Islam : Melayukah?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

***
Islam bukan milik Melayu;
dan Melayu bukan milik Islam.

Melayu mulia kerana agamanya;
dan Islam bukan tertakluk pada mana-mana bangsa.

Betul, bukan?

Upin dan Ipin

Upin dan Ipin

Tapi..
Cuba kita perhatikan sekeliling.

Kita mendapati bahawa satu agama itu milik satu kaum tertentu.

Sebagai contoh, lihat sahaja kartun Upin dan Ipin. Bagaimana watak Upin dan Ipin yang berbangsa Melayu, watak Jarjit SIngh yang berbangsa India Punjabi dan Mei Mei yang berbangsa Cina; masing-masing dengan agama Islam, Hindu dan Buddha.

Ya, kita memang meraikan negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Tidak salah untuk mengatakan bahawa kebanyakan orang Melayu itu Islam, kebanyakan orang Cina itu beragama Buddha dan kebanyakan orang India itu beragama Hindu; kerana kebiasaannya adalah seperti demikian.

Cuma, bukankah lebih kreatif jika dilakonkan watak Upin dan Ipin itu dari bangsa yang bukan Melayu, misalnya dari bangsa Iban, Kadazan atau Cina atau India yang beragama Islam? Sekurang-kurangnya, tidaklah dikatakan Islam itu eksklusif hanya untuk orang Melayu sahaja!

Contoh yang lain, program Imam Muda yang hampir kesemua pesertanya adalah Melayu Muslim. Ya, sekali lagi ditegaskan, tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka, kerana mereka selayaknya untuk menyertainya rancangan realiti tersebut.

Setelah dipromosikan oleh media, seolah-olah rancangan Imam Muda ini hanya eksklusif untuk belia Muslim yang berbangsa Melayu!

Kita terlalu dijuzuk-juzukkan dengan bangsa dalam kehidupan kita ini. Bahkan dalam kehidupan selepas mati, setiap bangsa juga punyai hantu atau pontianak yang tersendiri. Melayu dengan pontianaknya, India dengan hantu jelmaan dan Cina dengan hantu lompat-lompat! Lebih menarik, jemaah hantu ini juga mengganggu mangsa mengikut kaum masing-masing!

Sungguh vernakular hantu-hantu ini!

Oh, apakah?!

mr vampire 2

Dan contoh-contoh yang lain boleh kita ambil dari sekeliling kita..

***
Sedarkah kita, bahawa kita sudah lama didoktrin bahawa Melayu itu Islam, Cina itu Buddha, India itu Hindu dan etnik minoriti di sebahagian tempat itu beriman dengan kepercayaan di tempat itu sendiri?

Dan kita juga sedari bahawa bangsa Melayu itu teruk akhlaknya, baik dari kes penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut, rompak samun dan sebagainya..

Dan kita juga sedia maklum, bangsa selain Melayu, sering dikedepankan, baik dari sudut sosial, ekonomi, politik, pengurusan, akademik dan sebagainya..

Tahukah kita apa puncanya?

MEDIA!

***
Sebenarnya, bangsa Melayu itu tidaklah sehina seperti yang ditulis di dada-dada akhbar; dan bangsa selain Melayu tidaklah semulia seperti yang sering kita bayangkan.

Percayalah,
di sebalik setiap individu dan di belakang satu kelompok masyarakat,
pasti ada sudut gelap masing-masing yang tidak ingin dikongsi.

***

“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.”
[3:19]

“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang merugi.”
[3:85]

Manusia itu mulia kerana Islam.

Tidaklah mulia kerana bangsa, seperti mana yang dilakukan oleh bangsa Yahudi, yang mendakwa bangsa mereka adalah pilihan tuhan dan bangsa bukan Yahudi (Goyim) adalah umpama haiwan ternakan;

dan bukan juga seperti Syiah Nusairiyah (seperti mana anutan rejim Bashar di Syria) yang mendakwa agama selain mereka, darah mereka halal dan layak ditumpahkan.

***
Kembalilah kepada Islam secara keseluruhannya.

Dan ingatlah wahai jiwa yang bergelar Muslim!

Ingatlah, nama ‘Islam’ itu bukan jenama Melayu.

Dan janganlah kita memandang aneh saudara baru yang baru sahaja kembali kepada agama fitrah iaitu Islam. Sesungguhnya, agama Islam ini ialah agama mereka yang sebenarnya dan sebenar-benarnya. Setiap jiwa itu dilahirkan suci, dan hanya Islamlah agama yang suci. Agama yang HAQ.

Juga, pada jiwa yang sudah lama bergelar Muslim.

Jaga-jagalah kita daripada memberatkan saudara baru dengan perkara fiqh dan syariat.

Cukuplah dengan perkara asas yakni perkara berkaitan aqidah sahaja. Lama-kelamaan, pabila saudara baru kita itu sudah mengecapi kemanisan iman, in shaa Allah, mereka sendiri akan merasai betapa indahnya syariat yang telah diperintahkan oleh Allah melalui teladan Rasulullah.

Sebagai muqaddimah, cukuplah dengan hanya menanam keyakinan bahawa Allah itu satu, Dia itu tidak bergantung kepada apa-apa makhluk dan Dia tidak beranak mahupun diperanakkan (isi-isi surah al-Ikhlas).

Biarkan keimanan sebenar benar-benar terpasak dalam diri mereka dahulu, sebelum kita suburkan dengan pohon-pohon ibadah dan buah-buahan akhlak.

***

Kembalilah kepada Islam kepada keseluruhannya.

Baik Muslim ataupun;
not-yet-Muslim.

***
Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s