Guideline untuk yang Senasib

Bismillah.

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah yang masih menyambung nyawa untuk terus hidup pada hari ini. Ya Allah, kurniakan kepadaku kekuatan untukku menebus dosa-dosa lalu dan melakukan yang terbaik untuk mencapai syurga-Mu.

***
Well. Dengar cerita result A-Level dah keluar minggu lepas. Yang berjaya lepas cut-off point program masing-masing, beribu-ribu tahniah untuk anda. Yang dapat point lepas-lepas je (minimum seperti yang JPA atau penaja lain nak), tahniah jugak, sebab anda masih dalam tajaan JPA dan sebagainya. Dan golongan ketiga, yang dapat bawah cut-off point minima, tahniah jugak untuk anda, sebab kertas exam anda yang banyak-banyak tu berjaya ditanda oleh pemeriksa di UK sana. Tak semua tau yang ambik exam tu dapat result dia. Bersyukurlah, okay. 🙂

keep-calm-and-la-tahzan-6

La tahzan.

Dulu aku pun dalam golongan yang ketiga tu.

Bagi yang dah dapat tempat tu, please be grateful okay. There’s so much people here need your place in IPT (local or oversea).

***
So, apa aku nak buat sekarang ni?

Haa. Dulu, aku pun blank apa aku nak buat lepas dapat A-Level ni (dulu aku dapat 9 mata SAHAJA J ).

Meh sini.

Ada tips nak share untuk kalian yang mungkin dalam kebuntuan, based on my little experience on it.

***
Hokayy.

Pertama sekali, (Muslim only) buat solat sunat banyak-banyak; lebih-lebih lagi solat sunat istikharah. Doa dengan Allah, mohon agar hati dikurniakan ketenangan. Lebih penting, mohon supaya ditunjukkan jalan keluar daripada kebuntuan ni. Dan pada masa ni jugak, anda perlu untuk tanya diri sendiri balik, adakah betul anda betul-betul mahu jadi doktor (betul-betul mahu jadi seorang doktor; tak kira apa jua halangan dan cubaan; atau sekadar mahu jadi doktor disebabkan anda hanya minat Biologi, tak suka kepada Engineering, ataupun disebabkan doktor punyai gaji yang lumayan) ataupun anda hanya terikut-ikut dengan sekeliling.

focus

Ingat, factor pertama ini sungguh amat penting sekali. Once you jump into 1st year degree of medicine, you will regret if medicine is not your truly choice. Anda boleh berundur dan tukar untuk ambik course lain, tapi percayalah, anda akan menyesal kerana lambat buat keputusan. Jangan bazir masa, decide sekarang.

Baik. Sekiranya anda sememangnya mahukan doktor sebagai future job anda, maka tetapkan niat dan pasakkan azam bersungguh-sungguh untuk jadi seorang doktor. Ingat, kerjaya seorang doctor memerlukan kecemerlangan yang menyeluruh, baik daripada akademik, sahsiah bahkan juga rohani.

***
Selepas anda dapat result A-Level tu, anda boleh call JPA untuk pastikan ke mana haluan anda selepas ni. Masa ni, kebiasaannya memang susah untuk call JPA, sebab ramai orang yang nak berurusan dengan JPA (khususnya kepada pegawai yang in-charge program anda). Jadi, mahu tidak mahu, tebalkan kesabaran dan tebalkan muka anda, untuk terus menelefon dan bertanya mengenai status anda ini. Jangan sombong atau malu tidak bertempat; kerana anda perlu sedar bahawa sekarang ini status anda umpama abu di atas tunggul; boleh sahaja diberhentikan kontrak oleh JPA pada bila-bila masa. Lebih malang lagi, sekiranya anda buat sesuatu yang bukan-bukan, anda mungkin boleh dikenakan bayaran semula bagi biasiswa sepanjang anda berada di pusat persediaan.

focus1

Soalan yang wajar ditanya kepada pihak penaja (JPA; misalnya):

Apakah status anda sekarang?

Adakah anda masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kontrak?

Adakah anda masih terikat dengan JPA?

Adakah JPA akan menaja saya di …(IPTA)… ini dengan …(course)… ini? Jika tidak, apakah alternative?

Boleh tak JPA keluarkan satu senarai IPT mana yang dibenarkan untuk buat permohonan? Dan untuk course apa?

Kalau divert course saya ni; dari IMU ke Indon atau ke Mesir boleh ke?

Boleh tak JPA angkat bila saya call?

Berdasarkan pengalaman, anda masih lagi terikat dengan JPA. Buat masa ini, anda perlu untuk bertanya kepada JPA, di manakah tempat yang layak untuk anda sambung belajar. Contoh; jika anda membuat program berkembar IMU, anda perlu bertanya di manakah IPT yang menerima keputusan seperti anda. Tanya kepada pihak penaja dengan JELAS, supaya mereka benar-benar tahu dan memahami keadaan anda.

Biasanya, JPA akan mencadangkan beberapa tempat untuk anda sambung belajar. Tapi AWAS! Hanya sesetengah IPTS sahaja yang ditaja oleh JPA (JPA menaja semua IPTA). Sebagai contoh; anda memohon kursus Medicine di MSU, tetapi JPA hanya menaja program Nutrition di MSU dan bukannya Medicine. Jadi, diingatkan, anda tidak dibenarkan untuk menyambung Medicine di MSU kerana anda masih terikat dengan kontrak JPA.

Tidak dapat tidak, anda perlu menyelidik setiap IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus yang anda inginkan dengan penuh sabar dan tekun. Diingatkan juga, bahawa anda perlu bertindak dengan kadar yang segera; dapatkan maklumat yang sah daripada autoriti (tidak cukup dengan hanya bertanya dengan kawan atau senior sahaja), jika perlu, telefon pejabat pendaftar universiti (lebih baik berbanding emel) dan sebagainya. Pastikan anda letakkan pergantungan bukan kepada pegawai pendaftar tersebut, sebaliknya letakkan tawakkal anda hanya kepada Allah swt.

Sila ambil perhatian jugak ya.

Dalam berurusan dengan JPA dan pendaftar di IPTS dan IPTA ni, anda perlu ingat yang anda sekarang ini berlumba dengan masa. Anda dapat result A-Level pada pertengahan bulan Ogos (misalnya), dan anda ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mohon tempat di IPTA. Ini disebabkan, biasanya, intake di IPTA adalah pada bulan September dan Februari. Jadi, sekiranya anda mahu memohon di IPTA, pastikan segalanya berjalan lancar. Bila masuk bulan 9, susah sikit nak apply sana sini, sebab kebanyakan IPTA dah tutup permohonan (congested dan dah penuh; disebabkan intake baru).

Berdasarkan pengalaman jugak, sekiranya nak apply dengan IPTS, pastikan anda tanya jugak IPT tu, adakah course itu dibenarkan oleh JPA atau tidak. Dan lebih penting lagi, anda tanya JPA untuk pastikan adakah anda dibenarkan untuk sambung pengajian di situ. Jika tidak, pastikan anda punyai backup plan. Orang putih kata, If plan A fails, use plan B. If plan B fails too, do not worry, because you still have another 24 letters to be used.

plana-planb

Take this into note also okay.

 Masa nak buat permohonan, misalnya online application ni, biasanya IPT (IPTS khususnya) akan mintak wang (anda perlu untuk bayar; RM 100 cth) sebagai bayaran untuk proses permohonan anda. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya anda gagal dalam permohonan ataupun sebaliknya. Bayangkan jika anda mohon 10 IPT, 10 X RM 100 = RM 1000. Banyak jugak duit yang anda nak pakai tu. Jadi, pertimbangkan dulu permohonan anda sebaik-baiknya.

Hanya mohon course yang anda minat dan nak proceed, serta yang ada prospect for the university to approve your application.

***
Banyakkan selawat dan beristighfar ya kawan-kawan.

Apa nak buat kalau semua IPT tolak permohonan aku?

JPA bagi aku sambung course ni kat IPT ni, tapi points aku pulak yang tak lepas. Jadi macam mana ni?

Semua dah okay dah, IELTS pulak tak lepas. Cemano?

Baik. Bagi soalan pertama, kena jawab soalan kedua dan ketiga dulu.

Kalau JPA dah restu tempat dan course untuk anda sambung belajar, cuma markah yang anda dapat pulak yang tak merestui perjalanan hidup anda tu; anda ada tiga pilihan.

Pertama, rayu serayu-rayunya kepada pendaftar tu supaya terima anda walaupun anda tak lepas itu dan ini. Ceritalah macam mana anda dicadangkan oleh JPA, dan pengorbanan hidup dan mati anda. Lagi kreatif ayat anda, lagi cerah peluang untuk permohonan diterima.

Kedua, anda boleh memilih untuk repeat/ resit balik exam yang anda tak lepas tu. Contohnya, anda tak lepas IELTS atau MUET, anda boleh resit ujian tu. Memang kena bayar on your own, but that is really for the sake of your future. Apalah ruginya jika anda habiskan beratus-ratus ringgit untuk penuhkan hajat untuk jadi seorang doktor. Untuk repeat exam A-Level, tak pasti pulak sama ada boleh resit paper atau kena resit the whole subject you took. Pasal ni, tanya kepada authority (tanya coordinator A-Level INTEC; minta tolong kalau-kalau beliau boleh tolong anda). Tapi surely, pilihan kedua ni mengorbankan masa dan duit anda dengan banyak.

termination

Pilihan ketiga, anda beranikan diri sendiri; tamatkan kontrak dengan JPA. Untuk buat keputusan ni, memang kena ada keberanian yang unggul dan persiapan yang rapi. Kebiasaannya (according to my own experience and my colleague’s), bila anda tamatkan kontrak dengan JPA, anda tidak perlu untuk bayar balik segala perbelanjaan yuran dan biasiswa sepanjang anda berada di pusat persediaan.

***
Begini caranya.

ThinkSponsorshippanel

Anda minta consultation daripada pegawai JPA yang in-charge; adakah wajar tindakan anda untuk menamatkan kontrak dengan JPA. Jujurnya, pegawai JPA tidak menyarankan anda untuk tamatkan tajaan, tetapi beliau juga tidak menghalang untuk melakukannya.

Biasanya, anda perlu menulis surat untuk mohon diberhentikan tajaan kepada pegawai yang berkenaan. Tulis surat rasmi dengan gaya bahasa yang sopan (walaupun fed-up tunggu respond dan sebagainya, sabar tetap nombor 1). Tuliskan juga bahawa anda memohon supaya perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh penaja tidak perlu dibayar semula.

In shaa Allah, sekiranya penaja menerima permohonan anda, dalam masa 2 bulan atau lebih, anda akan menerima surat rasmi daripada JPA yang menyatakan anda sudah tidak lagi terikat dengan kontrak JPA. Dan anda bebas.

Bebas untuk memohon mana-mana kursus di mana-mana IPT, selagi mana IPT tersebut masih lagi menerima permohonan pelajar baru.

By the way, mind your action too.

gty_found_money_ll_111011_wg

Bila mana anda menamatkan kontrak tajaan, anda sudah tidak ada apa-apa lagi sokongan kewangan. Ini bermakna, bahawa anda perlu mencari duit sendiri; termasuk duit mak-ayah, adik beradik, nak jual tanah kebun dan jual sebagainya, bahkan pecahkan piggy bank; asalkan anda bersedia untuk menampung perbelanjaan semasa anda di IPT nanti.

***
Kalau nak buat Medic ke Mesir macam mana?

Berminat untuk sambung pengajian ke Mesir? Sila tekan sini.

***
Simplenya; aku summarised bagi anda nampak apa yang aku buat dulu-dulu.

  1. Contact JPA dan akhirnya, tamatkan kontrak tajaan JPA tanpa sesal.
  2. Minta surat sokongan daripada JPA yang menyatakan bahawa JPA menyokong pelajar ini memohon IPTA dan IPTA.
  3. Beritahu dan bincang dengan parents mengenai hidup tanpa penaja. Mohon supaya diberikan bantuan kewangan untuk sambung pengajian.
  4. Apply course Pharmacy di MedicMesir (ejen yang hantar student ke Mesir).
  5. Bayar itu ini kepada pengurusan; dapat tiket flight. Terbang ke bumi Mesir.
  6. Live happily ever after. Alhamdulillah.

***
Nasihat aku yang terakhir.

Sekarang ni adalah masa yang crucial untuk anda fikir dan renungkan balik. Pertimbangkan balik adakah anda benar-benar mahu jadi seorang doktor atau seorang farmasis dan sebagainya. Kerana pada masa ini, keputusan anda akan menentukan hala tuju hidup anda untuk 10, 20, 30 (kalau panjang umur) tahun akan datang.

Change-of-Plans

Jika mahu tukar course, then make it. Tak perlu kisah apa orang nak kata. Daripada Medic ke Farmasi, daripada Farmasi ke Dentistry dan sebagainya. Yang penting, anda bahagia dengan pilihan anda. Jangan jadi Bahagiamu Deritaku.

Jika anda dirundung murung, itu adalah satu perkara yang biasa. Tapi adalah luar biasa, jika anda mampu menghadapi situasi ini dengan tenang dan tabah. InnAllaha ma9a-Sabiriin. Let yourself be the extraordinary, because the world is already crowded with ordinary people.

Kesabaran amat-amat penting buat masa ini. Sabar ketika melayan kerenah pendaftar, JPA dan sebagainya. Sabar dengan kawan-kawan yang semakin hari semakin menyepi (selepas dapat result). Sabar atas permohonan yang ditolak. Sabar jugak, sebab nak mohon sana-sana banyak pakai duit.

On top of that, muhasabah diri balik. Apa yang anda dah buat selama bertahun-tahun di *pusat persediaan. Ingat, ini hanyalah ujian Allah dan tanda Allah masih sayangkan anda. Sekiranya anda bersabar dengan ujian ini, in shaa Allah dosa-dosa lama anda akan terhapus. Bersyukur jua atas ujian ini, kerana anda masih lagi dalam senarai kasih saying-Nya.

When we are too tired to stand up against everything, it is the right time to kneel against Allah.

*mungkin tertakluk juga kepada pusat Matrik atau pusat persediaan lain

***
Okay, itu sahaja yang mampu aku bebel.

Sebarang pertanyaan boleh ditulis di ruangan komen atau pm di Facebook.

Selamat memohon dengan penuh kesabaran. Semoga Allah membantu anda, dan letakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah semata-mata!

Rilek brader brader rilek.

Wassalam.

42 thoughts on “Guideline untuk yang Senasib

  1. Wow… nice advice chek.. tak semestinya ambil yang kita nak mula mula can lead to happy life kan.. talking based on experience..really hate law right now!! huaghhhhh

  2. Can contact me also, just PM me. i got only 8 points and now is studying in IMU as a Biomedical Science student year 2. If you are interested into the research and laboratory testings in a clinical setting, I am more than happy to provide you with information. So goes with the jon porspect of medical related professionals in real time in Malatsia.

  3. Nak tanya.. i’m supposed to take pharmacy (twinning IMU) jugak, tapi xlepas.. dapat 10, gred BBD (D chem =_= )
    So.. apa course yg paling hampir dengan pharmacy in term of pharmaceutical and chance of business-oriented? sebab mmg minat both things.. thanks

    • Try Pharmaceutical Science , mungkin? Atau Biochem Sc? Sebab both ni related dgn Chemistry aka Pharmacy. Hm

      Kalau nak ke arah bisnes oriented tu; cuba dapatkan dulu Degree in Pharmacy atau PharmSc. Then, baru fikir utk mulakan bisnes ubat dsb.

      Er. Faham ke? Takut silap jawab n silap faham pulak.

    • Gred A untuk 5 point, gred B, C, D, E, G(fail); masing-masing 4, 3, 2, 1, 0 point. Requirement utk masuk Uni depends kpd Uni tersebut. Cth: 14 point (AAB), 12 point (BBB) dsb. Cuma utk kekal dgn JPA scholarship, 10 mata sudah memadai (BCC).

  4. Assalamualaikum, saya merupakan pelajar tajaan JPA bagi kursus undang-undang yang bound ke UK, walaupun saya baru di sem pertama kat INTEC dan baru setahun jagung (2 bulan) belajar kat sini… saya ingin berhenti dan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam bidang yang saya suka. Saya sejujurnya, tiada langsung minat dalam bidang undang-undang. Saya nak minta tolong saudara ataupun sesiapun yang boleh mampu membantu saya dalam dilema kebuntuan ini. Saya dah submit surat untuk berhenti dari INTEC namun saya perlukan surat dari JPA terdahulu tentang pemberitahuan pemberhentian saya… Apabila memikirkan tentang pampasan yang mungkin saya terima dan yang sememangnya akan memberi beban kepada kedua ibu-bapa saya, saya berasa “lost” dan tidak tahu lagi…. apakah jalan penyelesaiannya. Saya mengaku saya ini merupakan insan yang lemah lagi jahil… apakah yang patut saya lakukan? adakah patut saya menghantar surat tersebut dan memohon supaya perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh penaja tidak perlu dibayar semula? adakah ia akan diterima? mohon bantuan, saya sangat buntu…

    • Saya cadangkan, adakan dulu perbincangan dgn parents/keluarga. Sekiranya betul2 nekad mahu tamatkan pengajian di INTEC, hubungi pegawai JPA dan berbincang dgn sebaiknya. Libatkan juga parents/family semasa perbincangan dgn JPA, supaya lebih nampak broad-view apa pro & cons kalau hentikan pengajian. Harap membantu. Tq

  5. assalamualaikum. sya sponsor student, jpa, course engineering,.. sory baru skrg nk bc.. sy nk tnya, ada senarai ipta & ipts yg terima alevel tak? sy skrg tgh tggu result sy for A2, IELTS sy xlps, sy dpt band 6 tp byk uni yg mnx 6.5.. wat exam A2 aritu mmg ssh, takot jg xlps.. so sy nk prepare list uni yg accept alevel utk sy smbung belajar nti.. tp hrp2 sy dpt peluang tu, sy nk sgt fly to us.. xnk malukan fmly, xnak bebankan fmly dgn mslh kwgn.. so i hope sir blh tlg sy.. thx…

    • Waalaikumussalam. Terima kasih bertanya.
      Untuk senarai IPTA/S yang terima A-Level tu, mungkin boleh minta dgn sponsor (JPA). Sebabnya, lain sponsor, lain pula tempat IPTA/S yang diiktiraf oleh sponsor tu.
      InshaaAllah, Allah permudahkan urusannya. Kalau ada rezeki, inshaaAllah sampai je tu ke US.
      Maaf jika tak membantu sgt. Wallahua’lam.

  6. Assalam,

    Adik saya lepasan Rancangan Persediaan Khas ke Jepun di UM. dan sekarang berada di Jepun atas tajaan JPA.
    Malangnya adik saya x berjaya menamatkan pengajian (walaupun setelah extend setahun) di sana dan dinasihatkan untuk drop out oleh pihak universiti.

    Kami agak blur apa step selepas drop out. Ada cadangan tak?

    Terima kasih

    • Wslm. Adiknya tu dah ada kat Jepun berapa tahun ye dan sekarang ni masih ada di Jepun ke? Course apa ye?

      Kalau masih lagi ada di sana, saya sarankan untuk pindah tempat belajar (tukar dai) melalui sokongan penaja. Jika dah kembali ke Malaysia, saya cadangkan supaya adik puan untuk kenal pasti kecenderungan minat untuk belajar apa. Buat degree, diploma atau mula persediaan balik tiada masalah, asalkan ada minat. 🙂

  7. assalamualaikum. saya dalam kebingungan dan dalam proses mengatur langkah. saya pelajar INTEC. ada beberapa soalan yang saya ingan tanyakan secara private. jadi bagaimana cara untuk saya menghubungi awak? sayaaaa sangaaatttt buntuuu 😥

  8. Assalammualaikum saudara. Saya lepasan SPM 2012 dan Asasi UM 13/14. Tp saya x dpt tempat di mana2 ipta kat Malaysia. Skrg belajar di ipts. Sy cadang ingin tukar course. Nak apply medic ke Turkey atau Egypt. Boleh x saudara buat perbandingan ringkas tentang belajar di Egypt dan Turkey? =)

    • Waalaikumussalam Ammar. Sebelum ini, saya apply ke Mesir melalui ejen. Namun disebabkan beberapa masalah yang sangat rumit, saya amat mencadangkan saudara untuk apply melalui KPT (Kementerian Pengajian Tinggi). Untuk perbandingan pilihan tempat, maaf; saya tiada maklumat mengenai pengajian di Turki. 🙂

  9. Assalamualaikum saudara, saya ingin bertanya, saudara menyambung farmasi di zagazig melalui ejen atau kpt? dan bagaimanakah sistem pembelajaran disana .tq 😉

    • Waalaikumussalam. Jawapan utk soalan tersebut:
      1. Melalui ejen. Akan tetapi, jika berminat utk sambung farmasi di sini, anda sangat2 digalakkan memohon melalui KPT.
      2. Sistem semester (10 semester utk 5 tahun). 7-8 subjek satu semester.

      Harap menjawab.

    • Saya tidak galakkan anda untuk memohon melalui mana-mana ejen; atas sebab pihak universiti khususnya Universiti Zagazig kini sudah tidak lagi meraikan kedatangan pelajar melalui agensi.

      Cadangan saya; anda wajar memohon melalui Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  10. Regards,

    saya sekarang ni dah secure Biasiswa Nasional di bawah JPA. Alhamdulillah. Tapi, course yg saya tulis untuk terima dulu ialah Accounting. Dan sekarang saya macam nak ambil Medic (saya memang minat medic & dapat full support from my dad, n mom also-but not my sister). And saya mmg jenis yg mind what ppl, especiall family think. Hm.

    And another thing is JPA dah keluarkan official offer letter for us, and yeah thats it, Accounting for me. But then I really wish I can do Medicine. My current situation is this, I havent even started A-levels yet. Dan JPA said we may change our course but we have to write a letter to them. (latest 5 months before completing A levels)

    One last question, can you pls explain to me what is the recent career prosepect for doctors in MALAYSIA, and for the next 10-30 years, in your opinion? (bcos i guess you are related with this field right?) Anddd ive heard so many rumors and talks and views and remarks (both positive and negative sides of things) that i dunno what to believe…

    Thanks, in advance 🙂

  11. nak tanya, saya bekas pelajar A level di INTEC College, jika pointer saya bawah 12, mmg JPA tak bg fly lgsg ke?

  12. Salam. Camne nak apply ke mesir melalui KPT ya ? Sebab saya pun bekas student INTEC n hari tu dapat 10 points je. Saya ingat nak pergi mesir melalui agen tapi risau pula kalau ada apa2 hal.

Leave a reply to intan Cancel reply