Subuh dan Selimut

Bismillahi walhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bertungkus lumus menyebarkan agama Islam dari langit ke seluruh isi di atas bumi.

Sekali lagi, puji-pujian hanya untuk Allah SWT, yang telah memanjangkan umur, yang telah memberikan kesempatan untuk terus hidup pada hari ini dan pada saat ini.

***
Pada petang 22 Januari haritu, maka dengan rasminya semester 5 pengajian aku ni dah tamat. Maka, secara rasminya jugak, aku mengisytiharkan ‘cuti’ untuk diri aku sendiri. Yelah, daripada bulan 11 lagi dah mula exam midterm, exam itu dan ini, exam praktikal dan last sekali written exam dan oral exam.

Tapi sebenarnya, adakah cuti dalam kalendar akademik bermakna kita cuti daripada semua perkara yang bermanfaat? Dan, adakah pergi ke kelas dan balik kelas adalah satu-satunya perkara yang bermanfaat yang kita lakukan sebelum datangnya musim cuti?

Pasti, jawapannya TIDAK!

cutiHakikatnya, bila kita cuti daripada sesi akademik (kuliah dan sebagainya), banyak lagi perkara lain yang sedang menunggu-nunggu waktu mereka diberi peluang untuk kita laksanakan. Lebih-lebih lagi, selaku pimpinan yang terlibat dengan persatuan atau apa-apa gerakan sekali pun, kita sering tekankan bahawa akademik bukan nombor 1 dan dakwah nombor 2. Tiada istilah sedemikian. Semua maklum bahawa akademik, dakwah dan amanah-amanah yang lain bergerak seiringan.

Maka, adakah layak bagi kita untuk kita katakan bahawa bila tamatnya sesi pengajian (semester atau sistem tahun), kita berhak untuk mengatakan, ‘Sekarang aku dah cuti. So, aku boleh buat apa-apa sahaja yang aku suka!’

Sekali lagi,
Pasti, jawapannya TIDAK!

***
Jadi, dengan basis selaku seorang mahasiswa, seorang pelajar, seorang anak, seorang pimpinan dan seorang hamba Allah yang sangat kerdil dan hina ini, banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu kita selesaikan. Amanah tersebut termasuklah amanah yang sedia ada, dan juga taklifan-taklifan yang sebelum ini yang belum kita tunaikan. Sebagai contoh, selaku pimpinan persatuan, ada tempoh ‘tawaquf’ (rehat) yang diberikan selama mana kita berada dalam tempoh peperiksaan. Jadi, dalam masa tersebut ada beberapa gerak kerja yang memerlukan perhatian yang lama dan membutuhkan beberapa waktu untuk kita selesaikan. Akhirnya, terpaksa kita tangguhkan gerak kerja tersebut hingga tamat waktu tawaquf tersebut.

Teringat kata-kata sang murabbi..

“Kita selaku pimpinan, jadual harian kita berbeza dengan jadual ahli biasa. Jadual kita tak sama dengan diorang.

Kita pergi kelas, dorang pergi kelas. Lepas kelas, kita pergi meeting. Orang lain lepas kelas balik rumah, rehat-rehat, review balik apa yang belajar. Waktu petang, kita sambung lagi liqa kat tempat lain. Orang lain petang-petang main bola. Kita kalau takde liqa, kita pun main bola.

Waktu malam, kita kena siapkan gerak kerja persatuan. Nak kena telefon orang itu ini. Orang lain malam-malam boleh study. Lepas habis kerja persatuan, baru la nak bukak buku, Masa tu pun mata dah mengantuk, baca 2-3 page, terus tutup buku dan tidur. Orang lain still study.

Jadi macam mana nak jadi cemerlang, nak dapat mumtaz?”

Beliau tambah lagi,

“Jadi pimpinan ni, kita pegang amanah lain daripada orang biasa. Jadi, bila dah ada amanah lain ni, nak tak nak kita kena jadi orang lain. Jadi orang yang luar biasa. Kalau kita buat perkara biasa macam orang biasa buat, kita akan dapat hasil yang biasa. Kalau nak lebih, kena usaha lebih!”

Hm. Kan? *tetiba kan. Haha*

***
Kita ajukan satu lagi soalan penting.

‘Macam mana kita nak jadi luar biasa sedangkan kita ni hanyalah manusia biasa-biasa yang sama je macam orang lain?’

Ok. Kita bayangkan kehidupan kita sebelum cuti. Pergi kelas, main bola, masuk mesyuarat, study malam-malam dan rutin ni berulang. Berbeza dengan orang lain yang punya waktu dan masa yang ekstra untuk buat perkara-perkara yang kita tak boleh buat masa sebelum cuti (fatrah exam).

Jadi, banyak masa yang terluang masa cuti ni, ke mana kita nak habiskan? Adakah kita akan qadha’ balik semua game untuk kita habiskan missionnya? Atau kita ulangkaji balik semua movie yang ada dalam external kita? Atau kita berhasrat untuk tambah lakaran peta mimpi pada sarung bantal? Kalau ini yang berlaku, malanglah nasib diri kita. Sungguh.

Sementara cuti ni baru sahaja bermula, alangkah baiknya kita rancang betul-betul ke mana setiap saat cuti kita habiskan. Sangatlah beruntung bagi mereka yang merancang, kemudian melaksanakan perancangan seperti yang diharap-harapkan. Merancang sedikit sahaja rutin yang bermanfaat adalah jauh lebih baik daripada langsung tidak merancang. Merancang lebih banyak dan melaksanakannya adalah lebih baik daripada merancang dan melakukan rutin bermanfaat yang sedikit. Hasilnya, bergantung kepada perancangan dan pelaksanaan.

Sebagai contoh, sebelum cuti, kita tidak sempat untuk membaca isu-isu semasa dunia, tempatan, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Jadi, alangkah baiknya jika kita rancang masa sebaik mungkin untuk kita dapatkan info-info yang berkaitan secukupnya. Isu banjir, Charlie Hebdo, kapal terbang Air Asia yang terhempas, isu politik –  kerajaan campuran di Kelantan, pembentangan bajet 2015 dan sebagainya; antara isu-isu yang perlu kita hadam selaku ahli akademik atau mahasiswa secara khusus.

Dalam masa yang sama, pembacaan umum dan kitab-kitab yang penting dalam disiplin agama sangat-sangat perlu untuk kita baca. Penting, sungguh penting; supaya nanti kita tak tergolong dalam golongan ‘comment, like dan share’ semata-mata di Facebook, supaya kita tak menjadi tin-tin kosong yang membincangkan sesuatu isu atau perkara tanpa ada asas yang betul-betul kukuh. Antara saranan buku yang boleh dibaca; Asbabun Nuzul (Sebab-sebab penurunan ayat Al-Quran), Hadis Sahih Bukhari (bagi yang tak tahu lagi macam mana pembahagian (taraf, status) hadis tu, nak sarankan jugak untuk baca dulu kitab yang berkaitan dengan metodologi ilmu hadis ni; supaya kita tahu perkara paling asas dalam hadis ni), kitab sirah Rasulullah (Raheeq Makhtoum etc), kitab-kitab fikh, haraki dan sebagainya.

Banyaknya nak kena buat. Mampu ke ni aku buat?!

***
Jawapannya, inshaa Allah. Mampu. 🙂

Dengan syarat kita berusaha dengan sebaik mungkin untuk kita habiskan dan hadam betul-betul segala bahan bacaan yang kita akan baca. Rancang dan laksanakan. Tu key formula dia.

24hr

Tapi, nak mula dari mana ni? Apa first step dia?

Allah sediakan 24 jam kepada kita setiap hari. Setiap orang yang pernah hidup pada zaman dulu, kini dan selamanya pun tetap 24 jam jugak setiap hari. Kita sibuk, orang lain pun sibuk, ulama-ulama dulu pun sibuk. Tapi macam mana ulama zaman dulu boleh je buat perkara yang kita tak mampu nak buat pada hari ni? Kita mengaku yang kita sibuk, tapi hasil pada kerja kita pun entah ke mana, hasil pada diri sendiri pun tak nampak. Macam mana kita boleh katakan yang kita ni sibuk sangat sampai tak sempat itu dan ini.

Kita tengok pada keberkatan waktu yang kita ada. Waktu yang berkat, sikit sahaja dah cukup untuk buat perkara yang bermanfaat dan berimpak. Sama lah juga macam ada rezeki berkat dan rezeki yang kurang berkat. Orang miskin yang dapat rezeki yang halal dan berkat, hidup kais pagi makan pagi, kais petang petanglah dia makan. Tapi, duit yang sedikit tu cukup untuk buat dia bahagia dengan kerja, keluarga dan semuanya atas faktor keberkatan yang dia ada. Tapi si kaya, dapat duit hasil kerja haram, rezeki tak berkat, gaji besar tapi sering mengadu duit tak cukup nak beli itu ini. Hidup pun dalam ketakutan.

Macam mana nak dapatkan keberkatan tu?

***
Dapatkan dengan bayaran solat tahajud.

Ni bunyi macam nak gempak je kan, tapi ni seriously. Bayaran tahajud; yg kita mungkin luangkan sikit je masa (mungkin dalam 15 minit) pada waktu awal pagi atau waktu sebelum subuh, tapi ganjarannya kita akan dapat keberkatan waktu yang berpanjangan.

Memang susah untuk kita mulakan amalan solat tahajud ni, tapi setiap kebiasaan akan bermula dengan keterpaksaan kan. So, latih la diri sementara masih lagi ada masa.

Akhirnya ada jugak kaitan dengan tajuk. Haha

Kbai!

302e284ccec018565e6c7f1cf7f0fd43

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s