Lasik : Apa tu?

Bismillah.

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

***
Lanjutan dari post sebelum ini, ‘Post-Lasik Post’ dan status di FB, ramai yang mula bertanyakan mengenai pembedahan lasik dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Baik. Sebelum bercerita mengenai pembedahan yang saya lakukan, suka untuk saya kongsi di sini mengenai beberapa tanggapan mengenai lasik secara am dan di Mesir secara khusus.

Tidak ralat jika saya katakan ramai yang beranggapan bahawa pembedahan lasik hanya berlegar di telinga sebagai mitos, dek bilangan individu yang telah berjaya menjalani lasik amatlah sedikit. Ramai yang mengalami masalah rabun sejak sekian lama yang mahu untuk membuat transformasi mata, tetapi terhalang disebabkan kurang yakin (pembedahan berjaya), pengetahuan mengenai lasik (kos, rawatan etc) malah rasa takut untuk dibedah juga menghantui diri.
image

***
Macam mana lasik ni?

Cenggini. Kita sembang pasal kos, teknologi, keadaan semasa bedah, rawatan susulan dan side effects.

1. Kos
Pasal kos, kalau buat dekat Mesir ni (kat Al-Fath Eye Hospital — tempat saya buat lasik), dalam 2800 LE sahaja, sekitar RM 1400. Kira ni student price la. Sebabnya, kalau untuk local citizen harganya 3600 LE bersamaan RM 1800.

Kalau nak compare, harga operation ni relatively rendah berbanding dengan negara lain. Kalau tak silap, di India (ada kawan yang buat), hargabya dalam RM 1800. Kalau di Malaysia pulak, kos lasik mencecah RM 5000-7000. Kalau ada offer atau promosi, mungkin boleh la dapat dalam RM 3k. Nak dapat bawah RM 2k tu macam mustahil le jugak.

2. Teknologi

Ada juga yang tanya, ‘
Teknologi yang dibuat kat Mesir ni latest teknologi ke?’

Untuk soalan ni, sebenarnya saya tak tahu teknologi yang dipakai tu yang latest atau yang lama. Sebabnya, saya pergi buat lasik tu, hanya nak pastikan yang pembedahan tu berjaya, regardless of what century of machine they are using. Lagipun, in shaa Allah lasik ni hanya dibuat sekali seumur hidup. So bila dah buat tu, either vision gets normal or far/near-sightedness is improved.
*kalau nak tahu mesin apa yang doctor pakai, boleh la tanya doctor tu personally*

3. Keadaan semasa bedah

Semasa bedah tu, kita boleh rasa seluruh anggota badan kita, dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, kecuali bijik mata yang telah diberi anestesia (an = without/away, estesia = sensation).

Perkara pertama yang saya nampak masa operate tu, ada skrin kat depan tempat baring, ada mesin yang tembak cahaya laser, dan barang-barang bedah yang doktor akan guna semasa operation nanti.

Semasa pembedahan tu jugak, doktor akan cerita apa progres yang dia tengah buat. Bermula dengan sapu bius, pasang klip dekat mata, bukak flap dsb. Masa ni, penglihatan saya kabur-kabur dan berair, macam bukak mata masa menyelam dalam sungai.

Masa kena tembak dengan cahaya hijau (laser), masa tu ada bau hangit sebab lensa mata dinipiskan oleh laser (rabun jauh disebabkan oleh lens mata yang tebal, jadi laser diguna untuk menipiskan lens mata tu).

Right after operation, memang mata still kabur dan rasa pedih-pedih sikit. Mungkin disebabkan baru je lepas operation dan tanpa pakai spek.

4. Rawatan susulan

Esoknya lepas operate tu, saya ke hospital sekali lagi untuk follow up. Rupa-rupanya, lepas operation tu, doktor letak contact lens untuk pastikan flap yang dibukak pada mata fixed dan tak terbukak (nak tahu flap tu apa, boleh tanya doktor yang nak operate anda).

Generally, kat Mesir ni tak banyak follow ups yang perlu dibuat berbanding dengan di Malaysia. Pasti, yang banyak follow up tu lebih baik, dan jugak pasti kos dia lebih tinggi.

*Sekarang ni, saya tengah pakai eyedrops; satu titik untuk dua-dua mata, setiap 3 jam, 5 kali sehari. [Nama ubat : Tobradex]

5. Side effects

Setakat ni, tak ada lagi side effects tu. Mata tak merah-merah, tak rasa pedih etc. Alhamdulillah.

Mungkin, side effects tu ada kaitan dengan apa yang anda buat lepas operate, ataupun hygienicity masa operation tu. Should be noted; mata yang lepas operate kena dijaga sebaik mungkin. Maksudnya, dapatkan tidur secukupnya, jangan gosok mata (walaupun rasa gatal atau ada habuk), jangan pejam dengan dalam (semacam menekan bijik mata); sebab takut flap yang dibuat masa operate tu terbukak. (flap lagi. Adehh)

image

Yang lagi penting, jaga pandangan daripada perkara yang tak ada faedah untuk dipandang. Sebab Allah yang bagi nikmat pandangan ni kan, jadi kita sebagai hamba kena bersyukurlah. Kan?

Perlu ke nak buat lasik?

Sebagai orang yang tak tahu sangat pasal mata ni, saya mencadangkan anda-anda yang rabun untuk bertanyakan pakar mata di hospital mata.

Kenapa di hospital mata, bukan di kedai cermin mata?

Sebab di hospital mata, doktor boleh consult terus sama ada perlu untuk buat lasik, phento lasik (untuk power 10D ke atas atau 1000), atau terus sahaja memakai spek. Kalau di Mesir ni, biasanya doktor akan bagi preskripsi kepada anda; jika anda berkeputusan untuk buat spek (tak jadi nak operate). Dan sebab kenapa saya tak suggest anda test mata di kedai spek, kerana kemungkinan besar mereka mahukan anda untuk terus pakai cermin mata (khususnya anda yang ada di Malaysia).

Satu lagi, khusus untuk yang nak buat lasik, saya cadangkan anda untuk tengok video pasal lasik. Sekadar untuk tahu apa yang doktor lenjan dengan mata anda. So that you will brace yourself up.

Ni ada satu video untuk dishare.

Lasik Surgery

***
Lepas lasik, honestly saying, lebih terasa satu nikmat yang sangat-sangat-sangat besar yang Allah bagi iaitu nikmat penglihatan. Rasa macam tak terbanding nikmat ni, walaupun diberi 1 juta pound untuk one of the eyes surgically removed.

Alhamdulillah.

***
Nota kaki:
Tengah membiasakan dengan mata asal. Walaupun kadang-kadang masa nak mandi atau ambik wuduk, terasa macam nak bukak spek je. -.-‘

Advertisements

10 thoughts on “Lasik : Apa tu?

  1. assalamualaikun…
    maaf sy nk tny…prosedur bt lasik d Mesir ambk brp lma jgka ms ye…
    n klo kos bg pesakit luar yg nk bt lasik d hsptl d Mesir bgmn ye..
    trm ksh ats prkongsian.

    • Wslm. Prosedur lasik ambil masa dlm 15-30 minit shj. Tapi follow up tu, 2 kali seminggu bergantung kpd doktor yg operate. Utk pesakit luar (non-Egyptian lah kan maksudnya?), harganya ++2800 LE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s