagai hal. Teruskan berkempen; kempen mencari kebenaran. Biarlah pada zahirnya kita berbeza dari sudut parti politik, namun akhirnya biarlah kita pasakkan diri kita dengan aqidah yang benar-benar sejahtera di samping terus melakukan ibadah yang sahih lagi diberkati. Lebih cantik, sekiranya kita lakukan akhlak yang baik, tak kira tua atau muda, miskin atau kaya dan sebagainya. Ingat, tanpa akhlak yang indah dan mulia persis Rasulullah, kita tidak ubah seperti mereka yang bergelar macai.

Kepada pengundi, tahniah kepada anda kerana telah menjalankan kewajipan anda untuk memilih pemimpin. Namun harus sentiasa ingat, setiap pangkahan anda menentukan nasib negara pada masa akan datang. Bagi yang telah memilih pemimpin yang layak, semoga anda mendapat rahmat dari Allah. Namun jika sebaliknya, mungkin pilihan anda itu akan menatijahkan kesan yang buruk kepada generasi akan datang. Lebih malang lagi, jika anda didakwa bersubahat atas memilih pemimpin yang sudah terbukti zalim di akhirat kelak. Dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubah nasib mereka.

Kepada penyokong mana-mana parti pula, biarlah sokongan anda terhadap parti itu berpaksikan Islam dan berjuang atas dasar kebenaran. Apalah gunanya jika masing-masing mahu bertekak hatta memutuskan silaturahim dek urusan politik sebegini. Mencari jalan yang benar menuju Allah adalah wajib bagi setiap Muslim, tanpa mengira fahaman politik ataupun mana-mana ideologi. Malanglah sekiranya anda (penyokong parti) menyokong dengan penuh ketaksuban; semata-mata mahu mendapat keseronokan dunia semata-mata; misalnya menyokong satu parti itu yang menyokong pergaulan bebas antara jantina, menghalalkan acara-acara maksiat, memperlesenkan kelab-kelab judi dan pusat pelacuran, menekan yang lemah dan menyanjung yang kaya, mempermainkan hukum-hukum Allah yang telah jelas nyata di dalam al-Quran dan sebagainya.

Seperkara lagi, bagi pengundi atau penyokong gagasan parti yang telah diberikan amanah untuk memimpin, sekiranya mereka berlaku zalim dengan tidak berlaku adil dengan semua rakyat di bawah pimpinan mereka, maka wajib bagi kamu (pengundi pemimpin tersebut) untuk menegur atau memperbetul kekhilafan yang dilakukan mereka. Kamu sebagai pemilih juga, mestilah menjadi saksi kepada kata-kata manis pemimpin pilihan kamu, supaya manifesto yang ditaburkan tidaklah menjadi sia-sia; seperti anak-anak ayam yang ditaburkan beras hanya ketika diidamkan isinya.

Amanat untuk pemimpin. Kamu telah dipilih oleh rakyat yang menjadi tulang belakang kamu. Ingat, kuasa pentadbiran yang agung dan kekal hanyalah milik Allah. Dia berhak menarik dan memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Kamu sebagai pemimpin, menanggung amanah yang berat. Maka, berlaku adillah. Berlaku adillah. Berlaku adillah, supaya kamu tidak menanggung dosa akibat penderitaan yang ditanggung orang di bawah kamu. Ingatlah, sebelum pilihan raya, pelbagai manifesto telah kamu janjikan. Segala idea yang ‘tulen’ telah kamu rencanakan, maka jalankanlah perancangan kamu. Nantilah, jika kamu semata-mata membodohkan dan mempandirkan rakyat hanya untuk meraih undi, satu hari nanti, kamu pasti akan jatuh tersungkur dengan hina. Ingat, seagung mana binaan Piramid di Giza, akhirnya mati juga Firaun ditelan ganasnya Laut Merah.

***
Oh semua. Takutlah kita kepada Allah. Ingatlah, bahawa satu hari nanti kita akan menghadap-Nya. Membawa apa bekalan semasa hidup di dunia. Alangkah indah bagi mereka yang punya modal untuk diniagakan kerna telah berjihad atas panji kebenaran. Dan, celakalah bagi mereka yang berjuang atas kemaksiatan.

PRU sudah tamat. Kembalilah kepada fitrah.
Jangan sebab pilihanraya, putusnya ukhuwah. Kemenangan yang sebenar bukanlah kemenangan di dunia ini, tetapi sang juara sebenar akan mengecap kemenangan hakiki di syurga kelak.

***
‘Dengan mengingati Allah, hati kamu akan menjadi tenang…’ – ar-Ra’du : 28

***

Nota: Masih terfikir, adakah PRU-14 nanti, kerajaan hari ini masih mengekalkan taktik yang sama; cipta parti baru untuk pecah undi, bawa masuk pengundi Bangladesh, guna dakwat tak kekal dan padam elektrik semasa pengiraan undi; atau muncul Saurah versi Malaysia (Malaysian Spring) ? 🙂

TAKBIR, ALLAHU AKBAR!!

Advertisements

One thought on “Post GE 13 Words

  1. Bersangka baik. InsyaAllah Malaysia 5 tahun akan datang takkan sama seperti sekarang. Tanggungjawab kita sebagai rakyat bukan takat mengundi, pilih kerajaan saja, kita yang bertanggungjawab mencorakkannya. Mana yang salah, tegur. Kan ke pemimpin yang zalim tu muncul akibat rakyat yang zalim? 😀 Peace hehe.

    Salam dari Indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s