Dalam Kenangan

Sorang sahabat ni pernah bagitahu, yang nisbah umur kucing dengan manusia, nisbah dia; 1 tahun kucing sama dengan 24 tahun umur seorang manusia.

***
Dan, pagi tadi, macam biasa lepas bangun tidur, aku akan buka pintu balkoni. Biasalah, kucing kalau duduk lama-lama kat balkoni, depa akan mengiau. Mungkin depa ingat rumah ni macam playground depa kot, boleh main kejar-kejar, sorok-sorok, panjat-panjat.

Pintu pun dibuka. Kedengaran ngiauan Molly yang bersahaja.

‘Meow.. Meow..’

Aku check henset. Nak tengok apa mesej masuk.

‘Meow.. Meow..’

Suara Molly masih kedengaran.

Pelik. Mana suara sekor lagi? Biasanya, kalau Molly mengiau, anak beliau (Grey) akan ikut meow meow jugak.

Tapi pagi tadi bunyi Molly je.

Aku gegas ke balkoni. Kot-kot le Grey tido lagi. Sebab logiknya kalau dia tido, memang tahap tido mati. Tapi yang sepatutnya yang lebih logik, kalau pintu balkoni ni dibukak, dua dua akan berlari masuk ke rumah. Tanda kebebasan.

Tapi pagi tadi? Aneh!

***
Kabus pagi masih ada. Embun pun baru sahaja dijengah bahang mentari.

Aku jenguk ke luar balkoni. Terus mataku terpanah pandangan di ruangan kaki lima depan imarah.

Kelihatan seekor anak kucing warna kelabu. Atas jalanan debu itu, dia kaku.

‘Meowwww.. Meowwww..!’

Kali ni ngiauan Molly makin panjang. Seolah-olah memberitahu, dari tadi lagi dia sudah memberi isyarat, bahawa anak tunggalnya itu terjatuh ke jalanan.

Aku terus berlari turun dari rumah. Biarpun aku tahu tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

Sekujur badan berselimut debu. Mata Grey masih terbuka. Hangat badannya masih terasa. Tiada lalat yang berkerumun menjamu hidangan baru. Aku kira masih baru nyawanya dicabut.

Jasad itu aku ambil naik ke rumah.

Tatkala pintu dibuka, Molly merehatkan ngiauannya. Dihidunya jasad yang ditemukan. ‘Ini bukan anakku..’, mungkin itu monolog Molly, tidak percaya bahawa Grey sudah tiada. Terus dia kembali mengiau..

Pagi tadi juga, terus aku isikan jasad Grey ke dalam plastik berisi pasir. Moga beliau di-compose oleh bakteria dengan selamat.

Dan Molly, dia masih mengiau.

‘Meow.. Meow..’

Kembali sunyi. Seperti saat dia bujang dahulu.

***
Grey itu matinya muda.

Lahir 21 Feb 14, mati 13 Mei 14.

Kurang tiga bulan tempoh hidupnya. Kiranya hampir 6 tahun sahaja dia sempat bernyawa.

***
Maafkan aku andai berbuat dosa kepadamu.

image

Grey – dalam kenangan

Advertisements

One thought on “Dalam Kenangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s