Misi Mencari ‘Laila’

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Tiap-tiap kali nak masuk bulan puasa setiap tahun mesti akan dengar lagu ni. Lagu Harapan Ramadhan – Raihan feat Man Bai (sapa tak pernah dengar boleh download). Betul, dalam setiap Ramadhan yang kita lalui, mesti kita mengharapkan Ramadhan kali ni mesti lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Bahkan, dalam satu hadis riwayat Imam Bukhari, dinyatakan bahawa celakalah seseorang yang keluar daripada bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya.

***

Masjid Amru al-As
Semalam berpeluang ke Masjid Amru al-As, Kaherah. Kebetulan semalam, 26 Ramadhan, dan malamnya masuk 27 Ramadhan. Kebetulan jugak semalam, hari Khamis malam Jumaat. Maka, berhimpunlah keberkatan hari, malam dan bulan pada waktu yang sama semalam.

Tiba di masjid jam 4 petang semalam, kelihatan pekarangan sudah penuh dengan manusia. Masing-masing dengan tujuan masing-masing. Ada yang datang dari Zagazig, ada yang dari Tanta, bahkan mungkin ada yang datang dari muhafazah selatan, Assiut, Aswan dan sebagainya. Kebiasaannya, di Masjid Amru al-As ini, tarawih malam ke-27 akan diimamkan oleh Syeikh Jibril setiap tahun.

Boleh klik sini kalau tak kenal Syeikh Jibril

Masuk-masuk je dalam masjid, penuh setiap ruang dan tempat dihuni manusia. Enthusiasm untuk jumpa Syeikh makin memuncak-muncak, tambah pula dengan hadirnya ribuan jemaah yang dahulu lagi sampai dan beriktikaf di masjid ini. Ada yang bawak alas untuk tidur, ada yang bawak tilam, ada yang bawak penunu/ dapur api, nasib tak bawak tripod stand je; macam-macam.

Dan tibalah waktu berbuka puasa. Waktu ni, boleh katakan setiap orang akan dapat kurma percuma. Kalau lebih nasib baik, akan dapat edaran ayam bakar (masywi) untuk berbuka. Ada jugak yang edarkan sobia (susu yang macam ada campuran santan cair) tambah dengan kurma yang dicarik-carik. Rasanya, memang perghh; mantap! Mau je bungkus sebotol,

Lepas berbuka, solat Maghrib dan solat Isyak, kami sambung solat tarawih kat sini. Mula-mula, ingatkan Syeikh Jibril yang imamkan solat, rupa-rupanya bila sembang dengan pakcik yang duduk sebelah, dia kata Syeikh Jibril dah jadi imam untuk tarawih semalam. Dan-dan masa tu jugak, ada pengumuman.

‘Malam ini, solat tarawih akan diimamkan oleh Dr. Ahmad Hasan dari Universiti al-Azhar..’ 

Down tak down, solat tarawih diteruskan jugak. Niat nak berimamkan Syeikh Jibril tak kesampaian tahun ni, jadi mungkin kena datang lagi tahun depan.

Masa tengah solat tu, sempat la bukak mushaf al-Quran, tengok sambil dengar imam baca. Sebabnya, haritu ada terbaca status sorang kawan ni, dia bagitau, kalau takut fikiran melayang masa imam baca surah panjang-panjang, boleh je nak rujuk Quran untuk tengok bacaan imam, sambil-sambil ikut bacaannya.

Solat tarawih

Tiba waktu solat witir. Masa sebelum solat, rasa macam nak solat witir sendiri-sendiri je. Sebabnya, ditakutkan dengan khabar yang doa qunut yang dibaca dalam solat witir ni ambil masa dalam sejam. Mau kejang urat kaki! Haha. Apa-apa pun, berjaya survive la jugak dengan solat witir tu. Takda la lama sangat, dalam 40 minit je..

***
Teringat sepuluh malam terakhir Ramadhan 1434 H.

Masa tu, aku bersama sahabat baik berusaha berkejaran dari masjid ke masjid demi mencari Laila; Lailatul Qadr. Dari Masjid al-Hasanah, Bangi, Masjid as-Syakirin, KLCC, sampai ke Masjid UIA di Gombak, kami bergerak mencari malam yang ada padanya lebih baik dari seribu bulan.

***
Dan pagi esoknya tiba. Pagi itu kelihatan tenang. Udaranya nyaman, terasa seperti malam semalamlah malam Lailatul Qadr.

Bisik hati seperti sudah mendapatkan kebaikan seribu bulan. Senyum sendiri.

Terasa seperti sudah mendapat apa yang diinginkan.

Terlupa lusa, masih ada malam ganjil yang aku juga perlu ketemukan malam Lailatul Qadr itu.

Kini soalnya, adakah aku menjadi hamba Lailatul Qadr;
atau hamba Sang Pencipta Lailatul Qadr?

Lailatul Qadr

***
Adakah benar misi hidup
kita
memburu redha-Nya

atau sekadar
mencari Laila?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s