Kalau Esok Exam

*Uhuk uhuk!*

Berhabuk! Lama sangat dah ni tak menulis.

***
Bismillah.

Tadi, lepas balik solat isyak di masjid, aku singgah kejap dekat kedai. Nak beli barang-barang makan sikit. Well, tengah musim exam ni kan, memang rasa macam nak makan saja. Stress maybe. Tambah pulak dah nak masuk musim winter ni. Lagi lah perut berkeroncong.

Lepas ambik barang itu ini dan dah selesai dah akad pembelian, aku pun laju-laju jalan kaki balik ke rumah. Dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan sorang sahabat aku ni, dengan sorang lagi ikhwah yang aku tak kenal. Yang penting, bukan orang tempatan (Melayu Zagazig) la.

So, dah jadi kebiasaan kot, aku akan tegur orang yang aku kenal tak kisah se-rushing mana pun masa tu. At least, aku akan bagi salam (Assalamualaikum!). Dan kebiasaan jugak, aku akan berhenti jugak untuk sembang-sembang, walaupun sekejap.  

Okay. Nak dijadikan cerita. Lepas aku bagi salam tu, terus kaki aku makin laju je melangkah pergi daripada tempat tu. Bukan sombong tak nak sembang, tapi mindset aku yang menyatakan, bahawa aku ada exam esok. Jadi mahu tak mahu, kena jugak untuk berada kat rumah secepat mungkinn untuk study. Nak katanya, sebab ada exam esok, terus benda yang jadi kebiasaan, kita tinggalkan untuk buat persediaan exam yang akan kita hadapi esok.

Exam! - Do not DISTURB!

Exam! – Do not DISTURB!

Bila fikir-fikirkan balik..

Tak salah pun bila kita utamakan perkara yang lebih penting, sebagai contoh, EXAM. Tapi kan, apa yang kita sediakan tu, hanya exam kat dunia. Dijadualkan esok ada exam, tapi belum tentu exam tu akan ada esok. Boleh jadi, pagi-pagi esok dapat pengumuman, exam tu ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, atau boleh jadi jugak semua calon yang akan menduduki exam tu dapat markah penuh; sebab kehadiran yang cemerlang ke kuliah (Kalau dapat full macam ni memang best!)

Itu exam di dunia. Lepas zaman kehidupan kat dunia ni, kita nanti akan ada juga exam. Exam yang pasti. Soalan pun dah bocor. Malaikat kubur akan tanya, ‘Ma rabbuka?! – Siapa Tuhan kamu?!’

Masa tu, kita takkan dapat jawab dengan lidah kita lagi. Seluruh badan anggota kita akan jawab segala pertanyaan Malaikat. Exam tetap exam. Soalan pun kita dah tahu. Tapi, adakah kita bersedia dengan segala persediaan dan seluruh kesungguhan untuk exam yang serba pasti itu?

Kalau lah exam kat dunia ni pun, kita sanggup untuk tinggalkan perkara kebiasaan kita. Alangkah ‘comey’nya kalau kita juga mampu untuk tinggalkan juga segala perkara yang tidak betul yang menjadi kebiasaan. Kata sang murabbi, ‘ Betulkanlah yang biasa, biasakanlah yang betul’.

***
Anda bersedia untuk exam?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s