Bittaufiq Wannagah!

Jam sudah pukul 11.32 pagi. Kurang setengah jam lagi exam Parasitology di Hall B, Kuliah Farmasi.

Aduh, terlupa. Aku meraba-raba poket beg silang hijau itu. Alhamdulillah, nasib baik ada beberapa keping yang tertinggal, baki perbelanjaan yang lalu. Aku teruskan langkah ke gamaah, menapak laju menuju ke dewan peperiksaan.

Dari jauh, aku melihat raut wajah seorang makcik tua, yang jarang sekali aku lihat di simpang itu. ‘Ini bukan makcik yang selalu duduk sini,’ bisik hati perlahan, bermonolog. Perlahan-lahan tanganku terus menyusup ke dalam poket beg yang kubawa, sambil kaki terus menapak maju.

Aku melalui simpang itu, tanpa terlihat kelibat seorang makcik tua, yang biasanya duduk berteduh di kaki lima itu, sambil menadah tangan merayu pandangan pejalan yang lalu lalang supaya mengacu tangan menghulur bantuan. Berjubah hitam, susuk tubuh kecil yang nampak longlai, terperuk lemah berhampiran kawasan kotak dan buangan sampah itu. Pandangan mana yang tidak bersimpati melihat gerangan itu.

Aku melalui jalan utama. Masih tidak kutemu wajah makcik tua yang kebiasaan duduk di kaki lima itu. Tapi niatku untuk membantu masih berkobar. Tak mengapa, mungkin bukan rezeki makcik hari ini.

Kuteruskan langkah lagi. Ya, kalau niatnya baik, Allah bantu jua. Allah hadirkan seorang budak lelaki, si penjual tisu yang selalu juga kelihatan di kaki lima berhadapan asrama pelajar wanita itu. Terus, aku menghulur sekeping syiling, dan dia memberi sebungkus tisu.

Aku mara terus laju. Hanya beberapa langkah ke hadapan, aku terlihat raut wajah makcik tua berjubah hitam itu. Tersenyum sambil memandangku tepat.

‘Rabbuna ma3ak! Bittaufiq wannagah fi imtihan!’ *sambil buat thumbs up*

Terungkap kata-kata tersebut dari mulut makcik tua itu. Tiada apa yang lebih baik dari ucapan yang menaikkan moral seperti itu. Aku tersenyum lebar.

image

Terus aku melangkah lebih laju meluru ke dewan peperiksaan. Kali ini langkahku lebih gagah. Walaupun tahap keyakinan untuk exam ini tidaklah 100%, setidak-tidaknya ianya menjadi satu permulaan yang baik sebelum peperiksaan.

Sejam berlalu, Alhamdulillah. Adat ujian; ada yang susah ada yang mudah. Hati berkata, ada harapan untuk score subjek ni. Tiba waktu Oral Exam pula, rasa cuak itu memang ada. Takut-takut blank masa depan Dr nanti. Alhamdulillah, lepas habis exam oral tu, dapat jugak aku intai-intai markah yang diperoleh. 14/15. Hilang satu markah, walaupun masa oral tadi banyak jugak soalan yang tak terjawab.

Alhamdulillah.. Ni mungkin ‘hadiah’ daripada makcik tua tadi yang mendoakan kejayaan aku dalam exam, atau pun siapa-siapa individu pun yang mungkin aku pernah tolong atau jugak, daripada mana-mana kenalan yang pernah mendoakan aku.

***
Isinya, yang penting, buatlah baik kepada sesiapa sahaja. Moga-moga ada ganjaran daripada Allah, atau juga daripada insan yang kita bantu, lebih-lebih lagi dalam bentuk doa. Abang sulung pernah sebut, ‘Kejayaan yang adik-beradik kita peroleh pada masa kita ini, jangan ingat ini semua hasil daripada usaha kita. Ada yang daripadanya hasil doa datuk nenek yang dahulu, mendoakan kejayaan dan kebahagiaan untuk mereka dan anak cucu.’

Benar.
Ucapan ‘Bittaufiq wannagah!’
mampu merubah hari seseorang.

***
Sebenarnya masa exam tu, down la jugak kejap. Sebab Dr suruh simpan handphone dalam poket. ‘This is not allowed in exam. Keep it in your pocket.’  Down 7 minit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s