386 Days

Bismillah.

***
Day 1

‘Saya tak balik tahun ni.
Saya balik tahun depan,’

Masa tu aku hanya tahan sebak. Melihatkan yang lain semua bergenang air mata. Ada yang sudah menitik-nitik. Gamaknya aku pergi tidak pulang-pulang.

Ya, meninggalkan keluarga ke luar negara untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun memang satu tempoh yang agak lama.

Ma dan Abah pun sudah lanjut usianya, aku tak tahu bila nanti kepulanganku mereka masih dalam fizikal yang sama.

Anak-anak saudaraku, yang sungguh manja dengan Paksu nya, aku tak tahu nanti mereka akan masih kenal akan aku.

Abang Chik aku, yang akan menimang cahaya mata pertama, aku tak tahu nanti bakal anak buahku itu tahu akan aku yang bermusafir di negeri Nabi Musa.

Dan, abang Ngah aku, yang akan mendirikan rumahtangga, maafkan aku kerana tidak ada aku semasa hari bahagiamu.

***
Day 49

Alhamdulillah.

Kuterima berita gembira hari ini.

Abang Chik sudah bergelar seorang bapa. Tamat sudah penantiannya selama sembilan bulan. Akhirnya, beliau dikurniakan seorang bayi perempuan. Seindah namanya, Afrina Safiyaa, secomel susuk tubuhnya.

Sayang, hanya dapat kutatap wajahmu dari skrin mobilku.

***
Day 160

Alhamdulillah.

Selesai sudah majlis perkahwinan Ngah. Ku tatap jua hari bahagianya melalui media Facebook. Seluruh ahli keluargaku berhimpun dan berkumpul meraikan hari gemilangnya. Harinya sebagai raja sehari.

Melihat setiap senyuman yang terukir di bibir masing-masing, aku tahu mereka merasai kegembiraan itu. Walaupun di saat itu aku di bumi kuda putih, hanya Tuhan yang tahu akan perasaanku. Suka, sebak, terkilan, semuanya berbaur. Mungkin karena, hanya ketiadaan aku lagi, perhimpunan keluarga masih lagi tidak cukup lengkap. Masih ada lopong.

In shaa Allah, aku di sini bukan berfoya-foya. Aku hadir dengan janji untuk memberikan yang terbaik. Dapatkan keputusan yang cemerlang, sebagai galang ganti jatuhnya aku di medan peperiksaan yang lepas.

Bisik di sudut hati yang lain, terdetik rasa untuk pulang ke tanah air secara senyap. Biar rasa yang terpendam ini dapat diredakan.

***
Day 184

Segala puji bagi Allah, dalam rancangan yang serba berhati-hati, dapat jua aku jelaskan bayaran penerbangan pulang ke Malaysia. Biarpun pada awalnya aku berasa buntu serba tak kena, akhirnya dengan perancangan yang baik dan teliti disertakan dorongan dan sokongan sahabat yang selalu mendampingiku, dapat juga aku membuat perancangan untuk pulang menjenguk keluarga seketika.

Aku tahu, walaupun kepulanganku ini tidaklah diduga bahkan mungkin tidak disambut, namun tidak sabar bagiku untuk kulihat kegembiraan di wajah Ma dan Abah.

Abah selalu kata, nanti Aisar balik, kita pergi situ dan sini. Ah, tak tertahan lagi.

Ma pula, setiap kali aku menelefon beliau, Ma selalu mengadu, akan termimpi-mimpi aku pulang. Mungkin sudah naluri seorang ibu; tahu akan kehadiran puteranya biarpun tidak diberitahu.

Hatiku menjerit mahu pulang.

Sungguh,

hatiku rindu.

***
Day 255

Exam Semester 2 tamat hari ini. Untuk berminggu-minggu lamanya, fikiranku sudah melayang jauh dalam dakapan mesra Ma dan Abah.

Sabar itu indah.

Aku bersabar lagi.

***
Day 259

Akhirnya, harinya sudah tiba.

Ya, aku akan berlepas pulang ke Malaysia selepas hampir sembilan bulan berkelana di bumi Anbia ini.

Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami dalam menuju kampong halaman kami. Kau berkatilah perjalanan ini dan tetapkanlah perjalanan ini di dalam naungan rahmat-Mu.

***
Day 260

Alhamdulillah! Segala Puji bagi Allah yang Maha Besar!

Selepas merentasi 3 benua dalam tempoh 3 hari, akhirnya aku memijakkan kaki di KLIA. Hatiku riang, tapi masih juga rasa debarannya.

Abang Chik memberitahuku, bahawa Ma dan Abah juga berada di airport, namun mereka tidak tahu aku kepulanganku ini. Hensetku juga tidak putus-putus menerima panggilan daripada Ngah, yang memaklumkan bahawa mereka sudah kering idea untuk melengahkan waktu supaya aku segera bergegas ke arah orang tuaku.

Selangkah demi selangkah,debaran memuncak.

Mata meliar, mencari di manakah susuk tubuh dua insan yang sentiasa aku muliakan.

‘Dup, dup..’ jantung berdegup kencang. Adrenalin mengalir laju.

Saat aku bergerak turun dari eskalator, ku lihat raut wajah Abah. Dari jauh, aku yakin beliau tidak cam akan aku, dek penglihatannya yang semakin kabur. Namun, kutetapkan jua langkah, kuberanikan diri mendekatkan diriku pada dirinya.

‘Abah!’

Aku menjerit kegirangan seraya memeluk susuk tubuh yang aku sayangi itu. Tidak semena-mena, Abah juga memelukku erat. Aku tahu dalam diam tutur katanya, sudah lama rindunya terpendam mahu memeluk anak bongsunya ini.

Dan dalam pelukan emas itu juga, aku dengar esakan dari Abah. Airmata mula membasahi kelopak mata. Aku sedar, tapi aku tak bisa untuk meluahkan kata-kata.

Aku hanya mampu memeluk Abah. Dalam hatiku, aku sayang Abah. Dan pasti, dalam hatinya juga begitu. Kami berpelukan, disaksikan kedua-dua abangku juga di situ.

‘Terima kasih Chik, Ngah..’ aku bersalaman dan memeluk abang-abangku, tanda terima kasih. Aku tahu sebenarnya sukar untuk menyimpan perkara ini sebagai rahsia.

Dalam kegamatan itu, muncul pula Ma, dari arah belakang. Ternyata, dari raut wajahnya, seolah-olah sudah merasakan akan kepulanganku. Tidak ada raut wajah terkejut. Tapi, tidak pula ada perkataan yang keluar dari mulutnya.

Lantas, aku memegang erat tangannya dan memeluk erat tubuh insan yang melahirkan aku.

Bagai mimpi jadi kenyataan.

Akhirnya, aku pulang ke Malaysia untuk melepaskan rindu yang terpendam dan lafaz yang tersimpan.

Aku sayang Ma dan Abah.

***
Day 386

Kitaran kedua hidupku bermula.

Aku berada di KLIA sekali lagi, bersama-sama ahli keluarga yang tercinta.

Benar, tahun depan aku tidak akan pulang.

In shaa Allah.

***

Advertisements

2 thoughts on “386 Days

  1. Study oversea pun antara jihad fi sabilillah pabila niat juga selari dgn tarbiah dan dakwah di jln Nya. Just pray that allah the almighty rewards and ease us in everythg we do plus pray for His mercy too for us and for our family.
    p/s: This post made the reader excited to go back home for this coming holiday too

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s