Serahkan pada yang Pakar!

‘Serahkan pada yang pakar!’

***
Ini tagline, bukan sebarang tagline. Cuba dalami, hayati dan fahami.

Ironinya, tagline ni menggambarkan betapa pentingnya untuk kita menyerahkan sesuatu perkara yang bukan hak kita kepada yang lebih berhak dan layak!

Masakan tidak, syarikat Harpic menggunakan tagline ini untuk menarik pelanggan kerana yakin bahawa mereka adalah pakar dalam membersih dan mencuci mangkuk tandas!
image

***
Sebenarnya, tagline ini membawa satu maksud yang mendalam.

Untuk mengakui akan kelemahan dan keterbatasan pengetahuan, seseorang itu pasti dihalangi dengan rasa sombong andai tidak diatasi dengan rasa rendah diri. Adalah lebih mudah untuk berkata ‘Aku tahu ini, aku tahu itu’, berbanding dengan tunduk mengakui ketidaktahuan sesuatu perkara.

Akhirnya, masalah yang remeh menjadi rumit, yang mudah menjadi susah dek sikap serba tahu ini. Akhirnya juga, yang telah rumit merumitkan, dan yang telah susah menyusahkan kerana sikap bodoh sombong ini.

Perasaan serba tahu ini tidak ada baiknya kerna ia mendidik hati yang lembut menjadi keras bak batu; perasan tahu segalanya. Sedangkan, pengetahuan yang ada tidaklah seberapa. Bak melihat air di dalam gelas, ilmu tidaklah sedalam mana, cuma terbias oleh kesombongan.

***
Andai seorang penghantar pizza ditugaskan untuk menjadi seorang pemandu teksi, dia tidak boleh mengambil jalan yang biasa dilaluinya dengan motosikal menggunakan teksi.

Masih, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan pengetahuan mengenai jalan yang biasa ditempuh, walaupun kedua-duanya memerlukan kemahiran membawa kenderaan.

Apatah lagi jika pekerjaan penghantar pizza dan pemandu teksi ini diganti oleh seorang juruterbang.

Kita lihat dewasa ini, sudah ramai orang yang bukan ahlinya berbicara mengenai sesuatu yang bukan dalam jangkauan ilmunya.
image

Contoh, orang awam sudah mula melatah mengenai isu vaksin. Seorang doktor yang mencadangkan pengambilan vaksin ditentang habis-habisan, walaupun beliau sememangnya berkelayakan untuk berbicara mengenai hal tersebut.

Biarpun individu lain yang terlibat sama dalam sektor kesihatan (misalnya farmasis) sekalipun tidak berhak mempersoal pendapat sang doktor, melainkan dengan punya ilmu. Apatah lagi jika yang mempersoal itu orang awam yang tiada kaitan langsung dengan bidang kesihatan.

***
Sebenarnya, bukan kes vaksin sahaja, golongan ‘superhero’ ini muncul. Bahkan bila terbitnya masalah dalam bidang agama, politik, muamalah dan sebagainya, timbullah pelbagai solusi yang dipancarkan dari pertimbangan akal dan bukan dari neraca wahyu.

Penting, amat penting untuk yang tidak tahu berkata tidak tahu, dan yang tahu memacu yang lain untuk menjadi tahu.

Kita tidak mahu masyarakat yang mahu melabelkan dirinya sebagai ‘penyelesai masalah’, tetapi kita mahu individu yang mengkaji masalah dan bagaimana mahu menyelesaikannya.

***
Sekiranya ‘hidup’ lagi golongan ‘superhero’ ini, dunia pasti tidak akan tenteram bahkan semakin lama semakin merana dek ‘superhero’ yang palsu.

Superhero palsu hanya menjadi penyelesai masalah apabila bersut, tetapi hero yang sebenar boleh menyelesai masalah yang kusut apabila berilmu.
image

Buangkanlah ego jauh-jauh. Akuilah yang aku hanya arif pada ini dan tidak pada yang itu.

Hanya dengan itu, yang mudah akan memudahkan dan yang sulit tidak menyulitkan.

***
‘Serahkan pada yang pakar!’

Advertisements

One thought on “Serahkan pada yang Pakar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s